Jawatan PM untuk sepenggal, bukan sementara: Ku Li

Tengku Razaleigh HamzahA A
GUA MUSANG – “Tiada jawatan sementara buat Perdana Menteri dalam perlembagaan,” demikian kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Beliau berkata, tidak boleh mana-mana pihak memaksa Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan termasuk Yang di-Pertuan Agong.
“Dalam perlembagaan, tiada paksaan untuk berhenti melainkan Dr Mahathir letak jawatan. Tiada istilah jawatan sementara kerana ia dilantik untuk sepenuh penggal.
“Terpulang kepada beliau (Dr Mahathir) untuk berhenti atau teruskan kepimpinan. Namun, jika ada pakatan atau perjanjian, ia di luar perlembagaan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Berbuka Puasa dan Sambutan Hari Ulang Tahun UMNO ke-73 di Dewan Bukit Cekati, di sini, semalam.
Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Mohd Syahbuddin Hashim, Naib Ketua UMNO Bahagian, Ab Aziz Yusoff dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Amran Arifin.
Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang juga berkata, jika Dr Mahathir meletak jawatan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mutlak untuk melantik.
“Lantikan itu tidak hanya melibatkan ketua parti, Baginda boleh angkat siapa sahaja dalam kalangan Ahli Parlimen,” katanya.
AERTIKEL BERKAITAN: Anwar jangka jadi PM kurang dua tahun lagi
Terdahulu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan akan mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tempoh kurang dua tahun.
Dalam wawancara bersama Bloomberg Television, Anwar berkata, beliau bagaimanapun mahu memberi cukup masa kepada Dr Mahathir untuk mentadbir secara berkesan.
“Sudah tentu bukan lima tahun kerana beliau (Mahathir) sudah nyatakan dengan jelas tidak akan melebihi dua tahun,” katanya.
Menerusi sebuah portal berita, veteran DAP, Lim Kit Siang sanggup mempertaruhkan kerjaya politiknya jika janji Dr Mahathir untuk menyerahkan jawatannya kepada Presiden PKR itu tidak ditunaikan.
Beliau berkata, tidak akan bertanding pada Pilhan Raya Umum akan datang jika Dr Mahathir tidak menunaikan janjinya
×Pembeli baharu NFCorp diyakini tidak ulangi ‘salah laku’ duluLihat KomenArtikel BerkaitanKekalahan Streram tidak jejas peluang Anwar jadi PMSHAH ALAM – Kekalahan PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau, menerusi calonnya Dr S Streram tidak menjejaskan peluang Presiden parti itu, Datuk…Tun M mampu pulihkan ekonomi dalam dua tahun: AnwarBUKIT MERTAJAM – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin ekonomi negara akan pulih dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan perancangan dan…Nasihat Anwar kepada ahli partiKUALA LUMPUR – Ahli-ahli parti dinasihatkan menghormati semangat PH dan pendirian PKR untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir…PKR serah kepada kebijaksanaan PM pilih MB Johor: AnwarPresiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bersandarkan kepada konsensus PH, PKR tidak akan mengemukakan nama calon, sebaliknya menerima…Dr Mahathir terus main peranan sebagai negarawan: AnwarBANGI – Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus memainkan peranan penting sebagai seorang negarawan sekiranya berlaku perubahan kepimpinan negara, kata…Nurul Izzah berhak dan layak beri pandangan: AnwarSHAH ALAM – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan anaknya, Nurul Izzah berhak dan layak memberikan pandangan terhadap kepimpinan kerajaan…Usia bukan penghalang Nana kahwin lelaki mudaPENYANYI, Siti Nordiana tidak dapat menepis takdir seandainya dijodohkan bersama penyanyi kesayangan ramai, Khai Bahar.Sinarharian5 out of 6 houses in Malaysia use this to get rid of pestsPest Reject|SponsoredCara memutihkan gigi dalam 2 minitmemutihkan gigi|SponsoredRawatan Dengkur Berkesan!GoodNiter|SponsoredNew WiFi Booster Stops Expensive Internet in MalaysiaSuperBoost Wifi|SponsoredFirst time in Siem Reap, what to expectThe Jakarta Post|SponsoredIsteri Musa Hassan sediakan kain kafan sebelum meninggal duniaSinarharianDiseksa ketika komaSinarharianTicket Prices to Universal Studios Singapore Might Surprise YouUniversal Studios Singapore | Search Ads|SponsoredYou Will Never Eat Another Banana Knowing ThisNutrition ExpertThink Luxury, Think SpainPortfolio MagazineThe 9 Best Foods for People With Kidney ProblemsFood Prevent11 Best Foods for Diabetes ControlHealth & Human ResearchHarga Insurans Kereta di Jelutong Dapat Mengejutkan AndaCar Insurance | Search AdsChoose a plane and play this Game for 1 MinuteDesert Order10 Dangerous Foods With High Blood PressureHealth & Human Research6 New Travel Experiences For Your Next TripPortfolio Magazineby TaboolaSponsored Links
IKUTI KAMI








© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf