Monthly Archives: March 2018
DSAI – PERSEMPADANAN SEMULA MUSLIHAT UMNO -:BN UNTUK MENANG
JHO LOW CUBA HALANG KAPAL YG DISITA
US DOJ says Malaysian financier Jho Low trying to stop seizure of yachtD
NEGARA BERADA DI LUAR LANDASAN YG BETUL SEPERTI SINGAPURA, INDONESIA & BRUNEI – LEBIH GELONG JIKA UMNO BN TERUS BERKUASA !
Ibn Khaldun ( 1336 – 1403 )pengkaji naik jatuh sesuatu kerajaan dan tamadun di dunia. Ada 3 tahap perkembangan sebelum sesebuah tamadun tersungkur. Pengasasnya bekerja kuat, amanah dan telus. Mereka tidak membenarkan dirinya menyalahgunakan kuasa meski beroleh kesempatan kerana berkuasa mutlak. Mereka hidup secara sederhana dan tidak keterlaluan apabila dibandingkan dengan rakyat. Penggantinya meski pun gaya kepimpinan yang baru, masih mengekalkan ciri ciri seperti pengasas sebelumnya. Terdapat pembaziran di sana sini tetapi masih terkawal.
Bila tiba kepada pengganti daripada generasi yang tidak menghayati pahit getir para pengasas dan pendiri dinasti, berlaku pembaziran dan salahguna kuasa secara terang terangan.Di kala undang undang negara dicabul dan harta dan kuasa terkumpul ditangan penguasa untuk berbuat apa saja. Hal itu disahkan oleh undang dengan sokongan padu pemimpin pemimpin yang menjual diri dan menjilat pemimpin untuk mendapat habuan kekayaan hasil daripada kesetiaan melulu kepada atasanya.Di kala itu tamadun dan kerajaan berada ditepi jurang kehancuran yang tunggu masa untuk rebah.Fasa fasa ini sedang dilalui oleh kita di bawah kekuasaan elit Ketuanan Melayu UMNO – BN selama 60 tagun merdeka.
Tahap pertahan telah dilalui semasa kepimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn, tahap kedua dengan naiknya Tun Mahathir sebagai PM 22 tahun. Inilah kemuncak ketuanan Melayu yang cekap, masih beramanah dan telus dalam mengendali amanah memimpin negara. Tahap ketiga bermula dibawah Tun Abdullah dan Datuk Sri Najib Tuan Abdul Razak.Masuk era Tun Abdullah Malaysia mulai🍍hilang kewibawaan sebagai pemimpin Asia Tenggara, negara membangun dan dunia Islam. Di zaman ini kita mengalami kemerosotan.
Masuk era kepimpinan PM Najib Malaysia sedang memasuki era kemerostan, kecelaruan dan terjebak dengan berbagai skandal penyelewengan melibatkan puluhan bilion RM.Nama Malaysia yang harum semerbak do dunia Islam dan pentas antara bangsa mula tercemar.Jika Malaysia hendak tegak semula setelah tergelincir daripada landasan yang betul ia harus kembali membuang kepimpinan yang bermasalah dan menggantikannya dengan kepimpinan yang berintegriti dan berwibawa. Hanya dengan perubahan yang tepat pada ketikanya kita akan kembali berada di atas landasan dan berupaya melanjutkan tamadun dan kepimpinan kita yang berwibawa.
Ini sama dengan perubahan yang melanda Asia aTenggara dengan kemaraan Indonesia, Thailand, Brunei, Vietnam dan pasti Singapura sebagai kuasa baru ekonomi dunia. Ini selari dengan apa yang sedang dinikmati oleh Korea Selatan, Taiwan, China dan Jepun. Sekiranya mengekal kepimpinan sedia ada yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa yang keterlaluan kita akan terjerumus dalam kemelut yang tidak berkesudahan. Segala kelebihan yang ada pada kita akan tersia sia.Kepimpinan wajib dipegang oleh ahlinya.
Lebih lebih lagi di saat yang genting dan sukar. Tidakkah kelebihan ini ada pada sosok unggulan bertaraf dunia yang memang telah teruji bersama putera puteri terbaik Malaysia yang memimpin PAKATAN RAKYAT yang disambung oleh PAKATAN HARAPAN.Di sini terhimpun potensi kepimpinan terbaik yang puluhan tahun bergelumang dengan cabaran politik semasa. Politik yang baik ialah politik penggantian dan peralihan kuasa bukan politik satu pihak untuk bermaharaja lela, kemudian mendakwa itulah yang terbaik dan pasrah untuk terima seadanya sebagai rakyat yang pasif tanpa kepekaan terhadap urus tadbir yang terburuk yang mereka terima.
Akibatnya ekonomi rosak dan negara terumbang ambing dijurang bahawa.Buktinya hutang negara menghampiri tahap kritikal RM 1 trilion 1,000,000,000,000, hutang I MDB 50 bilion, faedah tahunan membayar hutang sahaja mencecah puluhan bilion. Bebannya tertanggung ke atas rakyat jelata yang telah sedia susah. Justetu rakyatlah yang membayar faedah pinjaman akibat salah urus ekonomi oleh pemimpun yang khianat terhadap amanah yang dipegang. Justeru teori dan hukum yang didedahkan oleh Ibn Khaldun sedang berlaku di Malaysia !
Namun kita ada satu peluang untuk mengatasinya. Bahawa Allaj tidak akan mengubah kita melainkan kita mengubah kekurangan yang ada pada kita. Kuasa untuk mengubah ada pada kita dengan memilih kerajaan yang lebih benar , beramanah, telus dan bijaksana. Berubahlah sebelum parah apabila kita memasuki zon kehancuran akibat dipimpin oleh kepimpinan yang dusta, khianat, bebal dan tamak haloba. Di kala itu keadaan tidak boleh diubah lagi dan masa depan negara akan terancam, ditentukan oleh negara yang banyak kita berhutang.

Dr M: Negara hancur jika Najib terus jadi PM
BUKTI KEDAH DILANDA GELOMBANG RAKYAT TUNTUT PERUBAHAN
KELEBIHAN INI AKAN DIAMBIL KIRA DEMI KEMENANGAN PIHAK BERKUASA !
DR RAIS YATIM BERSUARA LAGI DEMI KELANGSUNGAN UMNO SEBELUM TERLAMBAT
UMNO KINI HILANG KEABSAHAN SEBAGAI PARTI YG MEWAKILI AKAR UMBI AHLI AHLINYA ! MENGAPA ? ANTI RAKYAT TETAP BEBAL DAN TEBAL KEFEUDALAN MENYANGGAP KEBANGKITAN RAKYAT MEMBUAT PERUBAHAN DEMI SURVIVAL BANGSA DAN NEGARA DI BUMI MALAYSIA !
Here is Rais Yatim’s statement:
*KENYATAAN TERBUKA BUAT KETUA PENERANGAN UMNO*
KETUA PENERANGAN UMNO _Tan Sri Annuar Musa_ boleh tahan menyebat saya dan Tan Sri Rafidah Aziz kelmarin. Beliau gambarkan seolah-olah kami sudah hilang kelayakan bersuara. Macamlah 2 orang yang berusia 74 dan 75 tahun ini tak layak lagi memberi pandangan atau bercanggah pendapat dengan arus utama UMNO dan Kerajaan.
Apakah hanya orang yang lebih muda saja yang dibenarkan menegur sistem politik dan pentadbiran NEGARA KITA? Cuba tengok, dengan pergolakan kini berapa orang warga UMNO yang tampil bersuara menegur? Jika boleh dikira jari sebelah tangan bermakna hak bersuara ahli sudah terbenam.
*Hak bersuara dan menegur* ada pada semua orang. *Per. 10 Perlembagaan Persekutuan* menjaminnya. Apa gunanya UMNO yang berslogan bersatu bersetia berkhidmat? Apa erti mendalam *Fasal 3 Perlembagaan UMNO* ? Jangan-jangan Tan Sri Annuar sudah lupa?
Memang senang tuduh kami sudah “lost touch” dengan keadaan akar umbi. Yang dimaksudkan dengan “lost touch” itu agaknya ialah “kaki dah tak cecah bumi”. Ku semangat ! Sebenarnya para pemimpin kita lah yang “kaki dah tak cecah bumi”. Sombong, gah tinggi dan tak suka ditegur; disanggah sikit melenting.
Agaknya Tan Sri Annuar lupa – saya memang terdaftar semenjak dulu-dulu lagi sebagai orang yang menegur dan tak kecil hati kalau saya ditegur atau dihempas-pulas. Sebenarnya semua hal yang di bangkitkan itu sudahpun saya sampaikan kepada PM dan TPM melalui saluran hormat, iaitu:
• Kenapa _Jho Low harus disiasat_ demi maruah Negara. Dia *tak boleh lebih tinggi* drp Malaysia dan UMNO . Perlakuan tutup buku sebelum disiasat tidak sejajar dengan Rukunegara dan semangat Perlembagaan.
• *Jawapan* kepada semua ungkitan antarabangsa dan domestik tentang 1MDB mesti dihurai dengan jelas.
• _Rang Undang-undang Anti Berita Tak Benar_ boleh jadi *senjata makan tuan* kemudian kerana dibuat secara tergesa-gesa tanpa penelitian mendalam darihal implikasi konflik hak dan perundangan. Bila sudah tak berkuasa nanti (barang dijauhi Allah), baru tahu langit dan bumi tinggi-rendah!
• Keutamaan Keutuhan Undang-undang wajib dipertahankan
• Budaya Tinggi dalam parti dan Kerajaan wajib di beri penegasan utama.
• *Perjuangan anti-rasuah* mesti atas asas *Per. 8 Perlembagaan Persekutuan* – patut dan adil kesaksamaannya.
Amalan dan budaya tegur-menegur dalam dan di luar parti wajib. Jika tidak *Fasal 3 Perlembagaan UMNO* akan jadi surat khbar lama yang mungkin hanya jadi kertas bungkus barangan di kedai runcit.
Sindiran si-anu si-anu dah tua tak payah diulang-ulang. Belum tahu siapa jatuh dulu – entah pucuk entah pelepah daun. Itu kerja Tuhan, bukan kerja Ketua Penerangan UMNO.
Ketua Penerangan UMNO – buatlah kerja penerangan elok-elok, Landaskan pandangan ke ufuk realiti.
Rakyat sedang resah.
Tan Sri Rafidah dan saya tidak bahaya.
Yang bahaya nun di sebelah sana.
Jangan jadikan hak bersuara dalam UMNO sebagai nota kaki sahaja.
Usah lupa kisah Hang Nadim dalam “Singapura Di Langgar Todak”.
Salam hormat
TAN SRI DATO’ SERI UTAMA DR. RAIS YATIM
Rakyat Malaysia dan masih ahli UMNO
PERSEMPADANAN SEMULA UNTUK APA DAN BUAT SIAPA ?
SIAPAKAH INTELEKTUAL MENURUT USMAN AWANG ?
Sememangnya dekad tersebut adalah era perlawanan menolak penindasan agar bebas daripada cengkaman penjajahan dan kemiskinan.
Acara bersama anak-anak muda memang sangat diraikan. Acara sebegitu menjadikan Usman semakin bertenaga dan muda.
Usman memulakan kata-katanya dengan ungkapan “saudara pengerusi, hadirin yang saya muliakan”. Ia suatu mukadimah yang sangat merapat di antara pembicara dengan pendengar.
Antara suara hati seorang penulis, penyair dan dramatis, dengan suara anak muda yang bersemangat, pemarah, gagah, tampan dan pesona. Usman tidak berdeklamasi puisinya yang halus dan penuh makna.
Hari itu, Usman berdiri membaca teks yang dia sendiri sediakan. Tajuknya, Peranan Intelektual.
Menyedari dirinya hanya belajar di sekolah Melayu dan tidak pernah berada dalam sebuah sistem pendidikan moden, Usman mencari titik pertemuan di antara dirinya dengan khalayak yang hadir.
Baca Lima sasterawan negara tolak PPSMI
Bukan mudah untuk berucap jika hanya bermodalkan nama dan kedudukan sebagai seorang sasterawan serta penulis. Khalayaknya pula adalah golongan yang disebut cerdik pandai ataupun intelektual.
Usman memilih untuk mencari pengertian intelektual (cendekiawan) sebagaimana pernah diperbahaskan sebelum itu. Bagi Usman, yang disebut intelektual itu – pertamanya – ialah orang yang mempunyai ilmu pengetahuan dan otak (fikiran) dan sentiasa memperkembangkan ilmu pengetahuannya sesuai keperluan zaman. Ilmunya tidak beku dan basi.
Kedua, ialah orang yang sentiasa berfikir, menyumbang dan mengembangkan ideanya kepada masyarakat.
Ketiga, intetelek itu orang yang menggunakan ilmu pengetahuan dan ketajaman akalnya untuk mengkaji serta merumus permasalahan dalam masyarakat untuk mencari kebenaran dan menegakkan keadilan. Setiap butir bicara intelektual seharusnya kukuh, jitu dan sederhana. Hujahnya diterima atau dikritik secara saksama.
Keempat, intelek itu orang yang mengenal kebenaran dan berani memperjuangkan kebenaran meski menghadapi tekanan, ancaman demi kemajuan dan kebebasan rakyat.