Monthly Archives: August 2017
AZMIN ALI BIJAK MENCONGAK CATUR POLITIK PKR DI SELANGOR !
SHAH ALAM – PKR tidak akan mengadakan sebarang perbincangan lagi dengan Pas berhubung pembahagian kerusi di Selangor bagi menghadapi PRU14.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu selaras dengan persetujuan Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Isnin lepas yang menolak sebarang kerjasama dengan Pas pada PRU14 .
“PKR secara rasmi tidak akan mengadakan kerjasama dengan Pas sebaliknya akan memberikan fokus kepada penyusunan strategi bagi mengadapi pertandingan tiga penjuru pada PRU14 kelak.
“Keputusan ini kita terima dan akan kami laksanakan, fokus kita sekarang ialah untuk membina jentera bagi PRU14,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ditanya mengenai ketidakhadirannya pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dan Mesyuarat Biro Politik PKR ketika membincangkan perkara itu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, beliau mempunyai urusan lain pada waktu berkenaan.
Sebelum ini, kenyataan Mohamed Azmin yang sedia berbincang dengan Pas berhubung pembahagian kerusi di Selangor bagi menghadapi PRU akan datang, tidak disenangi beberapa pemimpin PKR termasuk Naib Presidennya Rafizi Ramli yang membantah kerana boleh menyebabkan kekeliruan dalam kalangan penyokong.
Pada Mei lepas, Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan menamatkan ‘tahaluf siyasi’ atau kerjasama politik dengan PKR selepas kecewa dengan beberapa tindakan PKR yang dikatakan membelakangkan parti itu.-Bernama
HAYATI DOA 60 TAHUN DULU SEMASA SAMBUT MERDEKA: BANDINGKAN APA DAH JADI DENGAN SITUASI MELAYU KINI !
Doa Syeikh Ahmad bin Mohd Said (Mufti Pertama Negeri Sembilan) Pada Hari Kemerdekaan 1957
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سَائِرَ العُمَّالِ وَالوُزَرَاءِ وَالسَّلاَطِينَ وَالمُلُوكِ
وَالأُمَرَاءِ لِرِعَايَةِ أُمُورِ الدِّينِ وَالمُحَافَظَةِ عَلَى حُقُوقِ المُسْلِمِينَ وَإِقَامَةِ العَدْلِ فِى الأَحْكَامِ وَالتَّمَسُّـكِ بِفَضَائِلِ الإِسْلاَمِ
اَللَّهُمَّ وَأَصْلِحْ بِهِمْ شُئُونَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ حَتَّى تَتَرَقَّى وَتَتَقَدَّمَ إِلَى أَعْلَى مَا يَتَحَقَّقُ بِهِ بُلُوغُ الأُمْنِيَّةِ. اَللَّهُمَّ وَانْصُرْنَا مَعَاشِرَةَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ وَاهْدِنَا وَسَدِّدْنَا خَيْرَ البَرِيَّةِ وَاهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْـتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِينَ،
اَللَّهُمَّ اكْشِفْ عَنَّا الكُرُبَاتِ وَسَـلِّمْنَا نَحْنُ مِمَّا فِيهِ مِنَ الآفَاتِ وَاحْفَظْنَا مِنْ كُلِّ سُوءٍ وَمَلاَمٍ وَبَـلِّغْنَا كُلَّ مَقْصُودٍ وَمُرَامٍ وَأَصْلِحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ غَيْرِنَا حَتَّى تَكُونَ فِى أَمَانٍ وَسَلاَمٍ. وَفَرِّجْ عَنَّا كُرُبَاتِنَا فَرْجًا عَاجِلاً بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ،
اَللَّهُمَّ كُنْ لَنَا وَلَهُمْ وَلِهَذَهِ البِلاَدِ حَافِظًا مِنْ جَمِيعِ البَلاَيَا وَدَافِعًا عَنَّا وَعَنْهُمْ جَمِيعَ الرَّزَايَا، وَانْصُرْنَا عَلَى الأَعْدَاءِ وَالحُسَّادِ وَاحْلُلْ غَضَبَكَ وَنِقْمَتَكَ عَلَى البَغْيِ وَالفَسَادِ اَللَّهُمَّ وَاحْرُسْ بِعَيْنِكَ الَّتِي لاَ تَنَامُ وَاكْـنُفْ بِكَنَفِكَ وَرُكْنِكَ الَّذِي لاَ يُرَام. اَللَّهُمَّ اِرْمِ رَايَةَ الإِسْلاَمِ مَنْشُورَةً وَمَوَاطِنَ الدِّينِ وَالحَـقِّ مَعْمُورَةً.
Yang bermaksud, Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekalian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.
Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang diidam-idamkan. Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.
Ya Allah! Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.
Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan.
Ya Allah! Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah diterima.
Oleh,
Al-Marhum Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said, doa ini dibaca ketika Pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31 Ogos 1957.
Sumber: www.muftins.gov.my
www.indahnyaislam.my
KU CARI ERTI 60 TAHUN KEMERDEKAAN
Malaysiaraya
Kucari merdeka Malaysia
Merdeka bendera… Bergaya
Merdeka bangsa… Kaya raya?
Merdeka bahasa.. Caca marba
Merdeka agama… Berdosa
Merdeka jiwa… Sejahtera?
Merdeka minda… Jgn terpedaya
Merdeka hati… Mati
Merdeka rasa… Binasa
Merdeka nafsu… Lesu
Hedonisme, pluralisme… Adakah merdeka?
Merdeka Malaysia… Satu Malaysia
Kucari merdeka…..
Abi.. Pekan baru.. Sg petani 30 ogos14
MEMAHAMI KRISIS ROHINGA DI RAKHINE, MYNMAR
Saya sungguh hairan dengan sikap pemimpin-pemimpin umat Islam dari rantau Nusantara ini yg diam seribu bahasa terhadap pembantaian umat Islam Rohingya.
Kekejaman demi kekejaman yang dilakukan terhadap mereka seolah-seolah tidak memberi apa-apa kesan kepada pemimpin/pemimpin kita.
Hanya Erdogan nun jauh di sana yang berani mengeluarkan kenyataan tegas dalam isu ini .http://www.laicikang.com/erdogan-bersuara-tegas-dan-mahu-bertindak-dalam-isu-muslim-rohingya/
Dunia sememangnya pekak dan bisu dalam isu pelanggaran hak-hak kemanusian dan kekejaman terhadap saudara seagama kita orang-orang Rohingya.
Kita sememangnya umat buih di akhir zaman.Dipukul kemana saja oleh arus gelombang.Jumlahnya ramai namun sedikit pun tidak menggerunkan musuh.
Dunia sememangnya tidak hairan dan gentar dengan kita.”Kami bantai saudara kamu semaunya.Apa kamu boleh bikin ?”
Tidak ada apa-apa pun yg boleh kita lakukan.Kalau Palestin itu jauh boleh kita beralasan.Ini jiran kita di depan mata.Bahkan dalam video yg viral baru-baru ini ,orang Rohingya di tanam hidup-hidup termasuk wanita dan kanak-kanak.
Hanya seorang saja yg bersuara iaitu Erdogan.Sementara kita jiran muslim yang dekat Malaysia,Indonesia dan Brunei diam seribu bahasa diikat dengan Asean.Tidak boleh campur hal negara lain dalam hal ini.Alahai hinanya umat ini di akhir zaman.
Jumlahnya banyak tapi dikeroyok semau-maunya.Sudah lali dengan apa yg berlaku di depan mata.
Seperti kata Erdogan,kita buta dan pekak terhadap kekejaman ini.
ADAKAH TUN MAHATHIR TERTIMPA HUKUM KARMA DI PENGHUJUNG USIA !
PAKATAN HARAPAN MUKTAMATKAN KEPUTUSAN BERSEDIA HADAPI 3 PENJURU DENGAN UMNO & PAS
MELAYU SINGAPURA MEMILIKI KELEBIHAN TIDAK SEPERTI DULU
HASRAT Cik Halimah Yacob yang merancang untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden (EP) yang dikhaskan untuk para calon Melayu telah menarik perhatian pemimpin Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Parit Sulong di Maktab Rendah Sains Mara Batu Pahat, di Batu Pahat, Sabtu lalu mendoakan Cik Halimah.
“Perdana Menteri Bangladesh, ada Khaleda Zia, Presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputri dan Thailand juga pernah memiliki perdana menteri wanita. Insya Allah, Speaker Parlimen Singapura Halimah Yacob juga akan menjadi Presiden Singapura sama-sama kita doakan,” kata Datuk Ahmad Zahid seperti ditukil oleh Bernama.
Hari ini seorang pemimpin kanan pembangkang Malaysia pula mengingatkan orang Melayu di Malaysia agar tidak termakan kenyataan retorik bahawa tanpa kerajaan yang dipimpin oleh Umno, mereka mungkin akan menjadi seperti Melayu di Singapura.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Encik Salahuddin Ayub menegaskan bahawa orang Melayu di Singapura hari ini dapat bertahan tanpa bantuan daripada kerajaan mereka.
Beliau turut memuji Cik Halimah ang akan bertanding untuk pemilihan Presiden dan dijangka mencipta sejarah dengan menjadi presiden Melayu kedua negara selepas Yusof Ishak.
“Singapura menghargai dan mengangkat keramat wanita Singapura, yang pertama dia memang layak dan dia memang berkebolehan.
“Wanita yang telah melalui proses dalam dunia politik. Wanita yang punya kehebatan dan mampu membuktikan di mana sahaja dia berada,” katanya.
Encik Salahuddin turut berkata, Amanah sebagai parti yang kecil dan sedang berkembang juga harus belajar daripada orang Melayu Singapura dengan mengetepikan saiz parti itu dan berusaha sehingga berjaya.
Encik Salahuddin turut berkata selama bertahun-tahun orang Melayu di Singapura telah bangkit melalui pelbagai sektor utama dan pentadbiran awam.
“Walaupun satu ketika dulu kita meremehkan orang Melayu Singapura, kita melihat mereka kecil, dengan semangat perkauman yang dikobarkan di tanah air kita, khususnya oleh Biro Tata Negara (BTN) akan mengatakan apa akan jadi esok kalau bertukar, kalau Umno tidak ada, orang Melayu akan jadi seperti Melayu Singapura.
“Bangkitlah semua, ini bukan masanya lagi. Orang Melayu di Singapura hari ini mempunyai dana yang cukup,” katanya yang memetik tabung dana pendidikan untuk orang Melayu di negara itu.
Salahuddin berkata demikian dalam Konvensyen Wanita Amanah di Mines 2 hari ini.
Menurutnya, di sebalik menjanjikan biasiswa kerajaan untuk belia Melayu, Encik Salahuddin berkata bapa pengasas Singapura, Lee Kuan Yew, sebagai penggubal undang-undang memudahkan sistem untuk pekerja Melayu menyumbang sebahagian daripada gaji mereka untuk masa depan anak-anak.
“Lee Kuan Yew tidak memberikan jaminan untuk memberikan biasiswa kepada anak-anak Melayu. Tetapi Lee Kwan Yew menyediakan kemudahan itu dengan menggunakan akta-akta pekerja yang ada untuk orang Melayu menyumbang sebahagian daripada gaji mereka untuk anak-anak mereka.
“Ini bagaimana Singapura mengajar rakyatnya dengan diberikan pancing bukan diberikan ikan pada setiap kali kita perlu memasak di rumah kita masing masing,” katanya.– MalaysiaKini
BIRO POLITIK PKR KOMITED SEPADU TUMBANGKAN BN DALAM PRU KE 14
BIRO POLITIK KEADILAN KOMITED PERKUKUH PAKATAN HARAPAN SUSUN STRATEGI TEWASKAN BN – WAN AZIZAH
Biro Politik KEADILAN hari ini telah mengadakan mesyuarat mingguan dan telah membuat ketetapan bahawa KEADILAN komited kepada usaha memperkukuh Pakatan Harapan serta menyusun strategi untuk menewaskan UMNO-BN pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU1).
YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
29 Ogos 2017
SETELAH LAMA BERGELUT PERJUANGAN RAKYAT MENDAPATKAN RUMAH PERCUMA BERJAYA AKHIRNYA !
MEREKA BERHAK MEMILIKI KEDIAMAN DAN KEHIDUPAN, SAMBUTAN KEMENANGAN RUMAH PERCUMA 24 BEKAS PEKERJA LADANG BANGI
Jam 10 pagi bertempat di kawasan lapang, berhadapan Masjid Kariah Bangi, saya dan isteri sempat menghadiri perhimpunan dan perarakan kemenangan teman-teman dan ahli keluarga mantan pekerja-pekerja Ladang Bangi.
Kami bersama-sama berarak ke dewan Balai Rakyat, Ladang Bangi.
Kami melawat pameran sejarah, sedari awal perjuangan menuntut hak mereka itu.
Ia penuh dengan ranjau dan duri.
Turut hadir bersama selaku penganjur, Hero Isu Rakyat Sdr Arutchelvan dan para tetamu seperti Dato Ambiga, Sdr Mazwan Johar Pengerusi AMANAH Serdang, serta pimpinan dan aktivis PSM.
Setiap rakyat Malaysia punya hak untuk memiliki kediaman. Berilah peluang kepada mereka meraihnya mengikut undang-undang sedia ada.
Mereka adalah pekerja yang setia. Mereka bukan hamba abdi.
وَلَكُمْ فِي الْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَىٰ حِينٍ
“….On earth will be your dwelling-place and your means of livelihood – for a time.”
“….dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)” (Al-Baqarah 36)
Ayuh! Bersama memperjuangkan hak rakyat. Tuhan minta kita untuk urus dunia dan manusia ini, kita sebagai khalifah bukan sekadar lebai agama.
HASANUDDIN MOHD YUNUS
Naib Presiden
Parti AMANAH Negara
Penyelaras
Pusat Peduli Rakyat
Parlimen Hulu Langat
(Mantan AJK Darussyifa’ Negeri Johor dan Peserta Kapal Kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara 2010)
27 Ogos 2017
