web analytics

ULAMA DAN UMARA HARUS BERSATU DEMI KEKUATAN UMAT

 

DR. MAHATHIR MOHAMAD bergambar kenangan bersama 37 ulama dan cendekiawan
DR. MAHATHIR MOHAMAD bergambar kenangan bersama 37 ulama dan cendekiawan Islam selepas mengadakan satu pertemuan di pejabatnya, di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, 31 Julai lalu. BERNAMA
SEBAIK sahaja Tun Dr. Mahathir Mohamad meme­gang jawatan Perdana Menteri buat kali pertama iaitu pada 16 Julai 1981, beliau telah menambah baik sistem pentadbiran kerajaan sedia ada dengan memperkenalkan dasar penerapan nilai-nilai Islam pada tahun berikutnya.

Usaha yang diambil oleh Dr. Mahathir pada masa itu boleh disifatkan sebagai titik mula perluasan peranan serta fungsi Islam dalam urusan negara khususnya dalam konteks pentadbiran kerajaan, sekali gus membuktikan Islam bukan setakat menyentuh tentang soal ibadat tetapi lebih daripada itu.

Atas asas tersebut banyak pihak berpandangan, langkah awal yang diambil oleh Dr. Mahathir berkenaan telah memberi satu gambaran jelas mengenai hala tuju pentadbirannya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.

Setelah terlaksananya dasar penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran kerajaan, Dr. Mahathir terus mengorak langkah memperkenalkan dasar Islam dalam pelbagai sektor lain termasuk ekonomi dan kewangan.

Antara jasanya yang terbesar ialah langkah beliau memulakan sistem kewangan Islam secara formal, sebagai opsyen kepada sistem kewangan konvensional sedia ada. Semuanya bermula dengan tertubuhnya Bank Islam pada 1983 iaitu institusi kewa­ngan berasaskan syariah pertama di Malaysia.

Sejak penubuhannya 35 tahun lalu, kewujudan Bank Islam telah menjadi pemangkin kepada perkembangan sistem kewangan dan perbankan Islam di Malaysia apabila boleh dikatakan semua bank tempatan serta sebahagian bank luar negara mempunyai entiti perbankan Islam masing-ma­sing ketika ini.

Rentetan daripada penubuhan Bank Islam, kerajaan turut memperkenalkan sistem insurans Islam atau lebih dikenali dengan nama takaful. Juga sebagai pilihan kepada sistem insurans konvensional. Jika diimbau sejarah pelaksanaannya, takaful mula ditawarkan selepas Syarikat Taka­ful Malaysia Berhad beroperasi sepenuhnya pada 1984.

Mulai saat itu pertumbuhan industri takaful di Malaysia amat memberangsangkan dan sehingga kini terdapat berpuluh-puluh syarikat insurans yang menawarkan polisi takaful kepada orang ramai.

Di era pentadbirannya juga Bahagian Hal Ehwal Agama Islam (Baheis), Jabatan Perdana Menteri telah dinaik taraf kepada sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Naik taraf itu berlaku pada 1 Januari 1997.

Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 12 Januari 1982 dan institut pemikir, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 1992 turut direalisasikan ketika zaman pemerintahan Dr. Mahathir.

Inilah antara komitmen Dr. Mahathir dalam meletakkan Islam pada kedudukan sewajarnya di era pemerintahannya selama 22 tahun (1981-2003). Yang pasti, dasar penerapan nilai-nilai Islam yang dicetus oleh beliau kira-kira 36 tahun yang lalu masih mempunyai impaknya sehingga kini.

Dalam hal yang lain pula yakni selepas Dr. Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh dan kali kedua buat dirinya ekoran kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei lalu, banyak pihak tertanya-tanya tentang komitmennya dan kerajaan Pakatan Harapan terhadap Islam. Adakah masih seperti dahulu atau sudah berubah?

Akhirnya persoalan itu terjawab apabila beliau secara terbuka mengulangi komitmen ke­rajaan Pakatan Harapan untuk melaksanakan Islam di Malaysia berdasarkan al-Quran dan hadis sahih. Perkara itu dinyatakan ketika berlakunya pertemuan antara Dr. Mahathir dengan 37 orang ulama dan cendekiawan Islam di pejabatnya, 31 Julai lalu.

Antara yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri; Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin; Felo dan Pensyarah Pusat Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom, Datuk Dr. Muhammad Afifi Al-Akiti dan pendakwah terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa dan timbalannya, Fuziah Salleh.

Menurut Mujahid, dalam pertemuan tersebut, Dr. Mahathir turut berkongsi aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai model Islam kontemporari berpandukan kepada gagasan rahmatallil A’lamin (rahmat untuk setiap alam).

Justeru, kata Mujahid ketika mengulas pertemuan itu baru-baru ini, adalah penting untuk setiap ulama dan cendekiawan Islam negara ini memberikan input, pandangan dan syor kepada kerajaan agar matlamat itu tercapai melalui beberapa pertemuan yang akan ditetapkan antara ulama dan umara (pemimpin) selepas ini.

Dr. Mahathir juga memberi mesej tentang peri pentingnya penguasaan orang Islam dalam bidang sains dan ekonomi selain menyatakan komitmen kerajaan untuk membanteras fahaman ekstremis habis-habisan.

Mengulas pertemuan itu, Mohd. Asri dalam catatan Facebook miliknya pula berkata: ”Hari ini (31 Julai) perjumpaan YAB Tun Mahathir dengan tokoh-tokoh agama. Semasa Tun Mahathir mengucapkan “Kita sudah tiada jalan lain untuk menjadi umat Islam yang berjaya melainkan kena baca al-Quran”, Tun menangis dan tidak mampu lagi meneruskan ucapan. Saya juga rasa sebak. Semoga Allah merahmati Tun.”

Cukup mendalam kata-kata yang diucapkan oleh Mufti Perlis itu ketika menggambarkan situasi dan emosi Dr. Mahathir da­lam pertemuan tersebut. Mungkin ini juga menjelaskan lagi hasrat Dr. Mahathir yang mahu kita semua kembali meru­juk al-Quran dan hadis sahih dalam memastikan kejayaan di dunia dan akhirat.

AWAS NOMADISME POLITIK – ISMAIL HASHIM YAHAYA

Awas dengan nomadisme politik!
Normadisme politik juga berlaku apabila upaya mempertahankan kekuasaan yang dipegang tidak dapat bertahan dan khuatir jika kekuasaan tersebut akan hilang dalam genggaman.

BANYAK sudah ulasan diberikan mengenai kemasukan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai Bersatu, selepas keluar dari Umno pada 18 September lalu.

Langkah Mustapa ini akan mendorong ramai lagi ahli Parlimen Umno untuk menyertai Bersatu. Menurut Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin, kira-kira 40 ahli Parlimen daripada Umno dikatakan akan keluar parti dan menyertai Bersatu.

Katanya mereka sudah pun beberapa kali berjumpa Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kepimpinan tertinggi parti secara berkumpulan atau perseorangan membincangkan perkara itu.

Jika wujudlah jumlah ahli Parlimen parti pembangkang Umno yang hendak memasuki Bersatu ini, bermakna suatu penghijrahan besaran atau ‘exodus’ akan berlaku.

Biasanya kecenderungan ini dinamakan nomadisme politik. Nomadisme politik bukanlah seperti maksud biasa nomad iaitu banyak pindah-randah. Ia bermaksud perpindahan elit politik dari satu parti ke parti lainnya dengan tujuan memperoleh suasana lain dan menjanjikan masa depan politik mereka lebih terjamin.

Normadisme politik juga berlaku apabila upaya mempertahankan kekuasaan yang dipegang tidak dapat bertahan dan khuatir jika kekuasaan tersebut akan hilang dalam genggaman.

Nomadisme politik juga terjadi jika seseorang ahli politik tidak lagi memiliki peluang untuk menjadi ahli Parlimen, Adun atau mengekalkan kuasanya pada masa hadapan jika kedudukannya semakin terancam.

Terdapat beberapa perkara harus diwaspadai dengan nomadisme politik seperti motif melakukan penghijrahan kerana parti mereka tidak lagi harmoni dan tiada solidariti akibat konflik dalaman, contohnya berhubung kedudukan kepimpinan yang menerima pertuduhan rasuah.

Walau apa pun alasan yang diberikan, nomadisme politik tidak mencerminkan etika dan pendidikan politik yang baik.

Sejak kemenangan Kerajaan PH dalam PRU14, selain Mustapa, antara anggota Parlimen yang telah keluar Umno ialah Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Rosman Isli (Labuan), Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis) dan Datuk Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai). Rosman telah menyertai Parti Warisan Sabah. Mereka yang berempat masih anggota bebas.

Negara demokrasi seperti Amerika Syarikat (AS), Australia, Kanada, kemungkinan berlakunya nomadisme politik adalah 1000:1, iaitu sekiranya terdapat elit politik yang hijrah ke parti lainnya, mungkin hanya satu orang daripada 1,000 ahli politik dan amalan ini jarang, bahkan tidak pernah terjadi dalam dunia politik di negara mereka. Apatah lagi di Jepun yang maruah politik begitu dipertahankan.

Kita juga risau nomadisme dan petualangan politik akan menciptakan wajah politik negara yang lebih mengedepankan hasrat dan kehendak kuasa yang bersifat jangka pendek, tanpa pernah mempedulikan penciptaan ruang politik berkualiti, cerdas dan mencerahkan dalam jangka panjang.

Dalam hal ini, Dr Mahathir menjelaskan, Bersatu mengalu-alukan seberapa ramai pun ahli Umno yang telah ‘menyampah’ dengan parti itu untuk menyertai Bersatu, tetapi mereka dilarang daripada bertanding sebarang jawatan parti sekurang-kurangnya untuk satu tempoh tertentu. Ini kerana menurut Dr Mahathir parti itu ditubuhkan untuk membasmi rasuah dan berhasrat untuk kekal bebas rasuah selamanya.

Kita tahu terdapat mereka yang terjun ke dunia politik untuk menjadi kaya, membina empayar harta melalui kuasa politik dan pengaruh tertentu. Politik era lama menentukan siapa memperoleh apa, bila mana, dan bagaimana dan bahawa dasar politik ialah persaingan untuk memiliki kekuasaan.

Dalam hal ini ketika ia melihat pintu tertutup baginya untuk meraih kekayaan atau mengekalkan kekuasaan itu, akibat dominasi pihak yang menang, katakan parti lawan menjadi kerajaan maka babak-babak penghijrahan akan berlaku.

Maka mereka yang ingin masuk menjadi ahli mana-mana parti PH haruslah diselidiki terlebih dahulu kerana kita tidak mahu masuk kerana diberikan ganjaran, tawaran atau habuan. Ia tidak harus dibudayakan dalam PH. Mereka harus bekerja keras seperti ahli-ahli lain dalam parti PH.

Pemandangan seperti ini menjelaskan ahli parti sebagai seorang yang tidak lagi ‘gentleman’ bukan lagi budiman atau kekecualian jika terdapat rundingan terlebih dahulu.

Oleh itu Dr Mahathir berkata: “Kita beri masa untuknya menjadi anggota Parlimen bebas. Setelah kita melihat pendiriannya (dalam isu-isu), kita setuju bahawa dia layak menjadi anggota Bersatu.”

Adakah kemungkinan ‘exodus’ ini akan berlaku?

* Penulis ialah pensyarah di Jabatan Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (Unisel)

 

 

Rajawali telah kembali!
Rajawali telah kembali!

SEMASA Astro Awani menemu bual Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediamannya di Segambut Dalam, Anwar ada menyebut tentang puisi W. S. Rendra bertajuk Rajawali. Tetapi beliau lupa memetik beberapa bait yang penting untuk diutarakan.

Bagi penulis Anwar adalah Rajawali. Marilah kita hayati puisi ini di bawah:

Rajawali
Sebuah sangkar besi
tidak bisa mengubah rajawali
menjadi seekor burung nuri
Rajawali adalah pacar langit
dan di dalam sangkar besi
rajawali merasa pasti
bahwa langit akan selalu menanti
Langit tanpa rajawali
adalah keluasan dan kebebasan tanpa sukma
tujuh langit, tujuh rajawali
tujuh cakrawala, tujuh pengembara
Rajawali terbang tinggi memasuki sepi
memandang dunia
rajawali di sangkar besi
duduk bertapa
mengolah hidupnya
Hidup adalah merjan-merjan kemungkinan
yang terjadi dari keringat matahari
tanpa kemantapan hati rajawali
mata kita hanya melihat matamorgana
Rajawali terbang tinggi
membela langit dengan setia
dan ia akan mematuk kedua matamu
wahai, kamu, pencemar langit yang durhaka.

Puisi Rendra ini dinukilkan sekitar pertengahan tahun 1970-an ketika kebebasan berpendapat yang menuntut keadilan dibelenggu oleh rejim Suharto. Ramai juga para aktivis dan golongan intelektual muda telah disumbatkan ke dalam penjara.

Penggunaan burung `Rajawali’ sebagai tajuk puisi dikaitkan dengan mereka yang memiliki keperibadian sebagai seorang pemberani dan seorang pejuang tanpa mengenal kalah.

Puisi Rajawali ini sangat tepat bila kita ingin melihat keadaan sekarang, kemenangan Pakatan Harapan (PH) dan pembebasan Anwar dari penjara kerana beliau adalah sang Rajawali yang keluar dari `sangkar besi’ dan `merasa pasti langit akan selalu menanti’ di mana kebebasan akan dicapai.

Langit yang dijangkau oleh Anwar ialah kemenangan PH dan ketikanya amat bertepatan dengan pembebasan Anwar dan terus menghirup udara segar demokrasi.

Ini dinyatakan `langit tanpa Rajawali adalah keluasan dan kebebasan tanpa sukma’ di mana Anwar telah disinonimkan dengan Reformasi dan kebebasan.

Seperti dalam bait pertama penjara adalah `sebuah sangkar besi yang tidak bisa mengubah seekor rajawali menjadi seekor burung nuri’ merupakan batasan-batasan atau belenggu yang tidak melemahkan semangat Anwar untuk terus berjuang dan dia tidak akan menjadi lemah dan diam membisu.

Anwar dalam `Rajawali adalah pacarnya langit’, Rajawali sejati kekasih kebebasan dan perubahan dan selalu bersikap optimis akan pembebasan yang dapat dihidupi sekarang. `. Anwar adalah pejuang yang sentiasa dinantikan rakyat.

Banyak halangan, dugaan, cabaran, penderitaan dialami Anwar dan beliau sendiri menyatakan dalam temu bual dengan Astro Awani iaitu 10 tahun berada dalam penjara, ‘Tujuh langit, tujuh rajawali tujuh cakerawala tujuh pengembara’ di mana ` Rajawali terbang tinggi memasuki sepi memandang dunia’. Bagi Anwar masih ada kesempatan untuk berjuang dan tidak perlu mengundur diri.

Semasa beliau dipenjara beliau seolah-olah sepi memandang demokrasi di Malaysia yang tiada pembelaannya. Walaupun Anwar dimasukkan beliau seolah-olah betapa `sepi memandang dunia’.

Daripada bait 5 dapat ditanggapi maksudnya ialah kehidupan ini penuh dengan peluang dan kemungkinan-kemungkinan iaitu `merjan-merjan’ yang merupakan kejayaan.

Anwar bebas sekarang maka apabila ada yang ingin membelenggu dan mencemarkan suara kebebasan ini dengan menyakiti `sang pacar’ maka Sang Rajawali akan mematuk kedua mata kelompok penzalim dan durhaka itu.

Inilah hakikat perjuangan bagaikan Anwar si Rajawali yang akan terus memperjuangkan kebebasan terbang di langit tinggi dengan kekuatan sayap yang megah lagi indah.

* Penulis ialah pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual 

ARTIKEL BERKAITAN :
  • Awas dengan nomadisme politik!

UNIKNYA INSAN INI ! MENGATASI KEHEBATAN PARA KHALIFAH TERAGONG !

AMIR ABDUL RAHMAN AD DAKHIL BIN HISHAM BIN ABDUL MALIK BIN MARWAN

Abdul Rahman I atau lebih dikenali sebagai Abdul Rahman Ad-Dakhil. Digelar oleh Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur sebagai ‘Saqr Quraysh’ atau Helang Quraysh kerana Abdul Rahman I mampu mengembalikan semula Empayar Umayyah yang telah tumbang dalam keadaan beliau sendiri tidak mempunyai apa-apa dan hidup sebagai seorang buruan dan pelarian.

Abdul Rahman hidup sebagai seorang pelarian dan buruan oleh Bani Abbasiyyah setelah kejatuhan Empayar Umayyah ketika beliau berumur 20 tahun. Dengan kebijaksanaan, kegigihan dan kepantasan yang dikurniakan oleh Allah kepada beliau, beliau menubuhkan Kerajaan Umayyah di Sepanyol dan menjadi salah satu ancaman terbesar kepada Kerajaan-kerajaan Kristian di Eropah termasuk Kerajaan Abbassiyyah sendiri di Baghdad. Selain usaha Tariq Ziyad dan Musa Nusair sebagai penakluk Andalusia, Abdul Rahman juga merupakan tokoh yang membuatkan Islam bertapak selama 1300 di Sepanyol.

Ada sebuah legenda menceritakan bahawa Khalifah Abu Ja’far pernah bertanya kepada salah seorang pembesar siapakah yang layak digelar Helang Quraysh, maka pembesar tersebut menjawab Mua’wiyah Abu Sufyan. Khalifah Abu Ja’far kata tidak. Maka pembesar itu menjawab Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Khalifah Abu Ja’far juga mengatakan tidak lalu dia sendiri menjawab :

“Helang Quraysh adalah Abdul Rahman yang mampu melarikan diri dengan licik dan dapat menepis sebarang tombak dan bilah pedang. Mengembara sendirian merentasi padang pasir Afrika. Menghitung nasib tanpa mempunyai sebarang tanah dan harta. Yang ada dalam diri cuma keimanan dan ketekunan beliau. Beliau mengasaskan sebuah empayar yang pada asalnya berpecah-belah sehingga kerajaan beliau terpisah dengan kerajaan kita oleh lautan. Tiada khalifah yang mampu berbuat demikian selain beliau. Muawiyah menjadi Khalifah dengan sokongan keluarga Umar R.A dan Uthman R.A. Manakala Khalifah Abdul Malik Bin Marwan dilantik atas wasiat oleh bapa beliau. Manakala Abdul Rahman menjadi khalifah tanpa sokongan sesiapa tapi keazaman yang dikurniakan Allah kepada beliau.”

Sekarang kita mahu kata apa? Abdul Rahman yang tidak punyai apa-apa ini mampu bangunkan kerajaan. Selagi kita masih hidup, kita mampu berusaha untuk mencapai kejayaan.

A story is told by a number of chroniclers that one-day al-Mansur asked his assembly, “Who is the Falcon of Quraish?” Some replied that it was himself because he organized the Empire, put down revolts and gave peace to men’s minds. Others mentioned Mu’awiya and Abd al-Malik, both great Umayyad Caliphs.

However, al-Mansur said, “It is Abd al-Rahman ibn Mu’awiya, who first by cunning escaped from among the spears and swords of his enemies, traversed the desert and crossed the sea, entered a land of ‘Unbelievers’, founded cities, gathered armies and with his good government and firmness of character built an empire in a lawless country.”

Mu’awiya (first Umayyad caliph) rode a steed which Umar and Uthman (the first two Islamic caliphs) had made ready for him; and Abd al-Malik, proclaimed before he succeeded, also had the support of family and partisans; but Abd al-Rahman was alone, with nothing to aid him but his wits, and no support but his unshakeable will.”

Nicknamed by his partisans as `Umayya the Sacred’, Abd al-Rahman is regarded by historians as one of the greatest Muslim rulers. His exploits for centuries have been, in the Arab and Muslim worlds, the bases of myths and legends – an endless source of inspiration for poets and storytellers.

KEHEBATAN TOKOH ISLAM YANG DIAKUI MUSUHNYA !

 

Abdullah bin Umar RA mengatakan, Rasulullah SAW bersabda: “Orang muslim adalah saudara bagi saudaranya yang lain, tidak berbuat zalim kepadanya dan tidak menghinakannya. Barang siapa peduli pada kebutuhan saudaranya, maka Allah akan memenuhi kebutuhannya. Barang siapa menghilangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan menghilangkan kesusahannya pada hari kiamat kelak. Dan barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat kelak “.. ( Hadits Riwayat Mutafakkun ‘Alaih

 

A poet, military leader, statesman, politician, and extraordinary figure who affected both Arabian and international history. He founded a state that survived longer than eight centuries, included Arabs and Europeans, and created a civilized pattern of dialogue between the east and west. Our story recounts how the Umayyad prince Abdul Rahman bin Mu’awiyah bin Hisham, the grandson of Hisham bin Abdul Malik, the last powerful Umayyad caliph, made a grueling journey from the Syrian (Shaam) territory of Russafa to Andalusia (Al-Andalus) .

Abdur Rehman: Falcon of Quraish(731-788 m)

“He is the lord of the House of Umayya, their refuge in the time of the decline of their power, he will be the restorer of their realm after its fall. Be good to him.” said Caliph Hisham’s brother to Caliph when he signaled his grandson Abdur Rahman to return as caliph was busy in his office.

Dari Al-Dakhil, Abdul Rahman juga digelar Falcon of the Quraish ( helang orang Quraish) musuh beliau iaitu Khalifah Al – Mansur. Kata Khalifah Al-Mansur ” Abdul Rahman adalah Helang bagi orang Quraish kerana berjaya mengelak dari dibunuh, berkelana melintasi Asia dan Afrika bagi mencari kejayaan tanpa ditemani bala tentera melintasi laut sehingga ke bumi yang tidak pernah beliau jejaki. Bermula tanpa mempunyai apa-apa hanya beliau sendiri sehingga berjaya mendapatkan sokongan, menghapuskan pemberontakkan, menyatukan penduduk, menguatkan tentera, berjaya menghalang kemaraan tentera kristian,membina negara dan menyatukan rakyatnya. tiada sesiapa sebelum beliau yang berjaya melaksanakan apa yang beliau tempuhi

SAUDI 《NGAN》 ISRAEL BERPISAH TIADA – SALING MELENGKAPI

How Israel helped murder Jamal Khashoggi

People hold signs during a protest at the Embassy of Saudi Arabia in Washington about the murder of Saudi journalist Jamal Khashoggi [Twitter]

People hold signs during a protest at the Embassy of Saudi Arabia in Washington about the murder of Saudi journalist Jamal Khashoggi [Twitter]

 

Maksud daripada surah Al.Baqarah Surah 2 :  ayat 130

 

Tidak sesekali tidak, orang orang Yahudi ! Begitu juga Nasrani akan akan meredhai dan menyenangi kamu melainkan kamu mengikuti perjalanan merekam. Katakanlah petunjuk dari Allah adalah sebaik baik pedoman. Apabila kamu masih mengikuti mereka setelah petunjuk tiba kepada kamu, pada ketika itu Allah akan meninggalkan kamu dan tidak akan membantu kamu lagi.

 

sponsor of Israel

The Crown Prince of Saudi Arabia Mohammad bin Salman Al-Saud arrives at No.10 Downing street in London, UK on 7 March 2018 [Kate Green/Anadolu Agency]

The Crown Prince of Saudi Arabia Mohammad bin Salman Al-Saud arrives at No.10 Downing street in London, UK on 7 March 2018 [Kate Green/Anadolu Agency]

DSAI DI PENTAS SYARAHAN ZA’ABA UNIVERSITI MALAYA

Serban besar, ijazah berjela tapi diam isu 1MDB – Anwar

Hazwan Hariz
 (Dikemaskini )
Pagi tadi  9.00 – 11.00 pg  Jumaat 23 Nov 2018 di dewan pengajian Melayu Un8versiti Malaya. Di sana mendengar pidato/ Syarahan atau kuliah DSAI tentang Za’aba. Seminggu yang  lalu di USM ada syarahan tentang  Siapakah Zaaba oleh Dr Adnan Hj Nawang. Beliau pengkaji Zaaba dengan MA dan Phdnya tentang tokoh besar tersebut.Anwar juga mengimbau dan meletakkan Zaaba sebagai Mutiara Intelektual Bangsa Melayu menurut Prof Diraja Ungku Aziz dan pemukul rebana umat yang suaranya terdengar sampai hari menurut Prof Syed Naquib Al Attas.
Agak terkilan majlis itu semata mata syarahan. Tidak ada sesi untuk audien.Agak hilang seri. Bersifat satu hala. Sepatutnya ada wacana susulan untuk audien berinteraksi dengan DSAI di alam Malaysia.Baru yang seharusnya lebih terbuka. Bukan satu hala bersifat rasmi semata mata.
Hajat nak menyampaikan sebuah pantun dan soalan berkaitan dengan wacana ilmiah tersebut. Tidak kesampaian kerana majlis ditutup begitu saja. Pantun yang hendak disampaikan berbunyi begini :
Sireh tersimpul di dalam puan,
 Dikunyah sepiak si sidang fakir
Sambil mencerna lantas terfikir
Tercapaikah hajat si pemukul rebana
Menggunung Harapan  pada tuan
Sudah lama rakyat khuatir
Bahasa dan bangsa kian tersingkir
Negara dan bangsa dipacu ke mana ?
 

Bukan sahaja ahli politik malah golongan cendekiawan termasuk penjawat awam perlu turut dipersalahkan kerana membiarkan skandal 1MDB berlaku, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ini kerana mereka bersikap mendiamkan diri menyaksikan skandal terburuk dalam sejarah negara itu sebelum ini.

“Bukan saja pemimpin politik. Sarjana, penjawat awam, bukan sekadar membisu, tapi yang sanggup bersekongkol untuk mempertahankan kedurjanaan yang menimpa bangsa, rakyat dan negara.

 “Berlakunya kebobrokan, kemusnahan sistem, rompakan begitu besar bukan semata-mata kerana nafsu serakah beberapa pemimpin politik, tetapi kerana golongan sarjana yang membisu, yang sanggup jadi perkakasan murahan atas nama kaum atau agama.

“Serban makin besar, janggut makin panjang, degree mungkin berjela tapi tak ada hati nurani dan etika,” katanya dalam syarahan di Universiti Malaya pagi ini.

Anwar, yang juga anggota Parlimen Port Dickson diundang sebagai pensyarah tamu di program tahunan ‘Syarahan Za’ba Pengajian Melayu’ di universiti itu.eliau berkata skandal 1MDB merupakan pengajaran yang sudah berlalu dan tak mungkin dipadamkan tetapi harus diperbetulkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...