APA KATA MEDIA ANTARABANGSA TENTANG KABINET MALAYSIA

Politics & Policy

Malaysia’s New Leader Carries Old Baggage – Kepimpinan Baru Kini Pikul Beban Lama

The third premier in less than two years resembles his troubled predecessor. That’s not a a promising beginning. 

Laporan media antarabangsa “Bloomberg” – DS Ismail Saberi Yaakob PM ketiga dalam masa 2 tahun lebih(2018- 2021) menaanggung beban masalah PM sebelumnya.Ini bukannya permulaan baik yang memberi harapan.

INDIA DI AMBANG PERUBAHAN – MALAYSIA BILA LAGI!

Bhim Army chief Chandrashekhar Azad launches political party

Named Azad Samaj Party.

MALAYSIA BILA LAGI MENGEDEPAN KAN PEMIMPIN MUDA – BIJAK-KUAT – WIBAWA-HEBAT!

Dunia menyaksikan perubahan. Ini berlaku apabila munculnya para pemimpin muda mengisi lapisan kepimpinan dunia.Kanada,New Zealand,Perancis, Pakistan,USA(Naib presiden Camilla) dipimpin oleh anak muda). Mengambil contoh daripada pemerintahan Islam, Nabi Muhammad diutus sebagai rasul di usia 40 tahun, Begitu Khalifa setelahnya. Abu Baker, Umar, Ali, Umar Abdul Aziz,Sultan Muhammad Al Fateh dll. Dunia menyaksikan kelahiran pemimpin muda yang menggempur dan menggerunkan dunia. Contohnya Fidel Castro, Pres Soekarno,Ho Chin Minh, Chao En Lai – Mao Ze Dong, Lee Kuan Yew, Mahathir Mohamed, Park Chong Hee, Nehru dsbnya. Malaysia menanti pemimpin muda yang berwibawa untuk mengenal ikan negara yang gawat kerana dipimpin oleh kepimpinan yang Lemah semanjak Tun Dr Mahathir bersuara pada tahun 2003. Dulu kita memiliki Tuan Abdul Razak. Pemimpin muda yang membuka Felda estet terbesar dunia,mebubuhkan Petronas, mengasaskan DEB, menggubal Dasar Pendidikan Kebangsaan.

BENARKAH DGN NAIKNYA PM BARU BERAKHIRNYA ERA PM BERLAGAK PRESIDEN

Selama 17 bulan berkuasa PM KE 8 berbuat sewenang-wenang. Dia boleh menukar speaker ikut seleranya, dia berjaya menghalang undi keabsahan, dia boleh menutup Parlimen, boleh berbuat kesewenangan dengan menggunakan kuasa darurat. Jelas ketara meski pun PM KE 8 mendapat kuasa yang besar hampir mutlak, kenyataannya beliau tetap gagal. Jadilah kerajaannya kerajaan yang gagal serba serbinya. Pengajaranya adakah PM kini akan mengulangi perkara yang sama. Ia datang daripada parti yang latar belakangnya kemarukan kuasa. Parti yang mentafsirkan kuasa mengikut selera kesewenanganya. Sering bertindak dengan luwes untuk menghalalkan cara. Tanpa membenarkan semak dan imbang secara telus untuk memperbetulkan pemborosan dan salah tadbir. Kesannya ekonomi kita merudum. Tulisan Liew Chin Tong amat wajar dibaca dan ditelaah tentang kedudukan kuasa PM seperti presiden berdasarkan tindak tanduk PM sebelumnya terutama era Tun Dr Mahathir dan PM KE 7 dan ke 8.Ini adalah gambaran di belakang tabir apa yang berlaku di bawah UMNO. Kini UMNO kembali berkuasa semula dibawah PM 9 DS Ismail Sabri Yaakub. Semoga beliau insaf dan sedia keluar daripada latar tersebut dan MENCIPTA sejarah baru jika UMNO ingin terus menawan hati pengundi terutama generasi muda.

SUARA PEJUANG MUDA PKR-CETUSAN RAFIZI RAMLI

Penimbal Presiden PKR RAFIZI Ramli menggesa PKR melabuhkan pengaruhnya di kawasan Melayu luar Bandar. Tujuannya demi melebarkan pengaruh PKR ke sasaran kawasan UNDI majoriti MELAYU. Strategi dan kepimpinan PKR jangan hanya berteriak di parlimen sahaja. Mereka harus menunjukkan penglibatan memberi nafas baru ekonomi rakyat luar supaya hidup semula pasca Covid 19.Inilah cabaran besar untuk memennangi heart and mind of the people HATI DAN FIKIRAN RAKYAT yang dahaga kan cara formula keluar daripada masalah ekonomi yang parah kini.

KENAPA DSAI HARUS JADI PM?

PM Pertama yang masuk penjara kerana motif politik untuk menghalang peluang ya ke puncak kuasa. Sebaris dengan Nelson Mandela, Sukarno, Erdogan.

Bakal PM 1 BERMULA seorang pendidik Pengasas YAYASAN ANDA, tokoh penggerak Islamisasi – Bank Islam, Universiti Islam, ISTAC dll.

Pemimpin bertaraf antara bangsa yang dikenali dunia. Termaklum memberi impak yang terbaik dalam hubungan antara dan disegani dunia.

PM Pertama mewakili parti generasi muda dan parti berbilang kaum yang mewakili citarasa Malaysia Baru yang menolak perkauman melampau dan ras istimewa.