DR ADI SETIA SARJANA PEMBANGUN MODEL EKONOMI IHSANI UNTUK UMAT ISLAM

PROFILE – DR. ADI SETIA MD DOM

Dr. Adi Setia Md Dom (adisetiawangsa@gmail.com)

Beliau penyelidik, pensyarah dan pekebun, serta pengasas gagasan Ekonomi Ihsani bagi memperjuangkan adab urusniaga demi kebajikan bersama, di samping pengamal dan penggiat dalam bidang agroekologi, tanimantap (permaculture), tanihutan (agroforesty) dan pertanian bersepadu (integrated farming). Pernah menjadi sarjana penyelidik di ISTAC, pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan di CASIS di Universiti Teknologi Malaysia. Kini beliau pengarah Basatin Filahah Permaculture Sdn Bhd, IGE Advisory, dan Dusun Padi. Beliau berkelulusan MA dan PhD dalam bidang Sejarah dan Falsafah Sains, Sijil Permaculture dan Diploma Penterjemahan, serta pakar dalam bidang Sains Islam, Kalam, Pandangan Alam Islam, Mu‘amalah dan Ekonomi Islam. Sejak sepuluh tahun yang lalu, beliau telah membimbing pelbagai kursus dalam bidang-bidang tersebut bagi masyarakat Islam di England, Scotland, Indonesia, Malaysia, Australia, New Zealand, Singapore dan Africa Selatan.

EDUCATION

Before embarking on formal academic work he spent some years learning at the traditional Islamic madrasahs (pondoks) of Kedah, Patani and Kelantan, under accomplished scholars such as (Almarḥūm) Tuan Guru Haji ʿUmar Zuhdī of Madrasah Miṣbāḥul Falāḥ, Baling, Kedah, and Tuan Guru Haji Hashim Abū Bakar of Madrasah Dīniyyah Bakriyyah, Pasir Tumboh, Kelantan.

CURRENT WORK

He is actively engaged in various community-rooted initiatives among Muslims and non-Muslims in Malaysia and elsewhere pertaining to Permaculture, Agro-Ecology and the Gift Economy. Many of his most important academic papers in these areas are formally published in the Canadian journal Islamic Sciences (formerly known as Islam & Science; http://www.cis-ca.org/islamscience1.php). He has also conducted courses over the past ten years for Muslim communities in England, Scotland, Spain, Indonesia, Australia, New Zealand, Malaysia, Singapore, and South Africa.

PREVIOUS WORK

  • Most recently (November, 2013—May, 2016) taught and researched as an Associate Professor of Islamic Science and Islamic Economics at the Center for Advanced Studies on Islam, Science & Civilization (CASIS), University of Technology Malaysia (UTM), Kuala Lumpur (http://www.utm.my/casis/).
  • Previously an Assistant Professor (teaching and researching history and philosophy of science) at the Faculty of Science and later at the Department of General Studies, International Islamic University Malaysia (IIUM).
  • Prior to that, he was a postgraduate student, junior research fellow and then research fellow at the International Institute of Islamic Thought & Civilization (ISTAC) during the directorship of its founder, Professor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas.
  • Previously he was an Allied Researcher at the Institute for Mathematics Research Malaysia (INSPEM) and General Consultant for Canadian and Pakistani project Based Integrated Encyclopedia of the Qur’an (IEQ).

RESEARCH AND PUBLICATIONS

His current research interests are in the areas of History and Philosophy of Science, Islamic Science, Islamic Gift Economy (IGE), and in the systemic, operative Islamization of both the natural and social sciences according to the integrative conceptual framework articulated by Professor al-Attas in his many important works, especially, The Positive Aspects of Taṣawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science (Kuala Lumpur: ASASI, 1981), Islam and the Philosophy of Science (Kuala Lumpur: ISTAC, 1989), Prolegomena to the Metaphysics of Islam: An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam (Kuala Lumpur: ISTAC, 2001) and Islam and Secularism (Kuala Lumpur: ISTAC, 1993).Advertisements

REPORT THIS AD

REPORT THIS AD

BLOG AT WORDPRESS.COM.Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to 

BICARA KITAB IHYA ULUMUDDIN/ MENGHIDUPKAN ILMU AGAMA – Kuliah Dr Adi Setia

Pendedahan Dr Adi Setia – Pendidikan mesti murah dan terbuka. Hindarkan jual ILMU dengan harga mahal. Ini tradisi Barat. Tradisi Islam ilmu milik alam harus kalau boleh percuma. Hendak jena bayaran pun mesti rendah. Terkejut kerana ada Pusat Tahfiz kenakan bayaran pendaftaran yang mahal sampai RM 1,000. Apa perkhidmatan yang diberi ?Hanya pendaftaran saja. Amat jijik dan hodoh bila dilakukan oleh institusi Islami.Bagaimana kita nak tonjolkan imej Islam apabila kita ikut model barat yang menjual ilmu dengan harga nahal.

2. Dalam pentadbiran tudak mengapa kerajaan membayar upah yang mahal untuk PM, menteri, khalifah, Sultan,kadhi dan pegawai tadbir. Syaratnya mereka tidak boleh terlivat dalam perniagaan lagi.Dilarang keras ambil kesempatan makan rasuah.Contoh Saidina Abu Bakar masih meniaga senama diangkat menjadi khalifah. Para sahabat bermesyuarat khalifah tak boleh berniaga.Beliau dibayar gaji khas daripada perbendaharaan. Amalan ini juga diamaljan do Barat. Sesuatu yang berasal dari tradisi Islam.

3. Kajian kitan Ihyaa Ulumuddin.

DSAI AKAN SETIA- TIADA KHIANAT KEPADA NEGARA BILA JADI PM

FMT News

HOMENEWSBERITAOPINIONLIFESTYLEBUSINESSSPORTSGALLERY

I won’t betray country when I’m PM, says Anwar

Bernama -April 28, 2019 8:20 AM• 5 minute read217Shares 172

PKR president Anwar Ibrahim (left) at a meeting with Kelantan PH leaders in Kota Bharu yesterday. On the right is Kelantan PH chairman Husam Musa. (Bernama pic)

TANAH MERAH: PKR president Anwar Ibrahim said he would continue with the agenda to develop the country and help the people, especially the poor when he is appointed the country’s eighth prime minister.

He said that when the time comes for him to be appointed to the post, he would ensure the country continues to progress and be respected by the world community.

“I will not betray the country when I’m appointed to the post. Now, let’s give (Prime Minister) Dr Mahathir Mohamad the chance to rectify the situation in the country.

“The dignity of the Malay race and Islam will continue to be upheld and I will ensure that corruption will not occur,” he said at the “Bicara Perdana” programme at Kampung Padang Siam here last night.

Also present were Kelantan PKR chairman Suparadi Noor and state Pakatan Harapan chairman Husam Musa.

On PAS’ cooperation with Umno, Anwar said he believed the two parties had certain agenda for doing so.

“It is not that I want to make an enemy of PAS but I think the people and PAS supporters should know what happened in the party,” he said.

Redzuan D Onn KENAPA CHINA DAN YAHUDI BERJAYA UMAT ISLAM GAGAL !

Kita senantiasa mengutuk golongan kafir seperti Yahudi dan Cina kerana mereka kaya dan menguasai ekonomi kita. Padahal kita yang tidak berbuat apa seperti mereka iaitu bersatu, tidak bersengketa sepanjang masa sesama sendiri, berfikir dan bertindak secara kesatuan dengan terancang sehingga berjaya. Paling penting mereka tidak menghabiskan masa mengutuk musuh mereka.

Kepada para anak muda: Kiblat kamu ke arah mana ?

FALSAFAH KONON…

Pakcik nak tanyalah kpd budak budak yang beria ia sangat jadi jurucakap falsafah barat ni. Mereka ni tahu ke apa yang mereka perjuangkan tu? Kononnya perjuangkan kebebasan dan keadilan. Apabila falsafah sekular liberal yang jadi asasnya ada andaiannya, dan setiap andaian itu ada akibatnya. Pasal budak budak ni masih mengaku islam maka pakcik kena tanya kenapa ambil andaian orang? Ataupun sebenarnya tak pernah siasat pun apa andaian mereka? Andaian ni bukan benda main main sebab ia adalah batu asas. Andaian yang paling asas adalah tentang hakikat dan ilmu. Cuba tanya soalan soalan ni…..Ada ke tidak hakikat tu? Boleh ke kita tahu hakikat? Ataupun hakikat itu sebenarnya khayalan kita aje? Ia berubah ubah mengikut individu, bangsa, gender, zaman, tempat? Ataupun hakikat itu pendapat peribadi orang sahaja kerana tiada hakikat yang mutlak dan tiada ilmu yg objektif? Sebelum awak nak jadi jaguh pencacai feminisme, liberalisme atau pluralisme cuba jelaskan dulu pendirian tentang persoalan persoalan ini. Kalau tak tahu pergi belajar dengan org yang tahu. Kalau kamu Islam kamu tahu ke apa kata islam tentang ini?

TS MUHYIDDIN BERSUARA: SULTAN JOHOR MESTI HENTI GANGGU PENTADBIRAN NEGERI


Actions speak louder than words, Muhyiddin says after Johor sultan calls for ceasefire with Putrajaya

Published 4 hours ago on 25 April 2019

By Justin Ong230

Muhyiddin is pictured with the new Johor Mentri Besar Datuk Dr Sahruddin Jamal. — Picture by Ben Tan
Muhyiddin is pictured with the new Johor Mentri Besar Datuk Dr Sahruddin Jamal. — Picture by Ben Tan

KUALA LUMPUR, April 25 — Sultan Ibrahim Iskandar must stop interfering in the Johor state government to show the sincerity of his call today for civil discourse, said Tan Sri Muhyiddin Yassin.

The Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) president said he appreciated the sultan’s gesture but added that the Johor palace must also admit to its role in the hostilities with Putrajaya, according to The Star.

“As a Johorean, as a federal minister in the Cabinet, this does not put me at ease at all.

“We must be bold enough. The sultan also has to agree that certain things have been done by him that created some feelings of uneasiness when it comes to matters of state.

HUSAM MUSA BUAT PENEROBOSAN:CARA TINGKATKAN PERTANIAN NEGARA !

Ubi Keledek Cilembu vs Ubi Keledek Jepun

Ubi Keledek Jepun atau Japanese Sweet Potato semakin mendapat tempat bagi pengguna Malaysia. Di kebanyakan pasar raya besar, terjual ubi keledek ini dengan harga yang jauh lebih lumayan.

Pasaraya Jaya Grocer mengiklankan harga se kg ubi ini pada RM22. Keledek kita, disebut berharga RM2.50 sekilogram di pasaran!

Jepun dianggarkan mengeluarkan 860,000 metrik tan Keledek Manis Jepun setiap tahun, dengan harga purata USD 9 se kg di pasaran dunia.

Pengeluaran Malaysia, mengikut statistik Jabatan Pertanian, adalah sekitar 50,000 tan keledek biasa. Bukan Keledek Manis Jepun.

Dengan jumlah pengeluaran itu, Jepun menduduki tempat ke 12 dalam ranking eksport keledek dunia.

Japanese Sweet Potato atau nama Jepunnya Satsuma-Imo, mendapat nama kerana rasanya luar biasa manis dan textur fiber atau serat yang lembut dan halus.

Bagaimana Jepun boleh menghasilkan ubi berkualiti dunia ini?

Saya terbaca sebuah buku yang mendakwa benih asal Satsuma-Imo adalah dari Cilembu, Bandung, Indonesia! Bukan asal Jepun pun.

Wah! Ini sudah lebih!

Ia dibawa pulang ke Jepun oleh seorang tentera Jepun yang bertugas di Bandung semasa Perang Dunia Kedua. Ia kemudian ditanam di Jepun dan dikembangkan. Dengan kuasa perdagangan Jepun yang meluas, ubi itu masuk ke periuk atau oven kita di Malaysia. Menjadi makanan istimewa di restauran ternama. Enak sekali dimakan dengan daging steak.

Malangnya, ubi ini hanya menembu pasaran kita tetapi tidak ke kebun dan ladang-ladang kita.

Mungkin dengan anggapan, kita tidak mampu meniru mutu Jepun, sekalipun hanya keledek.

Sesiapa yang pernah melintasi Kampung Cilembu, Sumedang, Bandung, Jawa Barat Indonesia – sudah pasti terpandang gerai-gerai ubi keledek dan ubi kayu sepanjang jalan. Tapai ubi kayu tergantung di palang gerai, isinya kental dan rasanya sangat manis.

Di atas gerai pula, longgokan ubi keledek dua warna kulitnya. Merah perang dan kekuningan pucat. Ada yang mentah, dan tersedia juga yang sudah dipanggang dan boleh segera dimakan. Berduyun kereta berhenti di tepi jalan kerana singgah menikmati Ubi Cilembu asli.

Ubi Cilembu panggang dengan jelas menunjukkan jalur dan tompok seakan gula melaka cair atau madu terdapat di dalam isi ubi ini.

Kali pertama saya menemuinya, saya menyangka ubi ini dimasukkan air manisan. Rupanya, ia adalah kemanisan asli ubi ini dan perubahan isinya selepas dipanggang.

Ia dianggap ubi keledek termanis di dunia! Jauh lebih manis dari Japanese Sweet Potato.

Enaknya tidak tertandingkan.

Tetapi apakan daya. Nasib Ubi Cilembu tidak seberuntung keturunannya yang tumbuh di Jepun. Selain rasa yang lebih isitimewa, sejarahnya juga lebih tua. Ia sudah dikenali sejak zaman Belanda, se awal 1914.

Selain itu, ubi yang juga dikenali sebagai Ubi Madu Cilembu, tidak pun dikenali oleh kebanyakan pengguna negara kita. Ia jauh ketinggalan dari cucu cicit bakanya Satsuma-Imo di pentas dunia.

Ini sudah tentu tidak adil. Tetapi kekuatan pasaran, promosi dan daya profesionalisma yang berbeza memberikan nasib yang berbeza.

Lalu, di mana kedudukan pekebun kita dalam isu ini?

Saya tertarik dengan penemuan oleh Agustina Monalisa Tangapo menerusi kajian untuk tesis Phd beliau di Institut Teknologi Bandung (ITB).

Rahsia kemanisan Ubi Madu Cilembu terletak pada MIKROBES!

Tesis bertajuk ‘Dinamika Populasi Bakteri Rhizosfer dan Endofit Pada Budidaya Ubi Jalar Cilembu’ berjaya merungkai misteri kemanisan madu sebuah ubi.

Dengan kuasa Allah, bakteria RIZOSFERA dan ENDOFIT yang kaya di bumi Cilembu telah bekerja secara senyap memberikan rezki kemanisan ubi yang luar biasa itu.

Mengikut Dr Augustina, jika bakteria ini dikembang biakkan di bumi yang lain juga, kemanisan Ubi Madu Cilembu tetap terhasil.

Mikrobes ini nampaknya perlu dihijrahkan segera ke Malaysia, khususnya Bacok, Kelantan untuk muncul sebagai Jelapang Keledek Madu Malaysia pada masa akan datang!

Kita menunggu, siapa cepat.

Husam Musa
Sabtu, 6 April 2019

HADI AWANG PRES PAS ULAS PEMILU INDONESIA

Minda Presiden PAS

JELMAAN KOMUNIS DI SEBALIK PEMILU INDONESIA

Saya mengikuti secara terperinci Pilihan Raya Presiden (Pilpres) Indonesia yang telah berlangsung begitu rupa, kerana rakyat Malaysia juga perlu mengetahui dan bersimpati kepada Indonesia, negara bangsa serumpun dan seagama, paling berjiran, bahkan adanya hubungan kekeluargaan dalam kalangan penduduk.

Negara paling ramai penduduk Islam di dunia yang tetap menjadi harapan kita semua, bersama doa yang dipanjatkan dengan ikhlas kepada Allah, memohon diselamatkan daripada segala bencana dan musuh.

Bumi nusantara yang subur bagi Islam pada akhir zaman, terus menerus menjadi sasaran penjajah. Dahulunya diadu domba umatnya supaya senang dijajah dan dipecah-pecahkan pula selepas menjajah.

Sekarang dikatakan telah mencapai kemerdekaan, namun terus menjadi sasaran kuasa besar yang bertarung. Kerana Islam, maka terus dipandang musuh dengan penuh fobia sebagai senjata propaganda terkini dan dipandangnya juga kedudukan rantau dari segi geografi, politik dan ekonomi yang kaya berhasil.

Di Indonesia, berkumpulnya semua suku daripada satu rumpun di Tanah Melayu, Bugis yang datang dari Timur Nusantara, begitu juga Banjar, Jawa, Minang dan Aceh yang paling Barat wilayahnya yang sejak awal bersama gerakan dakwah dan selepasnya berjihad menentang penjajah.

Barangkali telah dilupakan oleh generasi kini, kerana banyak kenyataan yang ditulis telah disorok di bawah karpet penjajah yang membahagikan bangsa dan tanah air kita sesama mereka, seterusnya memecahkan tanah air serumpun ini, namun laksana menetak pedang ke dalam air yang tidak mungkin diputuskan.

Penjajah telah meninggalkan kesan serangan pemikiran yang masih subur beracun dengan peninggalan ideologi asing yang diimport. Kesempatan diambil daripada kealpaan para pemimpin, kelemahan para ulama’ berfeqah politik, walaupun alim dalam ilmu feqah hukum khususnya dalam aspek ibadat. Peluang paling besar diambil daripada kejahilan umat dan kemiskinannya. Digunakan juga peranan media baru tanpa sempadan terhadap yang jahil. Pengaruh politik wang pula disasarkan kepada yang fakir miskin.

Umat Islam secara khusus telah berpecah disebabkan masalah furu’ (cabang) dalam hukum agama, di tengah-tengah kejahilan umatnya, berpecah pula dalam memperjuangkan pelbagai ideologi asing kanan dan kiri.

Islam tetap dimusuhi, walaupun konsepnya adil terhadap semua dan tidak memaksa penganut pelbagai agama lain, sehingga berjaya dan diterima kedatangannya oleh penganut agama lain menjadi penyelamat yang dinamakan Futuhat Islamiyyah, bukannya kolonialisme atau imperialisme (penjajahan) yang menjadi panji-panji kedatangan bangsa Eropah ke rantau ini yang membawa konsep pengabdian terhadap rakyatnya dan merompak hasil buminya, menyebabkan penjajah itu ditentang hebat dan tidak dialu-alukan seperti kedatangan Islam yang disambut mesra oleh penganut pelbagai agama.

Saki baki penganut pelbagai agama hidup aman di tengah masyarakat Islam. Dibuktikan dalam lapangan hanya Islam yang berjaya memimpin masyarakat majmuk, sehingga kini tiada lagi sepertinya di alam dunia. Walaupun Indonesia paling ramai jumlah penganut Islam, tetapi bukan Islam menjadi rakyat yang bebas diberi hak agama masing-masing.

Namun yang memusuhi Islam terus menggila terhadap Islam, sehingga mencipta jenama Islamofobia bagi menanamkan kebencian terhadap Islam. Maka perkataan istilah Islam yang mulia, digambarkan paling negatif, seperti perkataan jihad, khilafah dan sebagainya terus dijadikan senjata bertujuan memburukkan Islam semata-mata.

Adapun yang merosakkan dan paling sesat tidak percayakan Tuhan, buruk dan paling keji seperti LGBT dijenamakan dengan indah di atas nama hak asasi manusia dan berselindung di belakang demokrasi.

Indonesia pernah menjadi sasaran Komunis ketika era Perang Dingin, supaya menjadi negara cengkamannya selepas dibentuknya Soviet Union dahulu dan Republik Rakyat China. Mereka mengusahakan supaya Indonesia menjadi negara Komunis ketiga selepasnya.

Tidak diragukan lagi betapa peranan penjajah Barat termasuk Belanda di Indonesia mengimport fahaman komunisme untuk menjadi penghalang kepada tegaknya kembali negara Islam yang difitnah lebih bahaya daripada Komunis.

Setelah gagalnya pemberontakan Komunis 1948 di Madiun, polisi mujamalah yang diterapkan oleh Presiden Sukarno dahulu dijadikan peluang keemasan untuk bergerak semula dan dirancangnya merampas kuasa. Mereka menyerap di sebalik slogan Nasakom (Nasionalis, Agama dan Komunis). Bersamanya dibangkitkan konfrontasi menentang Malaysia yang berada di blok Barat pada awal tahun 60-an dahulu.

Perisytiharan Perang Konfrontasi dijadikan peluang untuk diberi bantuan senjata oleh negara komunis kepada Indonesia. Partai Komunis Indonesia (PKI) dan segala sayapnya, pemuda, mahasiswa, wanita, petani dan lain-lain dirancang menjadi bala tentera rakyat bertopengkan perjuangan kerana mahu mengganyang Malaysia Pro Barat.

Penubuhan bala tentera begini rupa, sudah tentu bercanggah dengan pengurusan ketenteraan yang bersistematik dan berstrategik, maka sudah tentu mendapat tentangan daripada para panglima dan pegawai tinggi tentera yang lebih faham dalam ilmu ketenteraan. Mereka yang tidak bersetuju adalah penghalang kepada rancangan dan pakatan yang diatur begitu rupa.

Lebih utama lagi adalah permusuhan Komunis terhadap semua agama, terutama dan pertamanya adalah Islam yang ada dasar dan petunjuk politiknya tersendiri yang dianggapnya paling menjadi halangan kepada fahaman komunisme yang bertuhankan kebendaan itu. Maka para ulama’ dan pendukung Islam adalah musuh utama mereka. Seterusnya berlaku peristiwa pengharaman Partai Islam Masyumi yang mengambil jalan demokrasi dan tindakan ganas terhadap para ulama pesantren yang berpengaruh dalam masyarakat Islam.

Mereka juga mengambil peluang daripada tindakan ekstrem oleh pendukung Islam yang tidak sabar terhadap Sukarno dan sekutunya yang dikira menjadi penghalang kepada Islam di Indonesia itu, sehingga mencetuskan pemberontakan bersenjata, menjadikannya lebih rakus bertindak terhadap kumpulan Islam semuanya, termasuk daripada kalangan yang sederhana turut menjadi sasaran tindakan dalam satu bakul.

Kemuncaknya PKI mengadakan rampasan kuasa pada tanggal 30 September 1965 (G30S) dengan membunuh enam Jeneral Tentera Darat yang tersohor dan apabila masih ramai yang gagal dibunuh, menyebabkan tindakan balas yang menghancurkan PKI dalam arena politik demokrasi di Indonesia.

Tindakan penentangan terhadap Komunis itu lebih kuat lagi apabila didukung bersama oleh umat Islam Indonesia yang masih cintakan agamanya yang mustahil dapat dipadamkan. Bergabungnya agamawan dan tentera memudahkan gerakan Komunis itu dimusnahkan.

Seperti semua ajaran yang paling sesat sekalipun, contohnya liberalisme tidak mati benihnya, begitu juga fahaman Nazi tidak mati dengan kekalahan mereka dalam Perang Dunia Kedua, kini muncul lagi kegiatannya di negara Barat. Maka samalah juga dengan komunisme, walaupun Soviet Union sudah berkecai dan negara besar China beralih kepada pragmatik sehingga kepada liberal kapitalisme, begitulah benih fahaman komunisme itu juga masih wujud.

Mereka mengambil kesempatan daripada kelemahan Era Orde Baru dengan jenama slogan baru, iaitu reformasi yang diteriakkan. Dalam hal ini, kumpulan Islam seringkali dipergunakan dengan slogan yang indah, tetapi diselitkan bersamanya tujuan yang jahat, dan berakhir kumpulan Islam dijadikan alat atau anak tangga untuk mereka meloncat naik ke atas.

Kini era demokrasi diambil kesempatan bersama oleh parti-parti politik dan organisasi termasuk kalangan ulama yang tidak mengerti sepak terajang politik dengan disalah gunakan keikhlasannya kepada matlamat yang salah, hukumnya sama dengan jalan yang salah walaupun matlamatnya baik.

Kini disaksikan betapa munculnya anak-anak tokoh Komunis Indonesia di belakang Pemilu yang baharu sahaja telah berlangsung, penglibatan naga-naga besar di belakang “money politics” dan media sosial yang dibelanjakan itu sangat menggerunkan. Mereka melangkah sama ada secara bersendirian secara nyata dengan jenama baru tidak menyebut PKI atau perkataan komunis atau menjadi syaitan yang menyusup kepada parti-parti politik yang jendelanya sentiasa terbuka pada waktu malam.

Kita berdoa kepada Allah supaya Indonesia diselamatkan, seperti kita doakan untuk Malaysia yang tercinta ini. Insya-Allah warga Indonesia yang lebih mengenali seluruh rakyat dan muka buminya lebih memahami cara menghadapi cabaran pasca Pemilu dengan bijaksana dan selamat sejahtera.

“Islam Memimpin”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 17 Syaaban 1440 / 23 April 2019

PEMIMPIN HARI DEPAN INDONESIA Jokowi’s election win sets up Indonesia political free-for-all Playing field has been leveled for politicians with ambitions for 2024 SHOTARO TANI, Nikkei staff writer APRIL 21, 2019 15:47 JST Vice presidential candidate Sandiaga Uno walks in front of his house in Jakarta last year. Despite being on the losing ticket, the billionaire is in a position to make a bid for the presidency in 2024 having raised his profile in this year’s campaign. © Reuters

Jokowi’s election win sets up Indonesia political free-for-all

Playing field has been leveled for politicians with ambitions for 2024SHOTARO TANI, Nikkei staff writerAPRIL 21, 2019 15:47 JST

Vice presidential candidate Sandiaga Uno walks in front of his house in Jakarta last year. Despite being on the losing ticket, the billionaire is in a position to make a bid for the presidency in 2024 having raised his profile in this year’s campaign.   © Reuters

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...