web analytics

 

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zainal Azman Ab Aziz menjatuhkan hukuman gantung ke atas peniaga warung Zulkifli Ismail, 52, bagi kesalahan membunuh. – Foto Bernama

KUALA TERENGGANU: “Jangan sesekali kita ambil kuasa undang-undang, seolah-olah melaksana ‘undang-undang rimba’ hingga meragut nyawa orang lain meskipun dalam keadaan marah,” kata Hakim Mahkamah Tinggi di sini Datuk Zainal Azman Ab Aziz.

Beliau berkata demikian dalam penghakimannya terhadap seorang peniaga warung Zulkifli Ismail, 52 yang didakwa membunuh Zulkefle Abdullah, 40 dan mencederakan seorang orang kurang upaya (OKU) Faizul Awang, 33, yang kudung kaki kanan, pada 2015.

Zainal Azman hari ini telah menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas Zulkifli bagi kesalahan membunuh manakala hukuman penjara 14 tahun dari tarikh tangkap iaitu 7 Dis 2015 bagi kesalahan menyebabkan kecederaan setelah pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Dalam penghakiman kes tersebut, Zainal Azman berkata tertuduh tidak sepatutnya mengambil tindakan sendiri sebaliknya perlu menghubungi polis dan kemudiannya mahkamah akan bertanggungjawab menetapkan sebarang hukuman.

“Banyak berlaku di negara ini (kes sedemikian). Sesiapa juga jangan ambil alih kuasa polis dan mahkamah. Janganlah bila marah kita cepat ambil parang. Jangan sesekali kita ambil kuasa undang-undang,” katanya.

Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di kawasan rumah tidak bernombor Jalan Kemaman-Dungun, Kampung Labohan Kerteh, Kemaman, kira-kira 10.30 pagi 7 Dis 2015.

Sebelum menjatuhi hukuman, Zainal Azman berkata berdasarkan keterangan 24 saksi pendakwaan dan tertuduh sendiri yang dipanggil membela diri serta hujah kedua-dua pihak, beliau mendapati tertuduh bukanlah mangsa dalam kes tersebut meskipun timbul dakwaan kedua-dua mangsa cuba merompak beliau.

Katanya Zulkifli telah menyerang kedua-dua mangsa yang sedang mencari besi buruk di kawasan sekitar tempat kejadian dan sekiranya tertuduh benar-benar terancam, sepatutnya telah bertindak menghubungi polis kerana mempunyai telefon bimbit ataupun meminta bantuan daripada orang ramai kerana rumahnya hampir dengan jalan raya.

“Tertuduh yang tiba di tempat kejadian telah datang dari arah belakang dan menikam dada kanan Faizul dan kemudiannya meluru dan menikam dada si mati (Zulkefle). Si mati cuba melarikan diri tetapi tertuduh bukan setakat mengejar mangsa sehingga 70 meter dengan parang tetapi tidak membenarkan rakannya (Faizul) membantu si mati.

“Saksi juga menyatakan si mati sempat merayu sambil mengangkat kedua-dua tangannya supaya tertuduh berhenti mencederakannya tetapi tidak dihiraukan,” katanya.

Zainal Azman juga berkata mahkamah mendapati tikaman yang dibuat ke atas si mati dan juga mangsa kedua bukanlah sesuatu perbuatan yang tidak disengajakan ekoran mempertahan diri tetapi sebaliknya kerana tiada sebarang pergelutan dan provokasi berlaku sebelum tikaman dibuat dan kecederaan yang dialami juga adalah serius.

Kes pembunuhan ini telah mendapat perhatian ramai sebelum ini ekoran tular di media sosial yang mendakwa Zulkifli melakukan perbuatan tersebut kerana mempertahankan diri daripada kedua-dua mangsa terbabit yang cuba merompak.

Kejadian tersebut membawa kepada penubuhan kumpulan ‘Selamatkan Zulkifli’ di laman sosial Facebook yang mencecah 71,000 followers dengan menyiarkan pelbagai kenyataan negatif yang mempertikai kuasa polis yang menangkap Zulkifli selepas kejadian dan proses perundangan. – Bernama

DSAI SELEPAS KELUAR PENJARA

Anwar Ibrahim menghadap Pemangku Raja Pahang

Diterbitkan: Selasa, 29 Mei 2018 4:00 PM

Sultan Johor terima menghadap Anwar Ibrahim

 22 Mei 2018 12:12 PM

Kredit foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Kredit foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

 JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar  berkenan menerima menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, di sini, malam tadi.

Turut berangkat sama Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Anwar meets Selangor ruler to discuss state affairs

LANGKAH STRATEGIK : MALAYSIA BINA PULAU DI BATUAN TENGAH !

 

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, turut kelihatan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Foto Mohd Fadli Hamzah

Malaysia akan bina pulau di Batuan Tengah – Tun M

Kawasan strategik itu sudah lama menjadi punca pertikaian antara Kuala Lumpur dan Singapura.

Sebelum ini, kedua-dua negara membawa perkara itu ke mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pada 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengisytiharkan dua kawasan berbatu yang dipanggil sebagai Batuan Tengah milik Malaysia manakala sebuah pulau berhampiran ‘Batu Putih’ dianggap wilayah Singapura.

Malaysia mencabar keputusan ICJ itu, tahun lalu namun Kementerian Luar Singapura, hari ini memaklumkan Kuala Lumpur tidak mahu meneruskan perbicaraan itu.

Bagaimanapun, pada masa sama Mahathir mengumumkan rancangan Malaysia untuk membangunkan sebuah pulau di Batuan Tengah yang berada di pintu masuk laluan strategik di timur Selat Singapura.

Selat sepanjang 100 kilometer itu adalah salah satu laluan laut paling sibuk di dunia kerana digunakan banyak kapal yang ingin ke pelabuhan Singapura.

“Kita mahu membesarkan Batuan Tengah sehingga menjadi sebuah pulau kecil untuk kita,” kata pemimpin berusia 92 tahun itu yang memulakan jawatannya yang kedua sebagai Perdana menteri, selepas menang pilihan raya dengan mengejut.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran mengenai rupa pulau yang dirancang itu atau berapa lama tempoh diperlukan untuk pembinaannya.

Mahathir menambah, Malaysia pernah membina satu struktur di atas Batuan tengah. Beberapa laporan berkata, Malaysia merasmikan sebuah pangkalan maritim di kawasan itu, tahun lalu. – AFP

MENDERMALAH UNTUK TABUNG HARAPAN MALAYSIA !

Sesungguhnya, kerajaan yang mintak derma dari rakyatnya adalah lebih baik dari kerajaan yang mencuri dari rakyatnya.

Tidaklah pelik jika ada yang cuba tolong pihak Kerajaan bayar hutang. Ia satu usaha yang bersifat sukarela. Siapa mahu boleh berikan, siapa tidak mahu boleh biarkan. Namun, yang pelik lagi melampau ialah pihak yang membuat hutang yang ditanggung oleh sekelian rakyat secara paksa tanpa rela. Lebih kejam lagi apabila pihak yang mengambil hutang itu bermewahan, sementara rakyat yang menanggung hutang hidup dalam bebanan.

Apa yang ganjil lagi ajaib apabila ada kelompok yang pernah menyatakan mereka berpuashati dengan isu penyalahgunaan harta awam tersebut.

KERAJAAN PH SERIUS TANGANI DAN ATAS KEMELUT EKONOMI NEGARA : MALAYSIA INSYA ALLAH TAK JADI GREECE

 

DILEMA MELAYU
SIRI 666
ANGKARA PENYAMUN
HUTANG NEGARA RM1.2 TRILLION

Wahai 30 juta rakyat Malaysia kamu jangan terkejut, pitam dan pengsan bahawa anak cucu, cicit kamu, mungkin sampai 100 tahun akan menanggung beban membayar hutang negara. Inilah warisan sial penyamun kelas cakrawala oleh Najib Razak setelah ditunggangi bininya. Rosmah Mansor, peminat bomoh dan sami, yang hidup super mewah atas penderitaan dan kesangsaraan rakyat.

Tun Mahathir dan kerajaan PH dengan kerjasama panel pakar ekonomi pimpinan Tun Daim Zainuddin terpaksa mencari jalan memulih semula ekonomi negara. Kita tidak mahu Malaysia menjadi negara bangkrup di Asia seperti mana yg berlaku di Greece dan Itali di masa lalu.

Rakyat tidak boleh maafkan Najib Razak, bininya dan rejim super korup UMNO/BN yang lalu. Kebocoran  yang melampau adalah akibat korupsi dan penyalahgunaan kuasa  Najib yang dituruti oleh para badut, penjilat, pelahap yang membuntutinya. Justru itu rakyat mahu pihak berwajib bertindak tegas, cepat, jebloskan para kpruptor dan penjenayah kelas jerung, buaya tembaga, paus ke penjara mandatori sekurang-kurangnya 50 tahun. Mereka adalah pengkhianat negara yang tidak boleh diampun.

Dalam situasi gawat ini jangan pula ada pemimpin PH khasnya cuba mengambil kesempatan memperagakan diri sebagai belalang yang cuba menjadi helang. Seluruh pejuang PH harus bekerjasama, menyatukan kekuatan untuk mempastikan kerajaan PH berjaya dalam misi memulihkan semula ekonomi negara. Ini bukan masanya si belalang hendak menjadi helang kerana kekuatan belalang tak sama dengan kekuatan dan kebijaksanaan helang.

Rakyat yakin Tun M dengan para ahli perancang ekonomi tersohor boleh atasi kemelut ekonomi ini. Tentulah mengambil masa kerana hutang peninggalan penyamun kelas cakrawala Najib bukan sedikit. Kalau krisis kewangan tahun 1998 Tun M dapat atasi dengan cepat dibandingkan dengan negara-negara Asia yg sama terlibat maka rakyat optimis Tun M diberkati Allah dapat mengatasi krisis sekarang.

Sebagai langkah berjimat cermat semua pihak mesti bekerjasama membantu kerajaan atasi kemelut ekonomi yang bobrok. Rakyat mahu lihat semua pemimpin negara, termasuk para sultan, menunjukkan sikap prihatin terhadap nasib rakyat. Jangan melampau. Hidup sederhana. Berjimat.

Berpolitik biarlah bijaksana. Jangan cuba jadi pahlawan tetapi ilmu disemput sawan. Jangan gunting dalam lipatan nanti kecundang dalam angan-angan. Jangan angguk seperti kaldai nanti jadi tunggangan orang. Jangan ligat berlakon. Rakyat dapat tafsir kepalsuanmu. Beri peluang dan masa pada Tun Mahathir dan kabilahnya merancang membuat perubahan untuk kepentingan rakyat. Kalau kamu seorang patriot, sayangkan bangsa, agama dan negara, pasti kamu sanggup berkorban untuk kepentingan negara dan rakyat semua.Insya Allah Malaysia selamat !

AYAT INI YG PM NAJIB (2009 -2018) LUPA KERANA TIADA ULAMA INGATKANYA SEMASA GHAIRAH BERMAHARAJA LELA DI PENTAS KUASA !

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


Katakanlah: “Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Surah Ali-imran (Keluarga ‘Imran) surah ke-3 ayat 26.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Penyayang.

Katakanlah: Ya Allah Yang mempunyai kerajaan,Engkau berikan kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau muliakan siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa yang Engkau kehendaki. Ditangan Engkaulah segala kebajikan: sesungguhnya Engkau Mahakuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Tafsir Qur’an Karim” oleh Prof Dr.H.Mahmud Yunus).

(Katakanlah, “Wahai Tuhan) atau ya Allah (yang mempunyai kerajaan! Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki) di antara makhluk-makhluk-Mu (dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki) dengan memberinya kemuliaan itu (dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki) dengan mencabut darinya. (Di tangan-Mulah segala kebaikan) demikian pula segala kejahatan; artinya dalam kekuasaan-Mulah semua itu. (Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.)                    TAFSIR JALALAYN

Katakan, wahai Muhammad, dengan mengakui kelemahanmu dan kemahakuatan Allah, “Ya Allah, hanya Engkaulah pemilik hak mengatur dalam segala hal. Engkau memberi kekuasaan kepada siapa saja yang Engkau kehendaki dan mengambilnya dari siapa saja yang Engkau kehendaki pula. Engkau memberi kejayaan kepada hamba-Mu yang Engkau kehendaki dengan cara menunjukkan faktor-faktor penyebabnya. Engkau merendahkan siapa saja yang Engkau kehendaki. Hanya Engkau yang memiliki segala kebaikan. Tak satu pun yang dapat mencegah-Mu melaksanakan kehendak-Mu dan melaksanakan sesuatu yang sejalan dengan kebijaksanaan-Mu dalam tata kehidupan makhluk ciptaan-Mu.  (Tafsir Quraish Shihab)

Bukti- bukti kekuasaan dan kebenaran Allah Swt. Sebagian mufassirin memberi misal untuk ayat ini dengan mengeluarkan anak ayam dari telor, dan telor dari ayam. Dan dapat juga diartikan bahwa pergiliran kekuasaan di antara bangsa- bangsa dan timbul tenggelamnya sesuatu umat adalah menurut hukum Allah Swt.

Renungkanlah dan Fikirkanlah baru lah faham. Ok terima kasih. (Amin).

PM JELASKAN STRATEGI MENGURANG JUMLAH HUTANG NEGARA KE PARAS RM 800 BILION !

 

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. – Foto Mohd Fadli Hamzah

Hutang negara dikurangkan kepada RM800 bilion – PM

Beliau berkata, kepemimpinannya mewarisi kerajaan yang ditadbir urus secara teruk daripada kerajaan terdahulu yang mengumpul hutang banyak menerusi pinjaman daripada negara luar, bank asing malah sumber tempatan.

 Dalam temubual bersama stesen penyiar Voice of America, Perdana Menteri berkata, kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak akan membiarkan hutang negara berada pada tahap seperti itu.

Katanya, tindakan awal kerajaan ialah meneliti jumlah hutang negara dengan berusaha mengurangkannya sebanyak RM200 bilion termasuk menerusi pengurangan perbelanjaan kerajaan.

Dr Mahathir berkata, sudah tentu langkah awal kerajaan adalah untuk memastikan bahawa negara mampu membayar pinjaman itu dan cuba mengurangkan jumlah prinsipal yang dipinjam.

“Kita lihat banyak lantikan politik dalam kerajaan yang menjalankan kerja-kerja parti, bukan untuk kerajaan.

“Oleh itu kita perlu mengurangkan jumlah kakitangan (politik), begitu juga kewujudan beberapa agensi yang tidak ditadbir urus oleh kerajaan tetapi menggunakan kewangan kerajaan.

“Yang paling teruk adalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kerajaan menetapkan siling untuk pinjaman bagi memastikan pinjaman berada pada tahap yang boleh diurus.

“Namun dengan mewujudkan syarikat yang dimiliki sepenuhnya kerajaan tetapi tidak tertakluk kepada undang-undang dan peraturan kerajaan sehingga menyebabkan mereka meminjam dalam jumlah yang banyak (kemudian) wang yang dipinjam itu hilang dan dicuri. Ini antara elemen yang dalam pertimbangan kerajaan yang perlu dihapuskan dengan segera,” katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau kini memimpin kerajaan yang mewarisi pentadbiran dan sistem kewangan yang dimusnahkan oleh kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak sehingga menjerat negara dalam krisis hutang yang serius.

Tegasnya, sistem kerajaan sebelum ini diabaikan dan tidak digunakan, malah satu sistem baharu atau sistem autoritarian diperkenalkan.

“Tempoh 22 tahun saya menjadi Perdana Menteri dahulu agak mudah (kerana) saya mewarisi sistem yang sudah ada.

“Apa yang saya perlu lakukan adalah memperkenalkan idea-idea baharu supaya kita dapat mempercepat pertumbuhan dan pembangunan Malaysia.

“Tetapi kini saya berurusan dengan sebuah negara yang sebenarnya sudah musnah. Sistem kewangannya sudah musnah,” katanya.

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, hutang negara termasuk jaminan kerajaan bagi pembayaran hutang pelbagai agensi serta pembayaran pajakan kini berjumlah RM1,087.3 bilion atau 80.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan akibat tindakan dua Perdana Menteri terdahulu yang menukar hala tuju menyebabkan negara gagal mencapai Wawasan 2020.

Bagaimanapun beliau yakin Malaysia mampu mencapai status negara membangun dalam tempoh beberapa tahun lagi.

“Kita mampu menjadi negara membangun dalam tempoh lebih singkat berbanding beberapa negara sedang membangun lain dengan memberi tumpuan dalam aspek pendidikan dan teknologi,” katanya.

Sementara itu ditanya mengenai strategi menangani kumpulan militan DAESH, Perdana Menteri berkata, pihak berkuasa berupaya mengawal kegiatan kumpulan itu di negara ini daripada merebak sehingga mencetuskan kejadian tidak diingini.

“Kami memang khuatir berkenaan penyertaan rakyat Malaysia dalam ISIS (DAESH), ada juga beberapa orang dari Malaysia yang pergi ke Syria dan terbabit dalam gerakan ISIS.

“Tetapi kami dapat kawal keadaan ini dan ia tidak merebak sehingga berlaku apa-apa yang tidak diingini di Malaysia,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...