AHMAD ZEWAIL FROM EGYPT (1944-2016)
Pemimpin politik mengabaikan ulama sebenar. Contohnya Ahmed Zewail pemenang hadiah Nobel bidang fizik berada di Universiti California. Dia seorang Muslim dari Mesir tetapi peranan dan pengetahuannya tidak dimanfaatkan oleh ahli politik politik dan mana-mana negara Islam. Negara Islam tidak memperdulikan kejayaan tokoh Muslim sebegini. Itulah sebab ramai cendekiawan Muslim berhijrah ke Barat. Orang Barat yang menghargai peranan mereka dan memberi bantuan kewangan kepada mereka untuk menjalankan penyelidikan lanjutan.
Barat sering bergantung kepada dunia Muslim, dan mereka masih bergantung kepada Muslim sekarang ini. Sekiranya Muslim ingin maju, mereka perlu bergantung kepada ulama sebenar ini. Negara Islam sepatutya mengiktiraf dan menggunakan keilmuan mereka. Antaranya ialah Abdus Salam,Muhammad Yunus, Naguib Mahfouz,Orhan Pamuk, Shirin Ebadi dan Abdus Sattar Edhi.
UCAPAN KRITIKAL KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA BARU
Ulama dilihat bergantung kepada pemimpin politik sebelum memberikan pendapat. Apabila pemimpin politik mahukan sokongan rakyat, pendapat ulama akan dipinta. Media selalu memainkan peranan.Ulama tidak seharusnya merujuk kepada pemimpin politik.Sebaliknya pemimpin-pemimpin politik ini yang perlu merujuk kepada ulama… ulama sebenar. Pemimpin politik seharusnya mendapatkan nasihat daripada para ulama, bukan sebaliknya
Ulama memberi lebih banyak tumpuan kepada isu-isu remeh berkaitan individu berbanding masyarakat, sekaligus membantutkan kemajuan dunia Muslim. fokus mereka hanya aspek fardhu ain, atau memberi tumpuan kepada “apa yang perlu dibuat dan yang dilarang” oleh kaum Muslim. Tidak ada tumpuan diberikan kepada fardhu kifayah.Fardu ain bukan tidak penting, kedua-duanya fardhu ain dan kifayah adalah penting, tapi fardhu ain lebih berupa individu. Contohnya jika tidak mahu memakai sesuatu pakaian begitu begini , ia terpulang kepada individu tersebut. Pandangan sempit ulama ini turut melahirkan kumpulan ekstrem dalam masyarakat