TULISAN JAWI MENDAPAT TEMPAT DALAM UNIVERSITI DI KOREA SELATAN

AKU ADALAH TULISAN YANG MATI,DIBUNUH OLEH BANGSAKU SENDIRI!

Dekan Fakulti Asia Tenggara Daegu University of Foreign Studies, Prof Dr Kang Kyoung Seok (kiri), yang juga pakar dalam tulisan Jawi sedang mengajar tulisan Jawi di universiti itu di Daegu, Korea Selatan. 13 Mac, 2016 — Foto Ihsan Kang Kyoung Seok/Bernama
Dekan Fakulti Asia Tenggara Daegu University of Foreign Studies, Prof Dr Kang Kyoung Seok (kiri), yang juga pakar dalam tulisan Jawi sedang mengajar tulisan Jawi di universiti itu di Daegu, Korea Selatan. 13 Mac, 2016 — Foto Ihsan Kang Kyoung Seok/Berna
MELAKA, 14 Mac — Terletak jauh beribu batu dari nusantara iaitu kawasan asal kebudayaan Melayu bukan halangan buat Daegu University of Foreign Studies (DUFS) di Daegu, Korea Selatan memulakan pengajian dalam kebudayaan Melayu terutamanya tulisan jawi, pada bulan ini.

Dekan Fakulti Asia Tenggara DUFS Prof Dr Kang Kyoung Seok yang juga pakar dalam tulisan jawi berkata selain pembelajaran, universiti itu juga akan menjalankan kajian mengenai ilmu jawi atau Jawiology melalui Pusat Antarabangsa Jawiology di universiti tersebut.

Kang yang juga pengarah pusat itu dan berkhidmat bersama DUFS bermula 1 Mac lepas berkata selain tulisan jawi, DUFS juga akan menumpukan kepada pengajian dalam bahasa Melayu dan Indonesia.

“Daripada kuliah enam jam saya lebih menumpukan kepada penyelidikan dan kajian Jawiology. Selain itu ada juga (mengajar) bahasa Melayu dan Indonesia peringkat asas serta pertengahan.

“Kuliah Jawiology mendapat sambutan baik, ramai minat belajar. Tetapi penting bagi saya ialah membuat lebih banyak kajian mengenai ilmu jawi supaya kita semua dapat tahu lebih dalam mengenai jawi,” katanya yang fasih berbahasa Melayu kepada Bernama menerusi e-mel di sini.

Kang sebelum ini bersama Busan University of Foreign Studies sejak tahun 1982 dan bertanggungjawab menubuhkan Jabatan Indonesia-Malaysia di universiti itu.

Beliau berkata apa yang membuatkan beliau memilih untuk berkhidmat dengan DUFS ialah ruang untuk beliau melakukan kajian mengenai jawi serta mengajar tulisan itu sebagai satu nilai tambah bagi generasi muda di Korea Selatan.

“Di kampus Korea saya tidak diberi peluang hendak mengajar apa sahaja melainkan ikuti panduan universiti yang menolong pelajar senang mendapat kerja selepas mempelajari subjek yang telah saya ajar.

“Ini berbeza dengan DUFS yang mengutamakan pengajian Asean antaranya mengenai tulisan jawi, universiti ini walaupun kecil tetapi sebuah universiti yang kuat,” katanya.

Katanya DUFS juga sedang mengorak langkah untuk mengadakan program pengajian kerjasama dalam pengajian pelbagai bidang terutamanya Jawiology dengan universiti di Malaysia.

“Saya akan membawa impak inovatif yang mana DUFS akan menerima pelajar dari luar negara untuk mengikuti kursus Jawiology serta calon sarjana atau doktor falsafah (PhD) terutama dari Malaysia dan Brunei dalam Jawiology,” katanya.

Selain itu Kang berkata DUFS juga akan berusaha menjemput pakar dalam tulisan Jawi untuk mengajar dan membimbing pelajar serta siswazah dalam pengajian Jawiology.

Beliau berkata setakat ini DUFS telah mengadakan beberapa kerjasama dengan universiti dari Indonesia, namun masih berusaha untuk mengadakan kerjasama dengan universiti di Malaysia.

“Saya harap sebuah universiti Malaysia dapat menandatangani kerjasama dengan DUFS ini sambil mengeksport pengajian Melayu ke DUFS supaya Korea dapat banyak belajar,” katanya.

Kang menegaskan pengajian Melayu terutama melibatkan tulisan jawi perlu mendapatkan kerjasama dengan pelbagai pihak terutama universiti di Malaysia kerana jawi ‘berpokok dan berakar’ di negara ini selain sebuah negara yang kaya dengan kemelayuannya. — Bernama
Read more at http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/jauh-di-korea-selatan-tulisan-jawi-jadi-bahan-pengajian#Qt0LrCughRHr2ERV.99

MENUKAR ISTAC KEPADA ISTACH MEROSAKKAN CITRA DAN HUBUNGAN ISLAM – MELAYU !

 

Sejarah menunjukkan kejahilan para pemimpin UMNO beberapa tahun selepas MERDEKA. Mereka membuang tulisan JAWI daripada kurikulum sekolah.Sedangkan tulisan JAWI disemarakkan sepanjang tahun 50an. Tulisan jawi donobatkan dalam watikah kemerdekaan,  sepandok, tulisan tulisan pada sambutan perayaan, kepala surat kerajaan, geran tanah dsbnya. Kesan parahnya dalam masa 30 tahun akhbar yang amat berjasa kepada UMNO,  UTUSAN MELAYU( diasaskan pada 1939) beransur beransur kehilangan pelanggan. Akhirnya terpaksa ditutup setelah sempat beroperasi selama 50 tahun. Selepas itu tulisan Melayu hilang dalam majlis majlis rasmi. Ia dianggap tulisan langka untuk orang tertentu dan institusi tertentu. Itulah yang kerajaan lepas merdeka lakukan ke atas warisan penting Islam ke atas umat Melayu. Tulisan kaum imigran seperi Mandrin dan  Tamil terus kekal. Tulisan rakyat pribumi dan bumiputeranya terus lenyap dari arus perdana. Ia lenyap atau hilang lenyap daripada bangsa Melayu kerana dasar pendidikan yang memakai tulisan rumi sahaja. Inggeris mengekalkan tu,isan jawi sepanjang pemerintahannya. Kita yang merdeka mengabaikannya !

Begitu yang berlaku ke atas ISTAC. Institusi yang begitu teguh dan ternama di peringkat antara bangsa tetiba di matikan peranannya. Kini timbul kesedaran untuk mengembalikan kecemerlangannya. Namun dengan hati dan niat yang tidak ikhlas. Apabila tangan tangan perosak masuk campur ia seperti tikus memperbaiki labu. Bila sesuatu urusan itu diberikan kepada yang bukan ahlinya tunggulah kerosakan.Tidakkan patut ISTAC yang dilahirkan daripada perut kandungan Prof Syed Naquib Al Attas dikemvalikan ke pangkuan ibunya.Itu hak intelektual beliah. Beliau yang mengasaskan  IBKK  Institut Bahasa Kebudayaan dan Kesusasteraan Melayu

 

 

 

 

CARA MELAWAN “WESTERNIZATION” SISI TAMADUN BARAT YG BURUK KEPADA BANGSA MELAYU

WESTERNISASI ILMU

1.Darimanakah datangnya cabaran yang terbesar pada hari ni?

Jawapan : Daripada Peradaban Barat.

2.Apakah cabaran tersebut?

Jawapan : Cabaran Ilmu.

3.Apa yang dimaksudkan dengan cabaran ilmu? Melawan kejahilan?

Jawapan : Bukan sebagai lawan kepada kejahilan tetapi ilmu yang difahami dan disebarkan ke seluruh dunia oleh Peradaban Barat.

4.Apa masalah tentang ilmu tersebut?

Jawapan :Ilmu telah menjadi bermasalah kerana ia telah kehilangan tujuan hakikinya akibat daripada pemahaman yang tidak adil.

5.Jadi, apakah kesan kepada pemahaman yang tidak adil terhadap ilmu?

Jawapan : Ilmu yang seharusnya menciptakan keadilan dan perdamaian, membawa kekacauan dalam kehidupan manusia.

6.Apakah huraian bagi jawapan kepada 5?

Jawapan : Terhasilnya kekeliruan dan skeptisisme, yang mengangkat keraguan dan dugaan ke darjat ilmiah dalam hal metodologi serta menganggap keraguan sebagai sarana epistemologi yang paling tepat untuk mencapai kebenaran.

7.Maka,adakah ilmu yang dimasukkan dengan pemahaman yang tidak adil, dikira sebagai ilmu?

Jawapan : Ia bukanlah ilmu yang benar, melainkan hanya berupa tafsiran-tafsiran melalui prisma pandangan alam, sebuah pandangan intelektual dan persepsi psikologi dari peradaban yang memainkan peranan kunci dalam perumusan dan penyebarannya pada saat ini.

8.Apa yang dimaksudkan dengan peradaban Barat?

Jawapan :Peradaban yang berkembang dari percampuran sejarah pelbagai kebudayaan,falsafah,nilai dan aspirasi Yunani dan Romawi Kuno, penyatuannya dengan ajaran Yahudi dan Kristian, dan perkembangan dan pembentukan lebih jauh yang dilakukan oleh orang Latin,Germanik,Celtic dan Nordik.

9.Apakah ramuan-ramuan campuran peradaban Barat tersebut?

Jawapan :

a.Daripada Yunani Kuno diserap unsur falsafah,epistemologi,pendidikan, dan etika serta estetika.
b.Daripada Romawi unsur-unsur hukum dan ketatanegaraan serta pemerintahan.
c.Daripada Yahudi dan Kristian unsur keyakinan agama.
d.Daripada Latin,Germanik,Celtic, dan Nordik kemerdekaan, semangat kebangsaan dan nilai tradisi mereka, serta pengembangan ilmu sains tabii, fizik dan teknologi.
e.Dengan kekuatan bersama bangsa Slavia mereka mendorong peradaban ini hingga ke puncak kekuasaan.

10.Adakah Islam turut menyumbang kepada peradaban Barat?

Jawapan : Ya, dalam bidang ilmu dan dalam menanamkan semangat rational dan saintifik.

11.Adakah ilmu dan semangat rational dan saintifik dari sumbangan Islam itu masih sama hingga ke hari ini?

Jawapan : Tidak. Ia telah disusun kembali dan ditata ulang untuk disesuaikan dengan acuan kebudayaan Barat sehingga melebur dan menyatu dengan unsur lain yang membentuk watak serta keperibadian peradaban Barat.

12.Lalu, apa yang berlaku hasil daripada peleburan dan penyatuan tersebut?

Jawapan : Ia berkembang menghasilkan suatu dualisme yang khas dalam pandangan alam dan tata nilai kebudayaan dan peradaban Barat.

13.Apakah yang dimaksudkan dengan dualisme yang khas?

Jawapan : Ia adalah suatu dualisme yang tidak dapat diselesaikan menjadi kesatuan yang harmoni., kerana terbentuk daripada berbagai idea, nilai, kebudayaan ,kepercayaan,falsafah,dogma, doktrin dan teologi yang saling bertentangan.

Dualisme itu menguasai semua aspek kehidupan dan falsafah Barat, baik yang spekulatif, sosial, politik atau kebudayaan.

PERBANDINGAN LAWATAN PM NAJIB DENGAN PM SINGAPURA KETIKA DISAMBUT TRUMP

 

DILEMA MEL`AYU
SIRI 466
TRUMP MENGHINA NAJIB?
Siapa sangka sebuah negara republik kecil bernama Singapura mendapat penghormatan Presiden US memberi layanan seorang ketua kerajaan di Rumah Putih. PM Singapura diberi penghormatan sebagai ketua negara, dira’ikan sebagai tetamu negara, sambil mengadakan rundingan bersama para penasihat Presiden US dengan jamuan makan tengahari.
Nampaknya Trump lebih menghormati PM Singapura dari Najib Razak yang cuba mengemis sokongan Trump untuk menyelamatkan dirinya dari tindakan DOJ dan FBI mengenai jenayah 1MDB. Pelik bin hairan Trump kononnya “golfing buddy” Najib tapi mengapa layanan Trump kepadanya tidak setaraf penghormatan yang diberikan kepada PM Singapura?
Layanan Trump terhadap PM Singapura membayangkan US menghormati pemimpin yang tidak korup, tidak amanah, pencuri harta negara untuk kepentingan diri dan keluarga.
Trump menghina Najib walaupun dia menyewa bilik hotel super mewah, super mahal dari Trump Hotel.
Amat memalukan seorang PM dari Negara Ketiga yang super korup mahu membantu memperkukuhkan ekonomi US yang maha hebat dengan pelaburan negara yang ekonominya pincang dan korupsi menjadi budaya hidup para pemimpinnya.
Trump mendapat laporan terperinci mengenai berbagai pemimpin dunia, khasnya dari Dunia Ketiga dari FBI, CIA dan kedutaan-kedutaan US di seluruh dunia.
Skandal 1MDB ini maharaja segala puaka yang akan memburu Najib, Riza Aziz, Jho Low sampai ke liang kubur.
Mahu tahu betapa banyak bala Allah turunkan kepada Najib dan rakyat Malaysia sejak anak Tun Razak jadi PM pada tahun 2009? Dua kapalterbang MAS hancur dan hilang dalam masa setahun, gempa bumi di Ranau, serangan di Lahad Datu, banjir besar di Kelantan, skandal Felda, dan berpuluh-puluh bala yang lain.
Trump sebagai Presiden US berhak memberi penghormatan kepada mana-mana pemimpin negara yang dia hormati. Singapura negara kecil, berjiwa besar dan PMnya tidak mencuri harta negara untuk memperkayakan keluargany Wajarlah Presiden US memberi penghormatan kepada seorang PM Singapura yang tidak korup, berhemah, punya taraf intelek yang tinggi (dia dapat ijazah dari Universiti Cambridge tau). Moga-moga Allah memberi hidayah kepada Najib kembali ke pangkal jalan.

PERIHAL ISTAC SONGLAP KEILMUAN TERBESAR DALAM SEJARAH PENDIDIKAN NEGARA

DONGENG MELAYU BARU…ISTAC DILANGGAR GARUDA!

Nak kata pusat pengajian Tamadun Melayu tak ada… ATMA tu apa? Buat apa pergi ambik ISTAC dan rosakkan institut yg telah terbukti kewibawaannya itu? Inilah yg pakcik tak faham. Macamanalah pusat pengajian tamadun Melayu boleh dibina macam tu? Pakcik tengok caranya tu macam pendatang haram yahudi buat rumah atas tanah Palestine yg dirampas. Itu yg pakcik nampaklah. Barangkali yg mereka nampak tu lain. Barangkali mereka melihat diri mereka seumpama Muhammad al Fatih yg membebaskan Konstatinopel dari penguasaan Rom. Maka mereka sebenarnya adalah wira yg berjasa, bukan penyangak dan perampas.

Pusat pengajian tamadun melayu ni bolehlah tulis sejarahnya macam tu. Tulislah dgn tinta emas kalau cukup bajet. Mungkin ada yg akan percaya. Tapi pakcik tahu cerita sebenar. Ramai yg tahu ceritanya.

Yg tak tahu cerita sebenar pun kalau dia cerdik takkan telan bulat2 cerita rekaan tu. Dia akan bertanya macamana boleh timbul idea nak buat bangunan mcm tu? Siapa punya idea? Ke mana pergi pengasasnya itu? Apa dah jd dgn dia dan murid2nya?

Agaknya bagaimanalah plot cerita tu nanti? Boleh jadi kisah Demang Lebar Daun akan diceritakan semula. Mungkin dlm cerita tu ada burung garuda yg telah makan semua penghuni tempat itu dahulu. Dan Demang Lebar Daunlah yg telah membunuh garuda itu dgn panah saktinya. Maka tamatlah kezaliman garuda dan bermulalah era tamadun melayu….

Bunyi mcm best cerita tu. Cukup dengan ramuan kisah2 dongeng purbakala. Memang sesuai sangat kisah ini dimasyhurkan….

NEGARA ISLAM SEBUAH FOBIA DAN RETORIKA – ADAKAH MEMBAWA KITA KE RAHMATAN LIL ALAMIN

Image result for MUHAMMAD ASAD HIS STAND ON ISLAMIC STATE

MUHAMMAD ASAD ( 1900 ( AUSTRIA  -1992  GRANADA SPAIN)

Image result for MUHAMMAD ASAD HIS STAND ON ISLAMIC STATE

 “The great mistake (of the fundamentalists),” he once explained, “is that most of these leaders start with the hudud, criminal punishment. This is the end result of the sharia (Islamic Law), not the beginning. The beginning is the rights of the people. There is no punishment in Islam which has no corresponding right.”

MUHAMMAD ASSAD — Excerpted from The Guardian

SIAPA KATA TRAGEDI RUNTUHAN TANAH DI TG BUNGA SEMATA MATA KEMALANGAN TANPA SEBAB MUSABABNYA ?

 

GEORGE TOWN: A buyer of the Tanjung Bungah project that was hit by a landslide may have recorded early signs of trouble months ago.

High-resolution drone pictures he took of the construction site on July 12 show signs of damage at the lower slope where the landslide occurred.

“You can see that the cut slope is broken and there is a big hole,” said the buyer, who asked to be identified only as Nik.

He said the hole was strewn with boulders, and there was a large puddle of water at the bottom.

 “After the landslide, I reviewed the pictures and on zooming in, I was shocked to see the water and broken slope exactly where the landslide happened.

Warning sign?: The project site captured in a drone photograph taken on July 12.

Warning sign?: The project site captured in a drone photograph taken on July 12.

Penang  state government should set up a royal commission of inquiry (RCI) to investigate the cause of the landslide to prevent the repeat of such fatal tragedies.

 

LAGU ANTI KORUPSI DI NEGARA TETANGGA -MARI MENELITI,SEDAQ BUAT MENGINSPIRAS MELAWAN RASUAH

 Posted: 11 Desember 2013 in Lirik Lagu
Tag:

 Karya @ekagustiwana yang satu sungguh membuat para koruptor JLEB dihatinya.. *kalau masih ada hati sih 😀

yeah.. yeah..

saya Najwa Shihab

(yeah..)

itu asik tuh

(yeah..)

saya Najwa Shihab

tak banyak pemimpin seperti Bung Hatta

memimpin tanpa menguras harta negara

kongkalikong

penghasilan pejabat semakin tinggi

(kongkalikong)

tapi korupsi.. tapi korupsi.. masih belum juga mati

 yeah.. yeah..

super!

yeah..

tidak, tidak masuk akal

boro-boro mengabdi untuk negeri

malah sibuk perkaya kerabat sendiri

saat para pejabat banyak tertangkap

karna korupsi.. karna korupsi..

 masihkah kita bisa berharap?

 kita tertipu

kan ga sedap ya kan?

kita tertipu

 geli..!

karna tidak malu korupsi

geli..!

karna tidak ragu korupsi

geli..!

makin marak, makin geli banget

 ayo Indonesia.. harus bebas korupsi

 tektek

tektektur

pak gundul

ketiban pacul

kenek gotot

kenek dengkul

tektek

kletektek tur

 saya Yovie Widianto

saya Ralph Tampubolon

saya Fifi Aleyda Yahya

saya Alfit Adam

 Nǐ hǎo ma..

Ó xiān xīnlì

 Desi Anwar

saya Najwa Shihab

 jika para pejabat tak bisa disuap,

Indonesia masih bisa berharap

Mereka, mereka yang hidupnya bersih,

pasti tak takut, pasti tak takut jadi orang yang tersisih

 welcome to Indonesia!

welcome to Indonesia!

 geli..!

karna tidak malu korupsi

geli..!

karna tidak ragu korupsi

geli..!

makin marak, makin geli banget

 ayo Indonesia Indonesia..

ayo Indonesia Indonesia..

super!

Indonesia.. harus bebas korupsi

Sumber : http://youtu.be/Lf_RtpwM-lI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...