AMARAN MARA BAHAYA ! PERANG BESAR DUNIA ISLAM ANGKARA MUHAMMAD BIN SALMAN DAN KRUSHNER SEDANG BERJALAN !

Image result for mUHAMMAD BIN SALMAN AND KUSHNER

JAIRED KRUSHNER MENANTU TRUMP MERANGKAP PENASIHAT UTAMA PRES AMERIKA BERGANDING DENGAN MUHAMMAD BIN SALMAN PUTERA MAHKOTA YANG DIPERSIAPKAN MENJADI RAJA SAUDI

Bahaya Menanti Ikhwanul Muslimin

  

1. Mengejutkan sekali tidak sampai tiga hari Arab Saudi mengisytiharkan Kesatuan Ulama Islam Sedunia yang turut dipimpin Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai pertubuhan pengganas, serangan bom berskala besar telah meledak di bumi Mesir.

2. Pada hakikatnya, serangan berdarah di Mesir ini hanyalah satu daripada lapan peristiwa geopolitik semasa yang boleh mengundang fitnah dan bencana besar ke atas gerakan Islam yang berpengaruh di dunia, iaitu Ikhwan Muslimin. Ikhwan Muslimin sememangnya sejak sekian lama terkenal sebagai gerakan Islam yang dimusuhi Arab Saudi kerana perjuangan politik Islam tanpa kompromi terhadap order ‘Petrodollar’ yang didominasi Amerika Syarikat.

3. Selain peristiwa tindakan Arab Saudi melabel Kesatuan Ulama Islam Sedunia sebagai pengganas dan peristiwa pengeboman di Mesir, enam peristiwa lain yang boleh menggugat Ikhwan Muslimin ialah pengukuhan kuasa Putera Mahkota Mohammad Bin Salman di Arab Saudi, ura-ura kerjasama Arab Saudi-Israel, broker perdamaian Hamas-Fatah di Palestin yang dilakukan oleh sekutu Arab Saudi iaitu UAE, penerusan pemulauan Qatar oleh Arab Saudi dan sekutunya, serangan peluru berpandu Houthi yang disokong Iran ke Riyadh, serta masalah dalaman di Turki yang menanti masa menggugat Erdogan.

4. Mesir ialah antara destinasi di mana pengaruh Ikhwan Muslimin kuat bertapak, selain daripada di beberapa negara lain seperti Qatar, Turki, dan Palestin. Maka tidak menghairankan sebenarnya apabila serangan sewaktu Solat Jumaat yang mengorbankan lebih 200 nyawa di Mesir Jumaat baru-baru ini segera dituduh sebagai didalangi ‘pengganas’ – suatu istilah yang kini secara langsung ditujukan kepada Kesatuan Ulama Islam Sedunia. Kesatuan Ulama Islam Sedunia yang dituduh sebagai pertubuhan pengganas pada hakikatnya turut dianggotai sarjana terkemuka Ikhwan Muslimin seperti Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi.

5. Perlu diketahui sebelum ini gelaran ‘pengganas’ serta ‘pemberontak’ sering digunakan pemerintah Mesir semasa terhadap Ikhwan Muslimin selepas tentera pimpinan Jeneral al-Sisi merampas kuasa daripada Presiden Mohammed Morsi yang memenangi pilihan raya secara demokratik atas tiket dan sokongan Ikhwan Muslimin. Mesir pada hari ini adalah sekutu kuat Arab Saudi.

6. Qatar yang juga merupakan antara sekutu Arab Saudi dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC) sebelum ini telah dipulau kerana melindungi beberapa tokoh gerakan Ikhwan Muslimin, termasuklah Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi.

7. Apabila Arab Saudi menekan Qatar, maka secara tidak langsung Ikhwan Muslimin telah turut terjejas. Siapa individu di sebalik dasar luar Arab Saudi ini? Tidak lain tidak bukan Putera Mohammad Bin Salman yang kini telah mengukuhkan kuasanya di istana Arab Saudi. Beliau bukan sahaja menyingkirkan beberapa putera yang boleh menyaingi beliau untuk mewarisi takhta pemerintahan Arab Saudi kelak, bahkan sudahpun berjaya menguasai pelbagai posisi strategik seperti sektor keselamatan dan ekonomi.

8. Pastinya sebagai bakal pewaris takhta Arab Saudi, Putera Mohammad Bin Salman akan melihat gerakan seperti Ikhwan Muslimin sebagai ancaman pada masa hadapan di mana anak muda Saudi kini terdedah dengan idea-idea politik luar menerusi perkembangan teknologi semasa. Ikhwan Muslimin bukan sahaja berpengaruh dari segi gerak kerja di lapangan, tetapi juga dalam ‘berdakwah’ menyebarkan idea perjuangan mereka dalam pelbagai saluran media.

9. Sememangnya ada khabar yang bertiup kencang bahawa Arab Saudi kini mulai bekerjasama dengan musuh ketat dunia Arab, dunia Islam, dan Ikhwan Muslimin sendiri, iaitu Israel. Meskipun tuduhan sedemikian dinafikan Arab Saudi, namun bacaan percaturan politik semasa tidak menguntungkan buat Ikhwan Muslimin sekiranya benar Riyadh menjalinkan kerjasama tidak rasmi dengan Israel terutama sekali dalam hal ehwal perisikan, teknologi, dan persenjataan.

10. Israel tentunya masih mengingati apa yang mampu dilakukan Ikhwan Muslimin terhadap penguasaan mereka ke atas bumi Palestin dan Baitulmaqdis sewaktu Presiden Morsi memimpin Mesir dalam tempoh yang singkat 2012-2013 yang lalu. Hamas iaitu cabang Ikhwan Muslimin di Palestin yang berjuang menentang Israel bukan sahaja mendapat sokongan yang kuat, bahkan berjaya melindungi Gaza sewaktu Morsi berkuasa. Maka pastinya Israel akan cuba untuk memanipulasi permusuhan Arab Saudi-Ikhwan Muslimin demi kepentingan mereka.

11. Perkembangan semasa perdamaian Fatah-Hamas juga perlu diawasi secara terperinci dari segi impaknya kepada kepentingan jangka panjang Ikhwan Muslimin. Hal ini demikian kerana broker perdamaian tersebut iaitu Mohammed Dahlan adalah individu yang direstui UAE, iaitu sekutu kuat Arab Saudi. Secara mudahnya, kerajaan campuran Palestin antara Hamas-Fatah kelak pastinya akan lebih cenderung kepada pengaruh Arab Saudi dan bukannya Ikhwan Muslimin sekiranya pelan pembentukan kerajaan campuran Palestin ini tidak dinilai secara mendalam.

12. Turki di bawah kepimpinan Erdogan juga adalah merupakan antara kuasa yang selesa dengan Ikhwan Muslimin. Walau bagaimanapun, di sebalik kejayaan kerjasama Turki-Iran-Rusia dalam menstabilkan Syria selepas menewaskan Daesh di sana, serta kejayaan Erdogan mengukuhkan kuasa beliau selaku Presiden Turki beberapa bulan lalu, Ankara akan berterusan berhadapan masalah dalaman bukan sahaja daripada isu Kurdish, tetapi juga saki-baki gerakan Fethullah Gulen. Malah para pemberontak Daesh juga masih menghadirkan ancaman ke atas kestabilan Turki dalam jangka masa panjang.

13. Serangan peluru berpandu berterusan puak Houthi ke Riyadh, Arab Saudi juga menggugat keupayaan Ikhwan Muslimin untuk menguatkan pengaruh mereka dalam kalangan warga Arab Saudi dan juga di negara-negara sekutunya seperti UAE, Bahrain, dan Kuwait. Hal ini demikian kerana serangan berkenaan dilihat sebagai ancaman yang didukung Iran – iaitu kuasa Parsi yang majoriti daripada lebih 80 juta populasinya menganut fahaman Syiah dan sekian lama dianggap mencabar dominasi Islam versi Sunni. Hasilnya, Arab Saudi dan negara sekutunya akan dilihat sebagai wira pelindung kepada Islam versi Sunni dalam menghadapi ancaman Iran yang Syiah, apatah lagi dalam keadaan dua kota suci umat Islam iaitu Mekah dan Madinah yang kini berada dalam naungan Arab Saudi. Kesimpulannya, gabungan lapan perkembangan geopolitik semasa yang telah dikupas ini tidak kondusif sama sekali buat gerakan Ikhwan Muslimin.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

SEKELUMIT TERJEMAHAN AL QURAN KARYA DR KASSIM AHMAD !

Anak terkilan Kassim Ahmad tak sempat siapkan terjemahan Al-Quran

 Anak ke-2 tokoh akademik veteran itu berkata bapanya hanya sempat menyiapkan 1/3 terjemahan sebelum meninggal dunia pagi tadi.

kassim-ahmadKULIM: Anak tokoh akademik veteran Dr Kassim Ahmad yang meninggal dunia hari ini terkilan kerana arwah ayahnya itu tidak sempat menyiapkan terjemahan Al-Quran ke dalam bahasa Melayu.

Ahmad Shauqi, 50, anak ke-2 aktivis itu berkata Allahyarham hanya sempat menyiapkan 1/3 terjemahan sebelum meninggal dunia pagi tadi.

“Arwah berhasrat melakukannya kerana berasakan terjemahan yang sedia ada terlalu berbunga-bunga bahasanya.

“Arwah mahu terjemahkan kepada sesuatu yang lebih mudah difahami oleh orang ramai,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah ayahnya itu.


Satu Nota Ringkas
tentang Terjemahan Quran oleh K.A.

Oleh: Kassim Ahmad
<darul_hikmah33@yahoo.com.my>

8 Ogos, 2011

Seperti yang telah saya katakan, kemusykilan saya tentang terjemahan-terjemahan Quran dalam bahasa Melayu ada dua. Pertama, wujudnya banyak kurungan yang memuatkan fikiran sabjektif penterjemah yang tiada dalam Quran. Kedua, kerana kebanyakan terjemahan ini dipengaruhi oleh idiom dan nahu bahasa Arab atau Inggeris. Ini menyembabkan terjemahan itu tidak sedap dibaca.

Terjemahan juga tidak harus dilakukan secara harfiah. Terjemahan mestilah idiomatik.

Di bawah ini, saya sertakan dua contoh dari terjemahan saya. Pertama, Surah Al-Fatihah. Kedua, beberapa ayat agung dalam Quran.

Contoh 1

SURAH 1: PEMBUKAAN (AL-FATIHAH)
(Mekah, 7 Ayat; Wahyu ke-5)

MAKLUMAT PENTING

TEMPAT & TARIKH TURUN WAHYU:
Di Mekah pada zaman awal Mekah dalam masa lima tahun pertama antara 12-8 B.H (610-615 T.M.) Wahyu ke-5. Tujuh ayat.

TUJUAN:
Doa agung untuk orang mukmin.

NAMA LAIN:
Fatihat al-Kitab atau Pembukaan Buku, Umm`ul-Kitab atau Induk Buku, Surah al-Du`a atau Surah Doa, Al-Hamd atau Pujian, Al-Kanz atau Khazanah, dan Al-Syifa atau Penawar.

AYAT PENTING:
“Engkau semata-mata kami sembah dan kepada Engkau semata-mata kami pohon pertolongan. Bimbingilah kami ke jalan yang lurus.” (5-6)

TAJUK

A. PUJIAN KEPADA ALLAH (2-4)
B. IKRAR MUKMIN (5)
C. DOA (6-7)

———–

1. Dengan nama Allah,[1]Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. [2]

2. Segala puji bagi Allah, [3] Tuan Semesta Alam.

3. Maha Pemurah, Maha Pengasih.

4. Raja pada Hari Pembalasan.

5. Engkaulah kami sembah dan kepada Engkaulah kami pohon pertolongan.

6. Bimbinglah kami ke jalan yang lurus;

7. Jalan mereka yang Engkau restui, bukan mereka yang Engkau murkai, dan bukan mereka yang sesat.

*****

Beberapa Ayat Agung

Allah (Ayat Kursi)

2: 255. Allah — tiada tuhan melainkan Dia, Yang Hidup, Yang Kekal Abadi. Tidak pernah Ia kantuk, tidak juga tidur. Milik-Nya segala sesuatu di langit dan segala sesuatu di bumi.

Siapakah yang boleh mengantarai Dia, kecuali dengan izin-Nya? Dia mengetahui masa depan dan masa lampau mereka, sedangkan mereka tidak mengetahui suatu apa pun, kecuali apa yang Ia kehen¬daki. Singgahsana-Nya meliputi langit dan bumi, dan Dia tidak merasa letih menjaga kedua-duanya. Dia Maha Tinggi, Maha Besar.

Keagungan Quran

59: 21. Sekiranya Kami wahyukan Quran ini kepada gunung, akan kaulihat ia gementar, pecah terbelah, kerana takutnya kepada Allah. Kami sebutkan misalan-misalan ini kepada manusia supaya mereka berfikir.

Allah

59: 22. Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia. Yang tahu segala rahsia dan perisytiharan. Dia Maha Pemurah, Maha Pengasih.

59: 23. Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia. Sang Raja, Maha Suci, Sang Keamanan, Maha Setia, Maha Tinggi, Maha Perkasa, Maha Berkuasa, lagi Maha Mulia. Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sekutukan.

59: 24. Dialah Allah; Pencipta, Pemula, Pembentuk Rupa. Milik-Nya nama-nama yang terindah. Kepada-Nya bertasbih segala sesuatu di langit dan di bumi. Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana.

[1] Saya telah menggunakan perkataan Allah untuk perkataan Arab yang sama dan perkataan tuhan untuk perkataan Arab ilah, kerana perkataan Allah memang telah masuk ke bahasa Melayu. Contohnya dalam frasa-frasa “ya Allah!”, “demi Allah”, “hamba Allah”, “insya Allah”, “kerana Allah” dsb. Tetapi pendapat yang mengatakan bahawa perkataan Allah khusus untuk nama Allah itu dibantah oleh Quran sendiri dalam ayat 17:110 yang berbunyi: “Katakanlah, `Serulah Allah atau serulah Yang Maha Pemurah. Apa jua nama yang kaupakai, milik-Nya nama-nama yang paling indah.’ ”

[2] Ayat ini, yang dikenal sebagai Basmalah, menduduki suatu tempat yang istimewa dalam Quran. Ialah kenyataan pembukaan semua surah, kecuali Surah 9, dan ia merupakan asas mukjizat matematik angka 19 Quran. (Lihat lampiran I)

Basmalah terdiri daripada 19 huruf Arab, dan tiap-tiap huruf itu (Bism, Allah, Al-Rahman, Ar-Rahim) terdapat dalam Quran dalam angka ganda 19: 19, 2698, 57 dan 114 kali masing-masing. Dengan demikian, pembaca telah pada awal-awal lagi diberikan tanda-tanda bahawa ini bukan buku karangan manusia.

Banyak fenomina matematik dihubungkan dengan ayat ini. Umpamanya, ketiadaan Basmalah dari Surah 9 digantikan sembilan belas surah kemudian dalam Surah 27 yang mengandungi dua Basmalah (Lihat Lampiran …. dan Nota ….) Dengan demikian, jumlah Basmalah genap 114, atau 19×6. Apabila kita campur nombor-nombor surah dari surah ketiadaan Basmalah (Surah 9) ke surah kelebihan Basmalah (Surah 27) [9+10+11+ … +27], jumlahnya 342, atau 19×18. Jumlah ini pula bersamaan dengan bilangan perkataan di antara kedua-dua Basmalah Surah 27!

Sepertimana yang diperincikan dalam Lampiran I, kod matematik Quran ini begitu luas dan begitu halus sehingga tidak ada kuasa di bumi ini yang boleh menirunya, apalagi membuatnya, seperti yang ditegaskan dalam ayat 17:88.

[3] Perkataan Arab rabb memang bermakna “tuan”, dalam bahasa Inggeris diterjemahkan dengan perkataan lord. Makna ini kekal dalam bahasa Melayu dalam perkataan-perkataan “tuanku”, “tuan hamba”, “Yamtuan” dan “Yang Dipertuan Agung”.

PENGAJARAN BUAT KITA – JATUHNYA SEORANG DIKTATOR DI AFRIKA

Robert Mugabe: Zimbabwe.

DILEMA MELAYU
SIRI 496
MUGABE DI GULINGKAN

Sejarah tetap berulang kerana manusia tidak pernah belajar dari sejarah yang membawa kisah suka dukanya di masa lalu.Sejak Fir’aun berkuasa dengan segala kekejaman dan kehebatannya kini amalan Fir’aun masih berulang lagi. Berilah label demokrasi, komunisme, kapitalisme dalam pemerintahan tetapi kalau suara batin rakyat diperkosa, hak rakyat diabaikan, media hanya jadi corong propaganda yang tak bermaruah, manusia menjadi robot maka hilanglah nilai-nilai etika, kebebasan manusia dan kemanusiaan yang menjadi obor perjuangan hidup.
Hari ini seorang diktator Afrika hilang kuasa. Mugabe namanya, Zimbabwe negara yang menyingkirkannya. Lebih tiga dekad dia berkuasa dari seorang pejuang kemerdekaan yang disanjung tinggi akhirnya menjadi diktator di buminya sendiri. Sabda Nabi perang paling hebat dan besar ialah perang nafsu. Mogabe, seperti diktator era Fir’aun, Stalin, Mao-Tze-tung, Sukarno, Marcos, Saddam Hussein tersungkur menyembah bumi, hilang kuasa kerana dikuasai nafsu yang beraja.
Mugabe boleh menggilap sejarah kecemerlangannya di masa muda sebagai pejuang kemerdekaan negaranya. Menyesal tak sudah, air mata berlelehan mengenangkan nasib dalam usia 93 tahun dia hilang kuasa, dan ditahan untuk dibicarakan. Inilah nasib para pemimpin yang lupa daratan, tidak berpegang pada tali Allah, mengambil iblis dan puaka sebagai penasihatnya.
Allah-hu-Akbar!

PERANG BODOH – HENTIKAN SEGERA SERANGAN UDARA MELULU KOMPLOT SAUDI -AS -ISRAEL KE ATAS YEMEN

HENTIKAN  SEGERA PERANG  DI YAMAN ,                                                GESA  DR  MAHATHIR  KEPADA SAUDI

An open letter on the war in Yemen

Published:      Modified: 

Dear brothers in Islam in Saudi Arabia and the Gulf States

Dear brothers in Islam in Yemen, be they Shiah or Sunni

As a Muslim, I and many Malaysian Muslims and non-Muslims would like to appeal to our dear brothers to stop fighting this terrible war. Already thousands have died and a million Yemeni children are starving to death.

With the deaths and destruction, there will be no winners. Only losers. Have mercy on the innocent people who have become the victims of this war.

The world is appalled over this man-made tragedy. Muslims feel ashamed. Please stop this senseless slaughter. At the very least please allow food and medicine to be delivered to the starving and sick people of Yemen.

I would like to appeal to Muslims worldwide to be true to Islam and to do all we can to stop this war.

Please accept the expression of my highest consideration.

Dr Mahathir bin Mohamad
Former Prime Minister of Malaysia (1981-2003)

Hentikan perang di Yaman, gesa Dr Mahathir kepada Arab Saudi 
Rakyat Yaman menanti agihan bekalan makanan daripada penderma di Sanaa. PBB memberi amaran Yaman akan berdepan dengan masalah kebuluran paling teruk selepas dikenakan sekatan oleh Arab Saudi. – Gambar EPA, 17 November, 2017.
DR Mahathir Mohamad menghantar sepucuk surat terbuka kepada pemimpin Arab Sudi, Negara Teluk dan Yaman untuk menghentikan perang di Yaman.Bekas perdana menteri yang juga pengerusi Yayasan Keamanan Global Perdana itu berkata rakyat Malaysia turut berkongsi rayuannya bagi menggesa untuk menamatkan “perang dahsyat” yang menyebabkan ribuan terkorban dan satu juta kanak-kanak Yaman kebuluran.”Umat Islam berasa malu. Tolong hentikan pembunuhan yang tidak masuk akal,” kata Dr Mahathir.Pakatan yang diketuai Arab Saudi enggan menghentikan sekatan terhadap Yaman, menutup ruang udara, laut dan dan juga sempadannya pada 6 November sebagai membalas serangan peluru berpandu oleh pemberontak Huthi yang disokong oleh Iran berdekatan Riyadh.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menulis surat kepada kedutaan Arab Saudi semalam untuk menghentikan sekatan yang katanya “yang sudah membalikkan kesan usaha kemanusiaan,” lapor AFP.

“Setiausaha agung amat kecewa apabila kita masih belum melihat sekatan dihentikan,” kata jurucakap PBB Stephane Dujarric.

Guterres dan pegawai pertolongannya “kecewa melihat penderitaan dan risiko berterusan rakyat Yaman,” tambah Dujarric.

“Ini krisis buatan manusia,” kata Dujarric dan menambah Guterres menyifatkan ia sebagai “perang bodoh”.

 PBB menyenaraikan Yaman sebagai krisis kemanusiaan nombor satu dunia, dengan 17 juta rakyatnya memerlukan makanan, tujuh juta lagi berdepan risiko kebuluran.

Yaman juga berdepan dengan wabak penyakit yang paling teruk di dunia, yang menyebabkan hampir sejuta orang sakit dan 2,200 orang maut. – 17 November, 201

BAJET 2018 : SABAH BERI HASIL RM 200 BILION – DAPAT BALIK HANYA RM 4 BILION

KITA BODOHKAH?

Hasil minyak Sabah RM 83.4 bilion dan sawit RM 20.2 bilion makna RM 103.6 bilin setahun.

Belum kira hasil balak, koko, getah, kopi dan macam2 dan dicampur hasil pelancongan pasti sekitar RM 200 bilion.

Tapi peruntukan untuk Sabah dan  Sarawak terima  hanya RM 6.8 bilion makna apabila  bahagi dua, Sabah hanya dapat RM 3.4 bilion, jelas kita kena tipu.

Sabahan penerima anugerah termiskin kata bank dunia dan pendidikan asas paling tercorot lapor Jabatan  Pendidikan dan ketika itu SK  Mantanani tak seorang pun  lulus exam sekolah asas dan laporan E Kasih Jab Kebajikan Sabah merupakan paling ramai mohon miskin tegar.

Kenapa harus undi BN? Apakah kita ini memang bodoh tak tahu menilai atau tersihir ilmu Najib dan Musa Aman ?

Memang palui bin bangang!

ISMAILY BUNGSU
Pengarah komunikasi DSSA
17/11/2017

LEBANON DI AMBANG KRISIS BESAR – PERTENTANGAN ANTARA SAUDI VS IRAN

Semenjak berdirinya negara ISRAEL pada tahuan 1948h, berlaku pertentangan seru antara Arab dengan pendatang zionist yang merampas tanah air mereka. Pada ketika itu Arab Saudi tidak pernah terlibat. Bahkan tidak pernah menghantar walau  seorang askar pun untuk berperang melawan Israel.  Mesir, Syria dan Jordan berperang melawan Israel tetapi Arab Saudi mendiamkan diri. Malahan Arab Saudi tetap mendiamkan diri hingga kini. Sedangkan ia mendakwa sebagai PEMIMPIN NEGARA NEGARA ISLAM dan KHADAM AL HARAMAIN.

Bagaimana pun Arab Saudi sejak dari penubuhan pada pada tahun 1925 telah  menjadi KING MAKER, pengacau keamanan dan kesetabilan Timur Tengah. Ia bertindak sebagai  pemain utama di  politik Timur Tengah.Mana mana negara dan pemimpin yang tidak selari dengan keinginannya akan dijatuhkan.Lihat apa yang terjadi ke atas Iraq dan Saddam Hussein.Sebelumnnya ia menypkong Saddam melawan Repulik Islam Iran.Apabila Saddam menjadi pemimpin yang dikhuatiri bakal menjadi pemimpin dunia Arab, Saudi mulai cemburu dan bertindak menjatuhkannya apabila bersekongkol dengan AS.

Sebagai King Maker ,Saudi terlibat  menjatuhkan Pres Morsi , Mesir yang diangkat rakyat secara demokrasi dan merestui Pres Al Sisi yang naik secara rampasan kuasa.Saudi bersama AS terlibat menjatuhkan pemerontahan Taliban di Afghanistan yang mahu menjadi negara yang bebas daripada kongkongan asing. Saudi bertalu talu  menyerang  Yemen untuk meletakkan proksinya MANSOER HADI yang ditolak rakyat.Sebelumnya Saudi juga menyokong serangan udara NATO kd atas Libya dan menyokong  tindakan golongan pemberontak menjatuhkan Pres Muammar Ghadafi yang tidak disenangi oleh AS.

Kini Saudi mengocak keamanan di Lebanon yang damai dan stabil untuk satu jangka masa yang panjang. Presidennya kristian maronite, PM sunnah wal jamaah dan speakernya golongan syiah. SAUDI sedia berkompromi dan kini  menjadi sekutu ZIONIST , Israel laknatullah. Baru baru mereka berkerjasama. Israel membenarkan pengkalannya dipergunakan untuk menyerang Yemen. Bagaimana ini boleh terjadi ke atas negara yang mendakwa sebagai pemimpin umat   Islam. Negara yang menjadi musuh umat Islam dan musuh kemanusiaan sejagat dijadikan sahabat.

Ini membuktikan Saudi menerima sikap ganas Israel  terhadap umat Palestin khususnya dan umat Islam amnya dalam rekayasa dan fitnah kubra  kempen melawan keganasan.Realitinya Israel dan AS ada pengganas sebebenar yang mengganggu gugat keamanan seluruh dunia.  Hari ini nyata Saudi menjadikan Israel rakan kongsi dan sahabat. Termasuk menggunakan  Tel Aviv sebagai pengkalan saban hari menggempur Yemen secara bertalu talu. Sanggup membiayai segala kos penyerangan asalkan Yemen hancur lebor .

Kini amat nyata paksi kegananasan yang sebenar ialah  Israel, Amerika Syarikat dan Saudi bersiap siaga untuk mengocak keamanan LEBANON pula. Sebuah negara berdaulat yang stabil dan aman walau pun ada 3 paksi kuasa. Pertama Sunnah kedua Syiah Hizbollah dan ketiga Kristian Maronite. Mereka boleh hidup aman damai sebagai negara berdaulat. Jadi mengapa Saudi hendak menggugat keamanannya. Saudi tidak akan senang hati jika sesebuah negara atau ketua negara Arab tidak akur dan tunduk dibawah arahannya.

Jadi layakkah Saudi menjadi pemimpin umat Islam hanya keranan Mekah dan Madinah berada dalam kekuasaanya. Kini dunia Islam ada pilihan yang lebih baik dengan kebangkitan Turki di bawah presiden Erdorgan, Iran di bawah presiden Rouhani dan Indonesia di bawah presiden Jokowi.Turki lebih bertanggung jawab dan mampu mengambil alih peranan Saudi sebagai pemimpin Dunia Islam. Jelas komitmen Turki ke atas dunia Islam semakin terserlah terutama dalam isu Rohingya.

Peranan Saudi  sebagai pemimpin dunia Islam dari segi simbolik ia tetapi dari segi realiti tidak ada maknanya sama sekali. Mengapa ? Ia bersekongkol dengan YAHUDI ZIONIST  menyerang negara umat Islam yang miskin Yemen. Ia bersekongkol dengan AS mengganggu gugat kesetabilan Timur Tengah. Saudi, Israel bersama AS merestui kewujudan sebuah negara baru KURDISTAN di dalam wilayah  Turki, Syria, Iraq dan Iran.Nampak perang di Timur Tengah akan berkecamuk antara paksi kejahatan AS, ISRAEL dan ISRAEL melawan IRAN dan proksi proksinya.

Malaysia yang sepatutnya berkecuali untuk selamat mengapa mahu terlibat menyokong Saudi. Ternyata SAUDI adalah punca ketidak stabilan Timur Tengah. Ia menjadi negara pengganggu gugat keamanannya sejak dari awal penubuhannya hingga kini.Langkah Malaysia mendirikan pusat Keamanan King Salman di Putera Jaya akan menjebak  kita dalam peperangan yang membunuh sesama umat Islam atas keterlibatan Saudi yang memusuhi sesama Islam. Yeken diganasi semahu mahunya menerusi serangan ganas ke atas tempat tempat awam. Negara tersebut bukan sahaja hancur tetapi lebor separah parahnya akibat serangan ganas tanpa henti.  Sangat tragis kerana memangsakan orang awam di setiap sudut  bumi Yemen.

Adakah Malaysia menyokong keganasan sesama umat Islam dan akur menyokong kebongkakan AS, kekejaman Israel dan sikap ganas dan kesewenangan Saudi yang tamak kuasa dengan  memperalatkan agama dengan sewenang wenang. Saudi  hanya memperalatkan kan simbol dan syiar  Islam yang dimilikinya.Sesungguhnya Mekah dan Madinah milik Allah sbh bukan milik mutlak keluarga Al Saudi. Amat memalukan kini sesama keluarga Al Saud sendiri pun mereka saling bertelingkah dan saling memangsakan satu sama lain kerana perebutan kuasa dan tamakkan dunia.

Sedarlah sejarah membuktikan Saudi ditubuhkan dengan restu Britain yang menjadi kuasa dunia pada ketika itu menerusi kelicikan politik LAWRENCE OF ARABIA. Semenjak itu hubungan Saudi – Britain disusuli pula dengan AS sangatlah akrab. Kini kian terbukti dengan kebersamaan ISRAEL dalam pakatan yang lebih mantap untuk menguasai Timur Tengah,

Kenyataan PM Israel yang terkenal dengan keganasan terhadap rakyat Palestin di Gaza amat memeranjatkan. Netanyahu  mengesahkan beliau tidak menjangka hubungan Saudi dengan Israel seerat kini dan merupakan perkembangan yang positif bagi negara Zionist tersebut. Ternyata dunia sudah sampai ke penghujung. Puak puak paksi kejahatan sedang bersatu secara nyata. Bilakah umat, negara dan para pemimpin negara negara Islam akan bersatu di bawah kalimah LAILAHA ILLALAH. Kini telah sampai masanya untuk mereka  berpegang kepada Al Quran dan Sunnah rasulnya yang sebenar. Bukan atas dasar lambang, dakwa dakwi  dan ikut ikutan semata mata ! Malaysia wajib ada pendirian dalam menegah punca keganasan rekayasa Amerika, Israel, Britain dan konco konconya untuk menundukkan dunia di bawah kebiadaban dan keganasan mereka.

SAKSIKANLAH VIDEO DI BAWAH INI :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...