GST KESAN AKIBATNYA PADA🙂ORANG MAKAN GAJI HINGGA🤗PENDAPATAN HAMPIR X BERBAKI !

 

EPISOD 1 CUKAI GST UNTUK GAJI RM 3500/

1. Belanja kedai Mamak RM 15/- GST RM 0.90,2.Bayar RM 80/ bil internet-GST RM 4.80,3.Bil Tel RM 200/  sendiri& isteriGST  BRM 12, 4.Bil internet RM 100/GST RM 6.00, 5. GST Ansuran rumah  RM 1200/ – RM 72, 6. GST Ansuran kereta RM 600/-

RM 36  7. Baki gaji RM 1274.30 – DAH BAYAR GST RM 131.70

EPISOD 2 :  8. Beli Barang dapur RM 500/ GSTnya RM 30/ 9.RM 400/ minyak kereta subsidi dihapus 9.Touch N Go RM 100/ GST RM 6, 10.Elaun isteri RM 300/ GST  ???? 11.Sesudah belanja, belanja + RM 167.00 Cukai GST, duit gaji berbaki hanya RM 5/ sahaja BUAT PENERUS HIDUP SEBELUM GAJI BULAN BERIKUTNYA !!!

REMEMBRING EDWARD SAID – MENGINGATI EDWARD SAID

Remembering Edward Said

Photo: Jeremy PollardPhoto: Jeremy PollardThe end of September marks fourteen years without Edward Said, literary theorist and an intellectual of a wide range. Many of the things Said wrote about – from the way West perceives and represents The East to the question of Palestine – remain a hot topic today. To commemorate Said and recall the magnitude of his works, we are in conversation with Judith Butler, Laleh Khalili, Avi Shlaim and Illan Pappé.


“The Orang Asli do not enjoy equivalent constitutional rights and protection as Malays and natives of Sabah and Sarawak,” said former Court of Appeal judge Datuk Seri Hishamuddin Yunus. “There is no mandatory constitutional protection with respect to their language, laws, traditions and customs,” he added, referring to the constitutional protection for the Malay language and also Islam as a religion of the federation.

DT MAHFUZ OMAR: GST AKAN TERUS NAIK JIKA RAKYAT TAK PEKA &TERUS UNDI BN PRU KE 14 !

Kenyataan Media

*PM NAJIB PERLEKEH KELUHAN RAKYAT : ISYARAT JELAS GST BAKAL DINAIKKAN JIKA BN TERUS MEMERINTAH MALAYSIA!*

1.Ketenangan dan kegembiraaan saya ketika berada di kota Madinah Al Munawarah amat terganggu apabila membaca laporan berkenaan ucapan YAB Perdana Menteri di Perhimpunan Agung MIC yang dirasakan *menghina serta memperlekehkan keluhan dan kesusahan yang dialami rakyat Malaysia akibat cukai barangan dan perkhidmatan yang diperkenalkan oleh kerajaan sejak tahun 2015*.

2. Saya masih boleh menerima jika Perdana Menteri yang datang dari keluarga bangsawan dan hidup senang lenang sejak dilahirkan tidak menjiwai kesusahan hidup rakyat terbanyak. Maklumlah *sebahagian besar kehidupan beliau ditanggung oleh kita sebagai rakyat Malaysia*. Apalah sangat cukai GST 6% peratus kalau nak dibandingkan dengan segala gaji dan elaun sebagai PM,itu belum lagi wang RM2.6 bilion yang ‘didermakan oleh pembesar Arab’.

Sudah tentu begitu sukar untuk Perdana Menteri memahami kenapa majoriti rakyat Malaysia merasa sangat terbeban dengan kesan kenaikan kos sara hidup akibat dari GST.

3. *Saya tidak boleh bersabar dengan perlecehan dan penghinaan Perdana Menteri apabila beliau memperlekehkan penderitaan rakyat*. Tidak ada sebab untuk rakyat merungut dan menentang GST jika benar pelaksanaan GST akan menjadikan harga barang dan perkhidmatan lebih murah sebagaimana yang dicanang oleh pemimpin seperti Datuk Ahmad Maslan ketika berkempen mempromosikan GST.

Hakikat sebenar yang terpaksa ditanggung oleh rakyat hari ini ialah *GST membawa padah kepada kenaikan kos dan harga barang keperluan yang menjejaskan kehidupan rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana*.

4. Memahami keadaan ini, saya ulangi kembali hujah saya sebelum ini dalam menentang GST bukanlah kerana saya tidak suka manfaat dari segi pendapatan yang diperolehi kerajaan,tetapi hakikat *GST sebagai sejenis cukai yang regresif iaitu semakin rendah pendapatan seseorang maka semakin terbeban seseorang itu dengan cukai GST yang dikenakan sama rata kepada semua rakyat tanpa mengira jumlah pendapatannya*.

Kesan berangkai GST yang membawa padah kepada peningkatan mendadak harga barang keperluan dan pekhidmatan ini tidak seiring dengan peningkatan pendapatan rakyat yang menyaksikan peningkatan minimum atau langsung tiada peningkatan untuk 2 atau 3 tahun kebelakangan.

5. Saya percaya segala data dan fakta berkaitan pendapatan dan kos sara hidup rakyat berada dalam pengetahuan Perdana Menteri. Maka *amatlah tidak bertanggungjawab bagi seorang Perdana Menteri yang tergamak memperlekehkan keluh resah rakyat bawahan yang semakin terhimpit kehidupan mereka dari hari ke hari*.

Ucapan tidak bertanggung jawab Perdana Menteri ini turut membandingkan kadar GST di Malaysia dengan cukai yang sama di negara India dengan kadar 28% adalah suatu signal dan bayangan jelas bahawa Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional berhasrat untuk menaikkan lagi kadar GST berbanding dengan kadar 6% pada masa ini.

Tetapi sudah tentulah GST tidak akan dinaikkan buat masa ini memandangkan pilihanraya umum ke 14 semakin hampir dan pada ketika yang semakin jelas sokongan kepada BN semakin merosot.

6. Saya berani mengatakan GST hampir pasti akan dinaikkan kadarnya jika BN terus berkuasa di Putrajaya selepas PRU 14 nanti. Maka jika terus *mengekalkan BN sebagai kerajaan selepas PRU 14 adalah ibarat kita menyerahkan tengkuk untuk ‘disembelih’ dengan kadar GST yang lebih tinggi dan akibatnya akan membawa kesengsaraan kepada kehidupan seharian kita*.

7.Ketika ini Saya hanya mampu berdoa di sudut Raudah *Ya Allah buka lah pintu hati rakyat khususnya pengundi di Malaysia menolak Umno Bn Ya Allah kau lindungi la rakyat dan negara kami dari pemimpin yang menzalimi kami,beri lah kekuatan pada kami untuk mengalahkan mereka Umno Bn.Ya Allah kau beri lah keinsafan dan istiqamah pada ku untuk bersama rakyat untuk terus membela dan membebaskan mereka dari kezaliman pemerentah negara yang menjadi tuntutan ajaran Islam.Ya Allah kau ampuni lah aku dan kami semua*.

Justeru, satu-satunya cara untuk ‘menyekolahkan’ Perdana Menteri dan kerajaan yang memperlekeh kesusahan rakyat dan seterusnya menghalang usaha mereka dari terus membebankan kita dengan menaikkan kadar GST ialah dengan menolak Umno Bn dan *mengundi Pakatan Harapan di dalam PRU 14!*.

“GST buat rakyat makin sengsara dan derita!”

*DATO HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
3pm Madinah Al Munawarah
27 Sept 2017/ 6 Muharram 1438H.

DOA DAN MUNAJAT DATUK HJ MAHFUZ OMAR DARI MADINAH !

 

Walaupun jasadnya berada lebih 7,000 kilometer dari Malaysia perkembangan di negara ini tetap dekat di hati Datuk Mahfuz Omar.

Kini masih berada di Madinah selepas mengerjakan haji anggota parlimen PAS untuk Pokok Sena itu menitipkan doa.

Dari Raudhah Mahfuz melafazkan doa supaya rakyat di negara ini dilindungi daripada “pemimpin yang menzalimi” serta memberi kekuatan “mengalahkan Umno dan BN”.

Namun isi yang mungkin paling penting diucapkan beliau ialah meminta pengundi memilih Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Ketika ini saya hanya mampu berdoa di sudut Raudah: Ya Allah, bukalah pintu hati rakyat khususnya pengundi di Malaysia menolak Umno BN.

“Ya Allah kau lindungilah rakyat dan negara kami daripada pemimpin yang menzalimi kami, berilah kekuatan kepada kami untuk mengalahkan mereka.

“Ya Allah kau berilah keinsafan dan istiqamah padaku untuk bersama rakyat untuk terus membela dan membebaskan mereka daripada kezaliman pemerintah negara yang menjadi tuntutan ajaran Islam.

“Ya Allah kau ampunilah aku dan kami semua,” katanya.

Raudhah mempunyai makna yang sangat penting kepada umat Islam, khususnya seseorang yang menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi.

Perlekeh kesulitan rakyat

Ia adalah sebuah kawasan khusus yang terletak di antara mimbar masjid dan makam Rasulullah SAW di dalam masjid berkenaan.

Bermaksud “taman syurga” doa yang dilafazkan seseorang di kawasan berkenaan diyakini akan dimakbulkan. Pada musim haji kebiasaannya untuk dapat berada di kawasan Raudhah adalah sangat mencabar kerana bilangan pengunjung yang berebut-rebut untuk berdoa serta beriadah di situ.

Kata Mahfuz ketenangan yang dialaminya di bandar raya Madinah amat terganggu selepas membaca laporan ucapan Datuk Seri Najib Razak mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) semasa merasmikan Perhimpunan Agung MIC pada 24 September 2017

Dalam ucapannya Najib berkata kerajaan memang tahu kesulitan rakyat dan berusaha membantu, namun mengingatkan kadar GST di negara ini cuma 6 peratus.Di India, kata perdana menteri, kadar GST negara itu ialah 28 peratus.

“Tolong ingat itu. Kita (di Malaysia) baru kena 6 peratus pun dan riuh-rendah bising, marah kerajaan,” katanya.

Menurut Mahfuz ucapan perdana menteri itu menghina dan memperlekehkan kesusahan rakyat Malaysia akibat pelaksanaan GST sejak April 2015.

Katanya sebagai seorang tokoh yang dilahirkan dalam keluarga bangsawan Najib tidak menjiwai keperitan rakyat menghadapi kenaikan kos hidup akibat GST.

Macam serah tengkuk

“Tetapi saya tidak boleh bersabar dengan perlecehan dan penghinaan perdana menteri apabila beliau memperlekehkan penderitaan rakyat.

“Tidak ada sebab sama sekali untuk rakyat merungut dan menentang GST jika pelaksanaannya menjadikan harga barang dan perkhidmatan lebih murah seperti dicanang orang seperti Datuk Ahmad Maslan.

“Hakikatnya GST membawa padah kepada kenaikan kos dan harga barang keperluan hingga menjejaskan kehidupan rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya.

Sebagai pedana menteri kata Mahfuz beliau yakin data mengenai pendapatan dan kos sara hidup rakyat ada dalam pengetahuan Najib.

Justeru kata bekas naib presiden PAS itu amat tidak bertanggungjawab bagi seorang perdana menteri memperlekehkan keluh kesah rakyat bawahan yang semakin terhimpit hidup mereka dari hari ke hari.

“Saya juga melihat ucapan perdana menteri membandingkan kadar GST di Malaysia dengan India adalah suatu isyarat jelas bahawa kerajaan memang berhasrat menaikkan lagi kadar sedia ada,” katanya.

“Mengekalkan BN sebagai kerajaan selepas PRU ke-14 adalah ibarat kita menyerahkan tengkuk untuk disembelih dengan kadar GST yang lebih tinggi.

“Justeru satu-satunya cara untuk mengajar perdana menteri dan kerajaan yang memperlekeh kesusahan rakyat ialah dengan mengundi HARAPAN dalam PRU ke14,” katanya.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/396558#6tEmUPS7kul8W03Y.99

KEUTAMAAN SEORANG PRESIDEN UNTUK RAKYATNYA -MEMBINA INDONESIA PERKASA !

Image may contain: 11 people, people smiling, text

Tidak mungkin bangsa Indonesia menjadi bangsa yang maju, kalau rumah-rumah rakyat kita di seluruh pelosok nusantara tidak menikmati aliran listrik.

Tidak mungkin kita menjadi negara yang kompetitif ketika biaya logistik kita mahal. 

Tidak mungkin kita menjadi Poros Maritim Dunia, kalau kita tidak mempunyai pelabuhan- pelabuhan yang menjadi tempat bersandar kapal-kapal besar yang mengangkut produk-produk kita. 

Tidak akan mungkin menjadi bangsa yang berdaulat di bidang pangan, kalau jumlah bendungan dan saluran irigasi yang mengairi lahan-lahan pertanian kita di seluruh penjuru Tanah Air, sangat terbatas.

Image may contain: 1 person, ocean, sky, text, outdoor and water

Image may contain: tree, text, outdoor and nature

 

RANGSANGAN SEORANG PRESIDEN UNTUK RAKYATNYA – SEMARAKKAN INDUSTRI PENTERNAKAN NEGARA

Image may contain: one or more people

Saya datang ke Bumi Perkemahan Cibubur, Jakarta Timur pagi tadi, dengan membawa serta tiga ekor kambing peliharaan saya. Bukan hendak menggembala, tapi saya menghadiri dan menutup acara Jambore Peternakan Nasional 2017.

Sepuluh bulan yang lalu saya beli lima ekor kambing, tiga betina dan dua jantan. Baru sepuluh bulan, sudah beranak pinak. Sekarang, kambing saya sudah sebelas ekor. Saya hitung-hitung, wah, untungnya besar juga. Itu baru kambing, belum piara sapi.

Karena itulah, saya ingin membangun industri peternakan yang betul-betul seperti sebuah korporasi yang besar dan profesional. Korporasi yang jumlahnya banyak tapi yang memiliki adalah rakyat, para peternak.

Untuk itu, para peternak perlu bergabung dalam sebuah wadah besar. Entah dalam bentuk PT, koperasi, gabungan perternak-peternak, tapi dengan jumlah peternak yang cukup banyak. Dengan cara itu, akan ada manfaat ekonomi yang bisa dirasakan oleh masyarakat secara langsung.

Sugiharto, seorang peternak dari Purworejo, bercerita bahwa ia semula punya enam ekor kambing. Sekarang membiak jadi 206 ekor. Pekerjaan lamanya sebagai kontraktor ia tinggalkan untuk jadi peternak. Ia mempekerjakan tiga orang untuk membersihkan kandang dan membuat pakan.

Tiga pekerja cukup untuk mengurus ratusan kambing itu. Kalau begitu, dengan hanya sebelas ekor kambing, seharusnya saya tidak perlu pekerja lagi. Saya urus sendiri saja

CUKAI GST MALAYSIA MASIH RENDAH HANYA 6 % BERBANDING INDIA 28 % – APA MAKNANYA ?

Najib: GST kita baru 6% dah bising, India 28%

Published on: 24-09-17 1:36 PM

Perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak terkejut mengenai kemarahan rakyat Malaysia apabila terpaksa membayar cukai yang tinggi.

Dalam ucapan perasmiannya di mesyuarat agung tahunan MIC hari ini, Najib mengambil maklum ucapan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam yang sebelum ini dalam ucapannya mengatakan banyak pelajar India mendapati bahawa pinjaman Kumpulan Wang Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak mencukupi.

“Saya menerima pandangan mengenai PTPTN, dan kami akan melihat ini dengan lebih terperinci kerana ia bukan sahaja masalah India, tetapi memberi kesan kepada semua masyarakat.

“Tetapi kita tidak boleh menaikkan cukai (kerana) rakyat Malaysia tidak suka membayar lebih banyak cukai, mereka hanya suka seperti cuti umum, makanan. Mereka tidak suka membayar lebih” kata Najib.

Najib, bagaimanapun, memetik India sebagai contoh di mana kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berada pada 28 peratus.

“Kami hanya enam peratus, tetapi orang ramai membuat bunyi bising dan marah kepada kerajaan.

“Tetapi sebenarnya bukan kerajaan, itu semua peniaga yang menaikkan harga barangan dan perkhidmatan, dan menyalahkan kerajaan.

“Seratus enam puluh lima negara di dunia (melaksanakan GST), dengan India pada 28 peratus, jadi rakyat Malaysia India tidak boleh mengadu,” katanya.

GST diperkenalkan pada 1 April 2015 pada kadar enam peratus.

Jabatan Kastam berharap dapat mencapai sasaran pendapatan pajaknya sebanyak RM42 bilion, termasuk sumbangan dari GST. Ia mengumpul cukai sebanyak RM41 bilion pada tahun 2016.

Read more at https://m.kinitv.com/video/52603O74#17pizRaUOrW4hPb3.99

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...