Monthly Archives: April 2018
KENYATAAN NIK OMAR NIK AZIZ CALON PH DUN CEMPAKA
Mesej pertama Ust Nik Omar buat rakyat Kelantan dan Malaysia.
Petikan sidang media pertama Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz :
Pertamanya syukur atas segala nikmat & kurniaan Allah Taala atas semua yang terjadi.
Saya melihat sendiri bagaimana ayahanda saya berjuang dalam gerakan Islam & politik.
Apabila ada peluang begini saya terpaksa berpikir panjang dan tidak boleh lari dari memohon pada Allah untuk tunjukkan jalan terbaik.
Ini adalah “qadarallah” iaitu bersama ingin menyumbang ke arah Negara lebih baik.
Disaat ini PH adalah gabungan yg terbaik untuk ambil alih pentadbiran di Malaysia.
Saya percaya kita semua mempunyai matlamat yang sama ingin membawa Malaysia ke arah lebih baik.
Situasi ini “sama macam kita nak ke Mekah, ada yang naik Kapal Terbang, naik kapal laut. Yang penting semua nk cari keredhaan Allah Taala. “Fastabiqul Khairat” iaitu berlumba-lumba mencari kebaikan.
Ada yg bertanya mengenai hubungan keluarga saya. Saya ingin nyatakan hubungan kekeluargaan itu perlu dijaga. Selisih pandangan itu perkara biasa. Saya sendiri mendoakan kejayaan buat adinda saya Ustaz Nik Abduh. Saya juga percaya beliau akan mendoakan kejayaan buat saya di DUN Chempaka
Chempaka tidak asing bagi saya. Sejak kecil lagi saya telah ikut ayahanda ketika beliau menjadi ADUN Chempaka buat sekian lamanya. Jadinya saya rasa terpanggil untuk meneruskan legasi yg beliau bawa. Terutama di Kelantan amnya dan di Malaysia.
Saya tidak mengajak rakyat melawan Islam.
Saya ajak rakyat berpegang pd Al Quran.
Saya tidak mengajak untuk gunakan kekerasan.
Saya mahu mengajak kita menjunjung harapan.
Saya juga tidak mengajak kita mengangkat senapang, tetapi kita hanya menggunakan Qolam “Pen” untuk berjuang.
Saya juga tidak mengajak untuk pangkah (kutuk) orang. Tetapi kita bersama pangkah harapan demi sebuah kebajikan.
Hubungan Islamiah saya terhadap orang PAS termasuk juga pada bukan Islam akan terus dipelihara.
Secara peribadi pendekatan yg dibawa oleh Pakatan Harapan mirip kepada perjuangan yg dibawa oleh Almarhum TGNA. Gabungan ini yang menjadi kekuatan untuk melawan Barisan Nasional. Adapun saya juga hormati pendirian PAS dalam situasi politik semasa hari ini.
Akhirnya saya mahu mati sebagai orang mukmin yg beriman.
Nik Omar Nik Abdul Aziz
Calon Pakatan Harapan
Dun Chempaka,Kelantan.
-Sidang Media Kota Bharu-
#pakatanharapan
*(Bantu sampaikan/fwd mesej ini kpd rakan-rakan)*
KEJUTAN DI KELANTAN : NIK OMAR ANAK NIK AZIZ BERTANDING ATAS TIKET PH
9.00pagi: Chempaka, Kelantan – Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak kepada mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba di pusat penamaan calon, dan ia dilihat sebagai mungkin mengesahkan desas-desus bahawa dia akan bertanding mewakili AMANAH.
Kejutan 1: Nik Omar anak sulung TG Nik Aziz sah mewakili AMANAH logo PKR calon untuk kerusi DUN Chempaka. Hidup PH
Tian Chua hilang kelayakan pertahan Batu

WARKAH TERKINI ANWAR DARI PENJARA SG BULOH
Kenyataan Media
Saya tidak tahu mengapa pimpinan UMNO menganggap kerjasama saya dan Tun Mahathir sebagai satu perkara yang janggal kerana kami telah bermusuhan begitu lama.
Pernah saya jelaskan bahawa kesediaan Tun Mahathir menjalin persahabatan telah saya terima dengan baik dengan semangat bersilaturrahim.
Saya musykil mengapa Umno begitu takut dengan gabungan Tun Mahathir dan Anwar.
Muafakat ini juga adalah kerana tekad kami bersama untuk menjana perubahan. Negara kini menjadikan rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebagai budaya.
Skandal skala besar saperti 1MDB dan Felda cuba dilindungi. Maka hanya dengan perubahan kuasa, negara dapat dikemudi berdasarkan Perlembagaan dan hukum.
PRU14 adalah kesempatan terbaik bagi rakyat menentukan masa depan negara menghentikan kezaliman dan membebaskan rakyat dari segala bentuk penindasan.
Anwar Ibrahim
12 April 2018
KEPUTUSAN MAHKAMAH : PPBM BOLEH BERFUNGSI SEPERTI SEDIA KALA
Kenyataan Media Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PERMOHONAN UNTUK KEBENARAN SEMAKAN KEHAKIMAN PPBM
1. Alhamdulillah saya baru terima berita gembira dari Mahkamah bahwa Bantahan
Awalan Peguam Negara terhadap Permohonan Semakan Kehakiman PPBM telah ditolak. Kami memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi yg memberikan kita kemenangan yg sangat bermakna ini.
2. Ini bermakna PPBM telah dibenarkan oleh Mahkamah untuk meneruskan cabaran terhadap ROS yg telah melakukan kesalahan dlm tindakannya terhadap PPBM.
3. Mahkamah juga telah menggantung Perintah ROS yg kononnya membubarkan secara sementara PPBM. Dengan ini, PPBM bebas utk meneruskan perjuangan membawa perubahan pada GE14. Tiada halangan utk PPBM berfungsi sebagai parti politik yg sah. AllahuAkbar!
4. YA Hakim atas kepentingan awam telah menyampaikan Alasan Penghakiman bertulis. Semoga semua ini membawa kebaikan kpd Negara Msia yg tercinta.
AllahuAkbar!
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
Info terkini!!!!
Dato’ Fuad Zarkashi keluar UMNO berkuatkuasa sertamerta. Bakal di ikuti beberapa MP lagi dlm masa terdekat.
HATI HATI TABUR WANG ! HARI HARI KAMU BOLEH DIBILANG DENGAN JARI !!!
DUIT….
Boleh beli katil, tak boleh beli tidur.
Boleh beli ubat, tak boleh beli sembuh.
Boleh beli beras, tak boleh beli kenyang.
Boleh beli pangkat, tak boleh beli penghormatan.
Hati-hati Najib. Duit berbilion-bilion yang ditabur tak boleh beli undi rakyat.
Percayalah, your days are numbered.
HATI2 DGN HUTANG&PELABORAN CHINA- DAH TERKENA, MASIH X BERINGAT !
IMF head Christine Lagarde warns China on exporting debt through ‘Silk Road’By AFP |

PAS DAN REALITI BILA BERGABUNG BILA BERSENDIRIAN !
BOLEHKAH PAS PERINTAH MALAYSIA BERSENDIRI TANPA BN ATAU PH?
Realiti politik Malaysia.
Ini adalah sejarah kemenangan kerusi parlimen PAS.
PRU 2013 (dengan PR) – 21 kerusi
PRU 2008 (dengan PR) – 23 kerusi
PRU 2004 (dgn PKR sahaja) – 7 kerusi
PRU 1999 (dengan BA) – 27 kerusi
PRU 1995 (dengan APU) – 7 kerusi
PRU 1990 (dengan APU) – 7 kerusi
PRU 1986 (sendiri) – 1 kerusi
PRU 1982 (sendiri) – 5 kerusi
PRU 1978 (sendiri) – 3 kerusi
Kesemua kerusi yang dimenangi PAS adalah dari semenanjung. Paling banyak kerusi dalam sejarah adalah 27 sahaja.
Untuk perintah Malaysia tanpa gabungan mana-mana, PAS perlu menang paling kurang 112 kerusi, yang mana kalau ikut sejarah, memang tiada peluang langsung.
Untuk bakal pengundi PAS yang mungkin tidak berapa follow perkembangan politik, Sabah dan Sarawak PAS hampir tiada kekuatan langsung. Selalu hilang wang deposit.
Sedangkan untuk memerintah Malaysia, realitinya kerusi di Sabah dan Sarawak diperlukan.
Ok, PAS dah memang cakap dia nak jadi kingmaker. Maksudnya, lepas PRU, dia akan offer kerusi yang dia menang tu nanti untuk mana-mana gabungan yang perlukan PAS untuk memerintah, bagi cukupkan majoriti. (ni statement Tuan Ibrahim, Timbalan Presiden)
Tapi TGHH, Presiden PAS dah cakap awal-awal, takkan bergabung dengan yang ada DAP dan Amanah.
Maksudnya apa? PAS jadi kingmaker untuk bergabung dengan BN.
Undi PAS = Undi BN. Simple.
Kalau yang rasa nak undi PAS sebab nak PAS memerintah Malaysia bersendirian, maaf kata, anda tak berpijak pada realiti semasa di Malaysia…
Kalau dia sertai gabungan BN, jangan mimpi manifesto PAS tu akan dilaksanakan, sebab dalam BN, siapa Presiden UMNO adalah calon Perdana Menteri.
Jangan harap la UMNO/BN nak bagi Presiden PAS jadi PM. Paling tidak pun jadi menteri. Timbalan Perdana Menteri pun tak mungkin.
Jadi, kalau yang rasa terbeban dengan KOS SARA HIDUP, yang rasa nak ada perubahan di Malaysia ni, PH adalah satu-satunya pilihan yang ada.
Memang depa tak perfect. Tapi depa lah alternatif yang ada.
Kalau BN kalah, BN boleh reform parti, dan pemimpin lain yang lagi bagus akan naik untuk check and balance negara kita Malaysia.
Lagi 5 tahun kalau PH buat hal, aku pun join kempen tukar kepada gabungan alternatif lain, sebab aku bukan taassub parti.
Aku cuma nak hidup selesa, tak kaya takpa, tapi tak perlu cari second / third job, boleh savings, boleh tengok anak membesar.
Yang mana benci sangat kat Tun M tu, bagi peluang dia betulkan haluan kapal sat. Umur dia pun dah berapa.
Lepas ni insya Allah PH janji, jawatan PM or MB hanya boleh dipegang maksimum 2 penggal (10 tahun)
Manusia ni kalau pegang kuasa lama-lama boleh bertukar jadi jahat.
Absolute power corrupts absolutely.
*Aku takmau ulas pasal duit UMNO bagi PAS ka apa, sebab tu derma (kata Dr. Zuhdi), tu untuk ulasan lain.
PAS KINI MENURUT TAFSIRAN ORANG ARIF
KIAS atau KAIS?
Dalam Kitab Kecelaan Tipudaya, Imam Ghazali telah jelaskan bahawa salah satu sebab manusia tertipu adalah kerana buat kias yg salah atau kata org sekarang salah reasoning. Maknanya yg terpedaya itu bukan tak berfikir tapi tak teliti berfikir hingga dia tak sedar kesilapan pada premis dan kesimpulannya.
Org PAS selalu bandingkan partinya dgn kerajaan Islam, dan para pemimpinnya dgn Rasulullah dan sahabat. Maka apa yg partinya buat dibandingkan dgn apa yg Rasulullah buat supaya org ramai tak berani bangkang, nanti dikata melawan Islam. Ini bukan kias tapi kais. Buat dulu, lepas tu terkais2 cari alasan agama.
Parti PAS bukan kerajaan, dan lebih2 lagi ia bukan agama Islam. Parti PAS hanya sebuah parti politik yg cuba nak jadi kerajaan Malaysia melalui cara demokrasi sedangkan Agama Islam sudah wujud lama sebelum ada PAS, dan tidak bergantung kpd PAS utk wujud. Dasar2 dan keputusan yg dibuat oleh PAS adalah keputusan juak2 parti itu, bukan hukum yg diputuskan oleh kerajaan Islam pimpinan Rasulullah yg wajib ditaati. Cuba perhatikan logik yg digunakan ini:
#Haram menjatuhkan kerajaan Islam
#Kerajaan PAS adalah kerajaan Islam
=Oleh itu haram menjatuhkan kerajaan PAS (masuk neraka…bla..bla..bla…)
Kerajaan adalah alat, dan sebagai alat ia tidak boleh dikelirukan dgn matlamat. Islam adalah matlamat, bukan alat. Alat boleh ditukarganti mengikut kesesuaian dan keberkesanan, matlamat tak boleh tukarganti. Maka pertimbangan nak tukar kerajaan atau tidak adalah pada keberkesanannya menyampaikan kpd matlamat mempunyai kerajaan. Sebab itu dalam sejarah Islam kerajaan bertukarganti…entah dah berapa banyak, tapi Islam tak pernah bertukar. Yg jd kerajaan adalah yg difikirkan layak utk itu, maka yg tak layak akan ditendang keluar dgn mcm2 cara. Itulah yg berlaku di mana2 dari dulu hingga sekarang. Kajilah sejarah…itu lebih berfaedah daripda membaca Qur’an di kandang lembu.
Maka pakcik heran dari mana juak2 PAS nI dpt idea haram jatuhkan kerajaan PAS? Seolah2nya sekali PAS menang maka selama2nya Kelantan tu jd kerajaan Islam yg tidak mungkin boleh diusik kerana terlalu suci dan agung. Mereka tak sedar perangai dan tabiat mereka itulah yg menyebabkan rakyat tidak mempercayai mereka sbg penerima amanah. Lagipun org amanah semua dah keluar dari PAS kan?
