Millions of China’s Uyghur Muslims yet again banned from observing Ramadan as restaurants forced to remain open
Berjuta umat Islam di Uyghur diharamkan mengamalkan Ramadzan di Uyghur, China. Restoran restoran dipaksa buka di bulan suci ini. Ini sebagai mesej Ramadzan tidak dipermuliakan. Begitulah yang berlaku di negara komunis China yang memusuhi pengamalan agama Islam di kalangan penduduk Islam wilayah Uyghur Xinjiang. Sebuah wilayah di barat China. Wilayah itu bersempadan dengan India, Pakistan,Kazakstan, Tajikistan dan Krgystan.
Sikap dan praktis ini tidak berlaku di Rusia. Di sana umat Islam tidak disekat mengerjakan rukun agama mereka. Sikap pemerintah Rusia di Vladimir Putin lebih terbuka berbanding dengan RRC di bawah presiden Xi Jin Peng.Di saat pakatan negara umat Islam begitu lemah, kita tidak mampu berbuat apa apa untuk menolong saudara seagama kita di sana. Kita hanya kuat dan bersatu apabila hendak menunjuk kuat sesama umat dan negara umat Islam. Ditujukan kepada pemimpin dan negara umat Islam dibenci. Contohnya apa yang sedang berlaku di Yemen.
Sikap ini sangat bertententangan dengan pedoman ilahi Rabbi dalam Al quran. Maksudnya orang mukmin bersikap kasih sayang sesama muslim dan bersikap keras terhadap orang orang kafir. Kita malahan menjadi sebaliknya. Bersikap keras sesama muslim dan mesra dengan orang orang kafir.Contohnya seperti sedang diamalkan oleh kebanyakan pimpinan negara Islam di Timur Tengah seperti di Syria, Mesir, Saudi dan yang sealiran dengannya. Mereka berpakat dengan AS untuk mengebom negara Islam sebagaimana yang kini terjadi di Mosul Iraq dan Yemen. Jadi bagaimana kita mahu menjadikan orang orang kafir gentar dan terkagum terhadap kita.
Baru baru Saudi telah melabor bilionan USD di negara China walau dirayu oleh Pres Jokowi supaya King Salman melabor di negara. Apa Saudi jika mahu menggunakan tekanan memberi peringatan kepada Pres Xi Jinping supaya bersikap terbuka dan lunak kepada umat Islam China. Jika mahu kami terus melabor di China, pemerintah China harus melayan umat Islam dengan baik tanpa mengganggu hak mereka mengamalkan amalan agama mereka.Mampukah pemimpin umat Islam seperti Saudi berbuat sedemikian. Tepuk dada tanyalah iman.