APA SEBENARNYA DASAR PANDANG KE TIMUR ?

 

OH MY BANGSA…

Bila Guan Eng guna bahasa atok dia, dia tunjukkan bahawa dia ingat dan hormat atok dia. Pasal apa Melayu marah pulak? Guan Eng tak suruh Melayu buang tok nenek tapi Melayu sendiri yg buang. Pernah ke ada pemimpin Melayu yang buat siaran akhbar dalam tulisan tok nenek dia? Tak ingat pulak pakcik. Yang pakcik ingatnya para pemimpin Melayu suruh buang tulisan jawi takut kita tak maju nanti. Kita pun ikutlah semua. Tapi tak juga kita ni lebih maju dari Thailand atau Vietnam. Kalau banding dengan Korea dan Jepun jauh lagi. China? Sama jugak…tak tinggal tulisan dan bahasa tok nenwk dia. Habis tu kata dasar pandang ke timur ! Apa yang kita pandang sebenarnya? Jadi baiklah pandang balik kepada diri sendiri yang sanggup menjual maruah diri kononnya nak jadi bangsa maju. Malulah sikit pada Guan Eng. Sudahnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran!

LAWATAN TUN DR MAHATHIR PALING DINANTIKAN SELAKU PEMIMPIN KANAN ASEAN

Hasil gambar untuk pohon angsana

Jokowi Sambut Langsung Kedatangan Mahathir di Bandara Halim

JAKARTA, SENAYANPOST.com – Presiden Jokowi menyambut kedatangan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad di Bandara Halim Perdanakusuma, Jakarta Timur, Kamis (28/6/2018) pukul 18.05 WIB

Perdana Menteri Malaysia baru, Mahathir Mohamad memberi keterangan saat konferensi pers di Petaling Jaya, Malaysia (10/8). Di usia 92 tahun, pemimpin koalisi oposisi Pakatan Harapan itu menjadi pemimpin terpilih tertua di dunia. (AP Photo / Sadiq Asyraf

JAKARTA: Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di sini, petang ini bagi memulakan lawatan rasmi dua hari ke Indonesia.

Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia Zamshari  dalam sidang medianya di Jakarta berkata   kepada wartawan Malaysia :

“Lawatan ini amat ditunggu-tunggu oleh pihak Indonesia kerana status perdana menteri sebagai sebagai pemimpin paling kanan dalam kalangan pemimpin Asean,” katanya.

“Lawatan ini sudah tentu akan tingkatkan hubungan bilateral dengan Indonesia sebagai rakan strategik,” katanya.

Dalam lawatan ini PM Tun Dr Mahathir diberi penghormatan akan menanam pokok angsana bersama dengan Presiden Jokowi Widodo di pekarangan Istana Presiden di Bogor menandakan betapa kukuhnya hubungan Malaysia – Indonesia sejak 61 tahun yang lalu

“Simbolik pemilihan pokok Angsana untuk ditanam oleh Perdana Menteri dan Presiden Joko Widodo ialah pokok berkenaan sangat kuat, kukuh dan boleh bertahan lama sekali gus melambangkan asas yang kuat terhadap hubungan bilateral Malaysia dan Indonesia,” katanya.

TOKOH, CALON MUDA DAN BUMIPUTRA MEWAKILI DAP DALAM DEWAN RAKYAT DAN DUN 2018

DAP pilih   Sheikh Omar Ali DUN Paloh Johor, Young Syefura Othman (DUN Ketari) Zairil Khir Johari ADUN Tanjong Bunga P.Pinang, Syerleena Abdul Rashid  untuk DUN Seri Delima P.Pinang, Jamaliah Jamaluddin untuk DUN Bandar Utama Selangor, Edry Faizal DUN Dusun Tua Selangor

DAP hantar sepuluh calon Melayu? Biar betul!

Ramai yang terkejut apabila mengetahui bahawa DAP menghantar 10 calon Melayu untuk bertanding dalam pilihanraya kali ini. Bagi sebahagian mereka, 10 orang adalah bilangan yang sudah cukup banyak bagi DAP, sebuah parti yang dilihat ramai betul anggota China

Hasil gambar untuk rARA DAP DUN PAHANG

Rakyat’s voice cannot be taken for granted, says new Raub MP
TENGKU ZULPURI

Hasil gambar untuk jAMALIAH jAMALUDDIN dun BANDAR uTAMA

UMNO PERAK TERGUGAT ! 2 AHLI PARLIMEN ISYTIHAR BEBAS :

Lagi ahli Parlimen BN keluar parti – UMNO TINGGAL

 Ahli Parlimen Bagan Serai Noor Azmin Ghazali itu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu. – Gambar Facebook, 24 Jun, 2018Ahli Parlimen Bagan Serai keluar Umno, BN

June 27, 2018 Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal kecewa melihat tiada kestabilan dan kawalan dalam Umno, walaupun mereka bekerja keras merampas semula kerusi Parlimen Bukit Gantang daripada PAS.  VIDEO INSIDE

Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal akan memberi tumpuan sebagai ahli Parlimen bebas. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menjadi pemimpin terbaru yang keluar dari Umno dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, keputusan itu diambil setelah melihat tiada kestabilan dan kawalan dalam Umno, walaupun mereka bekerja keras merampas semula kerusi Parlimen Bukit Gantang daripada PAS pada pilihan raya 9 Mei lalu.

Katanya, beliau tidak bercadang menyertai mana-mana parti dalam PH.

“Kekecewaan ini buat saya melepaskan jawatan ketua Umno bahagian Bukit Gantang dan serahkan kepimpinan ketua Umno bahagian kepada timbalan saya.

ROSMAH BAKAL DIDAKWA SOON !

 

Akan Dituduh? Akhbar Lapor Rosmah ‘Dalang Utama’ Kes 1MDB

13:20  Projek MMSemasa

KUALA LUMPUR, 26 Jun — Isteri Datuk Seri Najib Razak juga dijangka dituduh di mahkamah berhubung penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Akhbar Wall Street Journal (WSJ) semalam melaporkan Datin Seri Rosmah Mansor penggerak utama, melalui ahli perniagaan Low Taek Jho, yang terlibat.

Ia menjejak hubungan Low, juga dikenali Jho Low, dengan Rosmah selama 10 tahun lalu, termasuk mempunyai rumah berdekatan di London.

“Mereka yang mengenali Rosmah menyatakan beliau menggerak penglibatan seorang ahli perniagaan Malaysia yang disebut dalam dokumen Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang membantu menubuhkan 1MDB dan menyeleweng dananya,” lapor akhbar tersebut yang memetik sumber-sumber.

Low juga memberi pelbagai hadiah barangan mewah kepada Rosmah termasuk permata, koleksinya itu didakwa berjumlah US$350 juta (RM1.41 bilion), beg tangan termasuk Hermes Birkin, dan jam.

Ahli perniagaan 36 tahun itu yang meyakinkan Rosmah bahawa beliau ada hubungan dengan keluarga kaya Timur Tengah sejak belajar kolej pengajian perniagaan Wharton.

Dari situ, Rosmah memperkenalkan Low, yang juga kenalan dekat anaknya Riza Aziz, kepada Najib, yang didakwa akhbar itu memberi kelonggaran kepada dana 1MDB.

Wall Street Journal melaporkan Low yang memasukkan iklan besar di akhbar berpengaruh The New York Times ketika Rosmah ke Amerika Syarikat pada 2010.

Low juga yang memperkenalkan kepada wanita itu selebriti kelas A Hollywood seperti Robert De Niro dan Jamie Foxx dalam parti yang disertainya.

Malaysia sedang meneliti semua pembelian besar Rosmah menggunakan kad kredit Najib, termasuk Chanel di Hawaii dan barang kemas Itali, lapor WSJ.

Laporan itu menyebut Rosmah dalang utama tindakan bekas perdana menteri itu berhubung urusan 1MDB, sementara Najib berminat mencari dana politik.

– ProjekMM

SIAPAKAH YG BUNUH TULISAN JAWI& AKHBAR UTUSAN MELAYU KALAU BUKAN ELIT KETUANAN MELAYU !

KENA HANTUK DULU….

Org melayu ni pakcik rasa mudah mengalah kalau org berlembut. Habis segala benda diserahkan kpd org. Kalau org buat kurang ajar baru dia melawan. Jadi eloklah kerajaan PH buat kurang ajar sikit supaya org Melayu tersentak dan berfikir. Selama ini siapa yg peduli tulisan jawi. DBP pun tak. Bila Guan Eng guna tulisan atok dia utk urusan rasmi negara baru org Melayu tertanya2 “ehh…atok kita menulis macamana ya?” Maka masing2 mulalah mengepos dgn tulisan jawi sebagai tanda protes gamaknya. Cuba siasat siapa yg bertanggungjawab membunuh tulisan jawi dan sekaligus bahasa Melayu dan kesatuan bangsa Melayu itu sendiri? Siapa? Org asing? Atau org kita sendiri yg sudah rosak akal budinya? Tak kiralah siapa atau dari mana yg penting skrg adalah akibatnya. Dalam masa beberapa dekad sahaja akal fikiran bangsa Melayu telah diputuskan dari sistem ejaan yg menghubungkannya dgn bahasa Arab dan al -Quran. itulah akar dan asas pemikiran bangsa Melayu. Tengoklah skrg. akibat sekian lama terputus dari akarnya masing2 terkial2 mengeja nama sendiripun tak reti. Huruf sahaja jawi tapi ruh dan semangatnya rumi. Pakcik harap usaha membangkitkan ruh itu pula dilakukan. Tapi tak payahlah tunggu Guan Eng hantuk pulak!…

ERDOGAN MENANG PILIHANRAYA TERBARU TURKI

 

Erdogan menang Pilihan Raya Presiden

ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden, yang berlangsung semalam, menewaskan pencabarnya apabila berjaya meraih 52.5 peratus daripada 99 peratus jumlah undi yang dikira.

“Keputusan tidak rasmi pilihan raya ini dengan jelas membuktikan bahawa saya, sekali lagi diberi kepercayaan oleh rakyat negara ini untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai presiden.

“Turki sudah memberi pengajaran kepada seluruh dunia mengenai amalan demokrasi,” katanya ketika berucap sempena kemenangannya di kediamannya di sini, sambil mengumumkan jumlah peratusan mengundi sebanyak 88 peratus.

“Rakyat Turki sudah memilih Erdogan sebagai presiden/presiden eksekutif pertama Turki di bawah sistem yang baharu.

“Mereka (rakyat Turki) berkata ‘teruskan’ kepada Presiden Erdogan,” kata Bozdag di Twitter. – Reuters/AFP

SITI KASSIM DITANGKAP POLIS – TAK BOLEH DIJAMIN PULAK DAH !


PENAHANAN SITI ZABEDAH KASSIM – KOMEN JONG KONG

Sebagai pejuang Siti Kasim kenalah rasa masuk penjara’demi apa yg dia perjuangkan tu. Takkan tu pun tak boleh. Dia atas dari undang2 ke? Kalau polis yg salah dia tahu apa patut buat…dia kan lawyer?! MP DAP ni bodoh ke apa? Penangkapan Siti Kasim bukan keputusan kabinet tapi penguatkuasaan undang undang

APA FASAL SITI KASSIM DITANGKAP POLIS ?

 

PH WAJIB PENUHI HARAPAN TINGKATKAN SOSIO EKONOMI GOLONGAN MENENGAH MELAYU DAN KE BAWAH !

Liew: Harapan will only stay in power if people’s lives improve

Published on   |  Modified on 

The Pakatan Harapan government must address the economic issues faced by Malaysians – especially Malays from the middle- and lower-income groups – if it is to remain in power, says DAP political education chief Liew Chin Tong.

“We want to take care of the welfare of the Malay middle and lower class, let them live better,” he said in an interview with Sin Chew Daily