LEMAHNYA KEPIMPINAN KITA BILA TUNDUK PADA MUSLIHAT PENJAJAH!

Sejarah : Sultan Ali Shah Sultan Trengganu 1942 – 1945 (Sultan yang diturunkan Tahta)

KISAH SEJARAH MELAYU NUSANTARA

Izmal Karim

24 Jan 1914, di puterakan di Istana Tepi Bukit bersebelahan Bukit Puteri, Kuala Trengganu. Lebih di kenali sebagai Tengku Cantek ataupun nama sebenanya Tengku Ali, putera sulung dan di ikuti oleh Tengku Abdul Aziz, Tengku Asma, Tengku Abdul Rashid, Tengku Atikah, Tengku Azizah, Tengku Mariam dan Tengku Abdul Rahman yang merupakan putera puteri kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dan Tengku Ampuan Mariam Sultan Ahmad Pahang.

29 Jan 1942 dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda (Raja Muda) Trengganu oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dengan persetujuan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri. 26 September 1942, Sultan Ali Shah di tabalkan sebagai Sultan Trengganu yang ke 14 berikutan kemangkatan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada pukul 3.00 petang, 25 September 1942 di Istana Timur, Padang Negara Kuala Trengganu. Majlis pengisytiharan dan pengumuman telah dijalankan oleh Datok Bija Sura Sheikh Hassan Said Al-Yamani, Ketua Hakim dan Pengerusi Majlis Hal Ehwal Agama Islam Ngeri Trengganu.

Sultan Ali Shah hanya sempat berada di tampuk pemerintahan sehingga 5 November 1945. 10 November 1945, Sir Harold MacMichaeI selaku wakil British di Tanah Melayu memaklumkan status pemecatan Sultan Trengganu ini kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan di London kerana di syaki memihak kepada Jepun serta ‘unsuitability’. Peristiwa ini berlaku selepas British menguasai semula Tanah Melayu akibat Jepun tewas dalam Perang Dunia Ke -2. 27 Disember 1945, Akhbar The Times melaporkan Tengku Paduka Raja Ismail di lantik menggantikan Tengku Ali sebagai Sultan Trengganu yang baru.

Keributan yang berlaku dalam Kesultanan Trengganu ini hanya melibatkan keluarga Diraja dan Pembesar, namun rakyat jelata patuh menerima apa sahaja yang di tetapkan oleh Kerajaan Terengganu dan British ketika itu. Apa yang pasti pengganti Tengku Ali merupakan waris langsung kepada Sultan Zainal Abidin III sebagaimana termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Trengganu (1911).

Walau bagaimanapun apa yang telah berlaku tidak berupaya di pinda ataupun di ubah semula dari lipatan Sejarah Kesultanan Terengganu. Status serta perkhidmatan Tengku Ali sebagai Sultan yang ke-14 (26 September 1942 – 5 November 1945) dalam Kesultanan Terengganu tidak sepatutnya terus di sembunyikan dari Sejarah Kesultanan Terengganu. Kini pembaca, pengkaji serta peminat Sejarah (Kesultanan Terengganu) lebih bijak dalam menilai serta mengkaji berdasarkan pelbagai sumber yang ada.

Kepulangan British ke Tanah Melayu selepas Perang Dunia Ke-2 dengan melakukan tindakan drastik melalui penyingkiran 3 orang sultan dan raja melayu (Terengganu, Selangor & Perlis) yang di lantik pada zaman Jepun sebagai bukti cubaan awal penguasaan mereka dengan memperkenalkan “Malayan Union” pada tahun 1946.

Pada 5 November 1945 , seramai 13 orang kerabat diraja dan pembesar Terengganu mengadakan mesyuarat di Istana Maziah tanpa pengatahuan Tengku Ali sebagai Sultan Terengganu. Pada hari Ahad, 16 Disember 1945, beberapa orang kerabat diraja, menteri-menteri dan Hardley berhimpun di Istana Maziah tanpa pengetahuan Tengku Ali dan dalam perhimpunan ini mereka menistiharkan Tengku Ali tidak lagi menjadi Sultan Terengganu. Mereka yang terlibat diantaranya Umar Mahmud, Tengku Hitam, AbdulRahman, Muhammad Saleh Ahmad, Abu Bakar Mustafa, Tengku Embung, Abdullah, Abdul Kadir, Abdullah Yunus, Wan Muda Wan Ali, Tengku Hitam Hussein, Muhammad Hashim dan Tengku Wok. Diantara mereka hanya Tengku Wok sahaja yang pernah meminta maaf kepada Tengku Ali.

Penyingkiran Tengku Ali sebagai Sultan Terengganu pada 5 November 1945 berpunca daripada pelbagai sebab. Penyingkiran Tengku Ali disebabkan pendiriannya yang anti-British dan juga sebagai seorang yang ‘actively collaborated with the enemy or have acted or spoken against the allied cause’. Sungguhpun begitu, pada hakikatnya, penyingkiran Tengku Ali juga mempunyai kaitan dengan rancangan British untuk menjajah Negeri-Negeri Melayu melalui rancangan Malayan Union. Pihak penjajah British sedar bahawa tidak semua raja-raja Melayu akan menyetujui rancangan itu lebih-lebih lagi Sultan Terengganu yang terkenal dengan sikapnya yang anti-British.

Penyingkiran Tengku Ali dari tahta telah memaksa raja-raja Melayu lain mengubah pendirian dan akur kepada kehendak British. Nasib Tengku Ali bertambah malang apabila Menteri Besarnya sendiri, Dato Jaya Perkasa Che Da Omar Muhammad memihak kepada pihak berkuasa British. Seorang Pemerhati Pembesar menyingkirkan Tengku Ali itu sebagai ‘cara yang tidak sopan’. Walau apa pun yang berlaku terhadap dirinya, Tengku Ali masih menganggap penurunannya sebagai Sultan Terengganu pada tahun 1945 itu sebagai tidak sah kerana tindakan tersebut telah dilakukan tidak mengikut adab. Beliau menganggap bahawa ‘Kerabat-kerabat diraja dan pembesar-pembesar negeri (Jumaah Menteri) yang menurunkan saya telah terpedaya dengan permainan politik British. Saya memang tidak sukakan British, walaupun saya belajar di Oxford.

Setelah turun dari tahta Tengku Ali menjalankan pelbagai tugas untuk menyara kehidupan beliau dan keluarga dimana Tengku Ali pernah menjadi pemandu kereta sewa/teksi. Beliau juga pernah menjadi Tauke Wayang bergerak dari satu pekan ke pekan yang lain di seluruh Terengganu bersama anak sulungnya Tengku Abdul Halim.

Tengku Ali mangkat pada 17 Mei 1996 dalam usia 82 tahun. Perjuangannya mencari pengiktirafan sebagai Sultan Terengganu terputus ditengah jalan. Beliau dimakamkan di dalam kawasan Masjid Abidin, Kuala Terengganu.

Beliau pernah membawa kes Tahta Kerajaan Terengganu ke Mahkamah tetapi nasib tidak menyebelahi beliau. Apa yang terkilan di hati Tengku Ali adalah beliau tidak pernah diiktiraf sebagai Sultan Terengganu dimana seolah-olah selepas kemangkatan Sultan Sulaiman pada 25 September 1942, Terengganu tidak mempunyai Sultan sehingga bapa saudaranya, Tengku Ismail menaiki tahta sebagai Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 16.12.1945.

Semoga peristiwa ini di jadikan iktibar dan tauladan agar pada masa hadapan setiap tindakan itu perlu diperhalusi sebaik mungkin kerana kesannya amat besar dan boleh menyebabkan berlaku perpecahan di kalangan mereka yang terlibat.

Potrait Tengku Ali Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Trengganu dirakam pada tahun 1933. Namun tiada informasi tepat lokasi ataupun jurufoto serta studio yang bertanggungjawab.

“ Perbincangan secara ilmiah amat di alu-alukan namun sebarang Komen/Ulasan yang tidak berkaitan serta menggunakan perkataan yang ‘jelek’ akan di delete tanpa ragu-ragu “

Ulasan:

Penilaian dari posting ini, orang-orang Melayu Terengganu begitu teruja dengan Sultan Ali Shah yang ke 14 – (1942 – 1945) kerana sebelum ini sejarahnya di abaikan serta menjadi “Lompong” bagi tahun 1942-1945 dalam Sejarah Kesultanan Terengganu.

Perkongsian posting ini bertujuan memperkenalkan portrait Almarhum Sultan Ali Shah yang pernah bertakhta sebagai Sultan Terengganu yang di ke-14 dari 26 September 1942 sehingga 5 November 1945.

Disarankan kepada para pembaca sekalian, jika tiada informasi sahih ataupun bukti-bukti bertulis tidak perlulah berkongsi apa-apa yang tidak pasti kerana boleh menimbulkan fitnah kepada mereka yang terbabit.Harap maklum.

Rujukan :

1.Tengku Ali, British dan Takhta Terengganu. Nik Anuar Nik Mahmud. Jebat 28 (2001): 25-42.

  1. Pengakuan Tengku Ali Mengapa Saya Diturunkan Dari Takhta Terengganu.Wan Ramli Wan Mohamad.1993. Fajar Bakti, Kuala Lumpur.

3.Trengganu The Bendahara Dynasty Genealogy, Royalrk Website – Treng12.

4.Portrait Tengku Ali, 1933 – Tengku Ismail Su Collection.

5.Temubual dengan Waris & Keluarga Sultan Zainal Abidin III – Kuala Terengganu.

kredit : KISAH SEJARAH MELAYU NUSANTARA
Kesultanan Terengganu Islamiah Melayuwiah

PEDOMAN RAKYAT : JANGAN PILIH PEMIMPIN BONGOK

Effective leadership is more than just telling everybody to be like you!”Search ID:

Dulu-dulu yang memerintah tu kalau bulan raja pun askar. Raja ikut keturunan, askar ikut kekuatan. Yang jadirakyat tak campur, mereka tengok jauh-jauh sambil makan keropok dan sagon. Sekarang dah lain. Rakyat yang pilih siapa jadi ketua. Kalau yang bongok jadi ketua maknanya rakyat yang memilihnya adalah teramat bongok. Tak ada gunanya menasihat ketua yang bongok tu sebab dia sebenarnya bukanlah ketua, tapi pengikut. Dia hanyalah mengikut rakyat yg melantiknya. Dia bukan pemimpin. Dia takkan berani melawan rakyat , takut rakyat tak lantik pula. Dia bukanlah pemimpin yang boleh diikuti. Jadi kalau nak bagi nasihat bagilah kepada rakyat tu. Bila rakyat dah kurang bongok barulah kita akan nampak bilangan pemimpin bongok pun turut berkurang.

NURUL IZZAH: CETUSAN MENENTANG KEGELOJOHAN KN P. PINANG

Nurul Izzah on PSI projects: I’ve said my piece

By Audrey DermawanJune 10, 2021 @ 10:04am

Permatang Pauh member of parliament Nurul Izzah Anwar. - NSTP file pic
Permatang Pauh member of parliament Nurul Izzah Anwar. – NSTP file pic

GEORGE TOWN: With Penang adamant to push ahead with the controversial Penang South Islands (PSI) project, PKR’s Permatang Pauh member of parliament Nurul Izzah Anwar believes there are better options to be explored.

The latest round of debates on the PSI project, previously referred to as the Penang South Reclamation (PSR) project, came after Nurul Izzah called on the federal and state governments to cancel the mega reclamation project.

APA TINDAKAN BILA CHINA MERAH CEROBOH LAUTAN KITA?

Maritim Miri mengesahkan sebuah kapal Pengawal Pantai China (CCG) dikesan menceroboh perairan Malaysia berhampiran Beting Patinggi Ali yang terletak hanya 84 batu nautika di Pantai Miri. -Gambar hiasan

SHAH ALAM – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Miri mengesahkan sebuah kapal Pengawal Pantai China (CCG) dikesan menceroboh perairan Malaysia berhampiran Beting Patinggi Ali yang terletak hanya 84 batu nautika di Pantai Miri.

Memetik laporan Borneo Post, Pengarah Maritim Miri, Kapten Md Fauzi Othman berkata, laporan pencerobohan tersebut telah diterimanya pada Jumaat lalu.

APA SIKAP KITA? :INDONESIA KINI LEBIH BERDAYA MAJU MENGALAHKAN MALAYSIA!!!

Jokowi: 2021 Era Kebangkitan Ekonomi RI!

Chandra Gian Asmara, CNBC IndonesiaNEWS 25 February 2021 12:26   

Jokowi dalam acara CNBC Indonesia Economic Outlook dengan tema

Jakarta, CNBC Indonesia – Presiden Joko Widodo (Jokowi) menegaskan tahun 2021 merupakan era kebangkitan perekonomian nasional yang harus disambut dengan optimisme dan kerja keras.

Hal tersebut dikemukakan kepala negara saat memberikan pidato kunci dalam pagelaran CNBC Indonesia Economic Outlook 2021 yang digelar secara virtual, Kamis (25/2/2021).

“Tahun 2021 adalah masa recovery, masa kebangkitan yang harus kita sambut dengan optimisme, kerja keras, da penuh keberanian,” kata Jokowi

Jokowi mengatakan lembaga-lembaga keuangan dunia seperti Dana Moneter Internasional (IMF), Bank Dunia (World Bank) dan OECD telah memperkirakan pertumbuhan ekonomi Indonesia tumbuh positif di antara 4% – 5%.

“Kita harus membuktikan bahwa Indonesia bisa. Bisa lebih baik dari yang diperkirakan. Syaratnya sederhana. Energi bangsa harus bersatu dan fokus menangani krisis kesehatan dan mendongkrak ekonomi berkualitas.” tegasnya.

Jokowi mengatakan, kunci pemulihan ekonomi adalah upaya mengatasi pandemi. Mulai dari penanganan 3M, 3T, serta Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) Mikro akan terus dilakukan.

“Akan terus kita lanjutkan dan pada saat yang sama, sekarang kita besar-besaran melakukan vaksinasi,” kata Jokowi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...