
BERITA BERGAMBAR

Paus pembunuh muncul di perairan Terengganu
BERNAMA | | 17 Julai 2019
Paus Orca atau Killer Whale muncul buat pertama kali di perairan Terengganu dengan kehadirannya dikesan berhampiran Pelantar Dulang Petronas di perairan Kerteh pada Selasa.
KUALA TERENGGANU – Sepasang Paus Orca atau Killer Whale muncul buat pertama kali di perairan Terengganu dengan kehadirannya dikesan berhampiran Pelantar Dulang Petronas di perairan Kerteh pada Selasa.
Kemunculan paus itu disedari beberapa kakitangan Petronas dan video berdurasi 30 saat dan detik bersejarah itu berjaya dirakam kakitangan pelantar itu.
Ketua Cawangan Mamalia Marin, Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, Mohd Tamimi Ali Ahmad dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa mamalia itu adalah Paus Orca atau nama saintifiknya Orcinus Orca.
“Mengikut rekod yang terdapat di FRI Rantau Abang, Jabatan Perikanan Malaysia, Paus Orca tidak pernah muncul di Terengganu dan tarikh 16 Julai 2019 adalah rekod pertama paus itu muncul di perairan ini.
“Kami percaya kedua-dua mamalia marin itu adalah sepasang paus jantan dan betina yang menjadikan Laut China Selatan sebagai sebahagian laluan migrasi mereka,” katanya.
Saiz paus itu dianggarkan antara enam hingga lapan meter dengan anggaran berat 5,000 hingga 6,000 kilogram setiap satu. Mengulas lanjut, beliau berkata Paus Orca itu sangat digeruni kerana ia adalah pemangsa teratas dalam rantaian pemakanan di ekosistem lautan dengan memakan sotong, penyu, burung laut, jerung serta mamalia marin lain termasuk anjing laut dan ikan lumba-lumba.
“Ada kalanya paus ini juga menyerang manusia seperti kejadian yang sering berlaku di luar negara. Paus ini mula menjadi perhatian umum dan dibela dalam kurungan bermula tahun 1960-an sehingga hari ini.
“Sesetengah negara yang mempunyai taman tema akuarium laut seperti Perancis, Amerika Syarikat dan Jepun, mereka melatih paus ini supaya lebih mesra dengan masyarakat dengan tujuan konservasi, pendidikan dan pertunjukan,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/38428/BERITA/Nasional/Paus-pembunuh-muncul-di-perairan-Terengganu?utm_source=izooto&utm_medium=push_notifications&utm_campaign=Paus pembunuh muncul di perairan Terengganu&utm_content=&utm_term=
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
DSAI sangat kemarukan hendak jadi PM. Sebelumnya pada tahun 1980 hampir 4 dekad lalu beliau meninggalkan ABIM kerana hendak terjun dalam dunia politik kepartian dengan menyertai UMNO. Tujuannya tidak lain dan bukan memang hendak menanjak di puncak kuasa iaitu menjadi PM. Beliau nyaris berjaya. Namun tidak kesampaian. Setelah 40 tahun bergelut dalam dunia politik, cita citanya penuh dengan ranjau . Ada sahaja musibah yang menggalang. Apakah penyebabnya ? Sedangkan Tun Dr Mahathir telah menjadi Perdana Menteri masuk kali kedua.Kali pertama 22 tahun. Dari tahun 1982 – 2004. Kali kedua Mei 2018 hingga kini.
Persoalannya kenapa Anwar bin Ibrahim tidak dapat jadi PM.Cara yang mudah untuk menjadi PM ialah DSAI mesti menjadi TPM dulu.Kini dijawat oleh isterinya Dr Wan Azizah.Sedangkan Wan Azizah tidak ada apa apa jawatan dalam partinya Partai Keadilan Rakyat.Kenapakah DSAI tidak bersedia untuk jadi TPM dahulu. Masalahnya beliau hendak terus jadi PM juga. kONONNYA ITU ADALAH HAK MUTLAK BELIAU !