CARI PENYAKIT DAPAT SAKIT- TUN M

Keadaan politik negara yang keliru mungkin menjadi lebih keliru hasil tindakan yang diambil oleh beberapa buah parti. Ternampak ramai yang sudah hilang haluan dan sanggup membuat apa sahaja untuk dapat sokongan.

2. Demikian Bersatu yang ditubuh untuk menjatuhkan Najib beralih menjadi parti untuk hidupkan Najib dan Barisan Nasional (BN).

3. Kemudian entah macam mana pemimpin Bersatu menjadi Perdana Menteri Parti Perikatan Nasional yang tidak wujud.

4. Harapan supaya Perikatan Nasional menjadi parti gabungan tiga buah parti iaitu Bersatu, PAS dan UMNO tidak jadi kenyataan. UMNO mendakwa bahawa ahlinya hanya dibenar sokong Bersatu supaya Bersatu keluar dari Pakatan Harapan (PH) untuk jatuhkan Kerajaan PH. Dan pemimpin Bersatu pun telan bulat-bulat rancangan jahat ini.

5. Sekarang Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) bergantung kepada UMNO. Jika orang UMNO tidak sokong jatuhlah PN. Sebaliknya jika UMNO tidak sokong mereka juga akan jatuh. Sebab itu UMNO terpaksa sokong.

6. Tetapi masih ada 5 orang UMNO yang mungkin didapati bersalah (seorang telah didapati bersalah tetapi menunggu proses rayuan) dan tidak boleh kekal sebagai wakil rakyat. Jika mereka kehilangan kedudukan sebagai wakil rakyat, Bersatu dan PN akan jatuh.

7. Untuk elak dari ini berlaku, Perdana Menteri perlu cari ganti. Maka Bersatu pun gugur kedudukan sebagai parti Pribumi dan membuka keahlian kepada semua kaum. Kekalkah nama PPBM. Ini kali keempat Bersatu mungkir janji.

8. Sekarang Bersatu membuat keputusan untuk gabung dengan Muafakat. Tetapi Muafakat adalah gabungan parti Melayu Islam. Bersatu parti berbilang kaum dan agama. Apa jadi kepada Muafakat. Masih Melayu Islamkah??

9. UMNO pula dikatakan pecah tiga. Ada bahagian yang tidak setuju Bersatu masuk Muafakat, ada yang setuju. Demikian juga dengan PAS. Ada yang bersetuju, ada yang tidak.

10. Di antara parti-parti yang sokong Kerajaan, ada yang percaya akan menang pilihan raya ada yang tidak suka diadakan pilihan raya.

11. Perdana Menteri takut hilang jawatan jika kehilangan 6 kerusi. Sedang mencari pengganti. Dari mana. Mungkin dari Keadilan. Tetapi kosnya tinggi.

12. Datang Pejuang. Bersatu hilang akar umbi. Banyak pemimpin tapi kurang yang hendak dipimpin. Jadi parti kosong. Akar umbi pindah ke Pejuang.

13. Dalam PRU Bersatu tidak akan dapat sokongan UMNO dan PAS, tidak juga dari PH.

14. Bersatu mungkin dibubar dan sertai UMNO. Tamat riwayat parti yang dicuri.

15. Pening kepala Muhyiddin. Tidak ada haluan untuk dituju.

16. Cari sakit. Dapat sakit.

SAJAK TUN M KETIKA LUNCURKAN PARTI BARU “PEJUANG”

PARTI BAHARU – PEJUANG 23

12 Aug 2020 | Uncategorized

Parti baru Tun Dr Mahathir yang dinantikan telah muncul.Singkatannya “PEJUANG”Penuhnya PARTI PEJUANG TANAH AIR.Istilah tanah air telah digunakan sebelumnya untuk beberapa organisasi. Di antara PEMBELA TANAH AIR, kependekanya PETA. Sebuah organisasi tentera yang ditubuhkan oleh penjajah Jepun di Malaya dan Indonesia. Tujuannya sebagai sistem pertahanan untuk mendapat sokongan rakyat daripada gemporan Inggeris dan AMERIKA. Begitu sebuah parti politik ditubuhkan pada tahun 1974 dengan nama. KESATUAN INSAF TANAH AIR atau “KITA”.Ditubuhkan oleh Hashim GERA dan Mustafa Hussein untuk MENYERTAI PRU 1974.Jadi parti PEJUANG partubuhan politik ketiga menggunakan TANAH AIR sebagai nama parti. Di Indonesia yang memang terkenal dengan kekata bersemangat ada parti yang mengambil nama PERJUANGAN iaitu parti PDIP PERJUANGAN. Pengasasnya anak presiden Indonesia pertama Soekarno. Dr Mahathir MENGGUNAKAN slogan PEJUANG atau lebih tepat PEMBELA TANAH AIR yang nyata kepentingan pribuminya telah tergadai kerana rasuah dan pengkhianatan setelah 60 tahun >>>MERDEKA. Apa yang masih TINGGAL lagi kepada MELAYU bumiputra negara ini? Dulu ya dikenali sebagai TANAH MELAYU.

PEJUANG!

Kita tubuh parti untuk selamatkan kita.
Parti kita dihijack untuk selamatkan musuh kita.
Demikian Bersatu.
Ditubuh untuk hapuskan Kleptokrat.
Sekarang beralih untuk selamat Kleptokrat.
Kerana apa?
Kerana jawatan dan wang.
Perjuangan asal dibelakangkan.
Perjuangan sekarang berasas kepada “apa aku dapat”.
Jalan mudah. Terima sahaja apa yang ditawar.
Jika ada sesuatu yang boleh hancur Melayu.
Mengutama apa aku dapat adalah cara hancur orang Melayu.
Kenapa?
Kerana mengutama apa aku dapat, membelakangkan kepentingan Melayu.
Lihat peristiwa jual tanah.
Ya. Jual tanah dapat duit.
Duit habis, tanah sudah tergadai.
Apa yang tinggal pada penjual. Nothing.
Lihat Melayu negara jiran.
Melayu lagikah negara mereka?
Jual tanah sama dengan jual hak.
Lama-kelamaan jual negara.
Tidak ada hak lagi.
Maka hancurlah Melayu.
Siapa yang salah?
Orang lainkah?
Pilihlah.
Parti kami ditubuh kerana kesedaran.
Rasuah menghancur bangsa.
Rasuah yang hancur orang Melayu.
Jika ingin dapat jawatan dan wang.
Pilih parti lain.
Jika ingin tebus maruah.
Jika ingin kekal hak kita.
Pilih parti kami.
Pilih PEJUANG.

BERITA DUNIA ISLAM

Letupan maha hebat di Beirut Lebanon! Setakat Kini korbankan 100 Jiwa. Respons segera Pres USA Donald Trump letupan itu menyamai ledakan bom yang maha terhebat.

Presiden Pakistan Imran Khan memasukkan Jammu Kasymir sebagai wilayah Pakistan sepenuhnya. Pakistan isytiharkan 2 wilayah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...