UMNO KINI >TERBUKA-MUNGKIN KERJASAMA DENGAN DAP&PAS

UALA LUMPUR: Peringkat akar umbi UMNO berpendapat peranan parti itu dilihat semakin mengecil dan akan terus tenggelam jika masih bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata perkara itu disampaikan sendiri oleh akar umbi parti pada mesyuarat bahagian yang berlangsung baru-baru ini.

“Rasa tidak puas hati terhadap BERSATU tidak dapat dinafikan lagi dan ini boleh dilihat apabila 142 ketua bahagian di seluruh negara menyatakan pendirian mereka tidak mahu bekerjasama dengan BERSATU pada pilihan raya akan datang.

“Jadi ini menunjukkan situasi politik sekarang yang mana UMNO di semua peringkat, menyatakan pendirian mereka tidak mahu lagi dengan BERSATU,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob yang meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Difahamkan, peletakan jawatan itu berkait dengan polemik politik yang berlaku ketika ini khususnya membabitkan hubungan kerjasama antara UMNO, BERSATU serta gabungan Perikatan Nasional (PN).

Justeru, Tajuddin yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tidak menolak sebarang kemungkinan untuk parti itu bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk PKR dan DAP.

Beliau berkata, ia bukan perkara yang mustahil memandangkan situasi politik tidak menentu yang berlaku ketika ini.

“Apa sahaja boleh berlaku dalam politik. Kita tidak boleh membuang sebarang kemungkinan. Ini tak habis-habis meratib ‘No Anwar, No DAP’.

“Sekarang ini UMNO merasakan seperti akan dikuburkan oleh perkembangan politik mutakhir ini kerana UMNO tiada kedudukan dalam kerajaan yang boleh membantu memperkasakan parti berbanding parti lain,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...