Nama LAUT CHINA Selatan sesuatu yang sangat cuai, meleset dan mengundang masalah . Ia membuka ruang untuk China yang agresif untuk meceroboh ke wilayah Malaysia dengan leluasa. Mengapa?…. kerana nama itu menunjukkan hak China. Sedang negara jiran Vietnam telah menamakan laut terdekat dengan wilayahnya LAUT Vietnam TIMUR. Manakala Filipina menamakannya LAUT Filipina Barat. Luang yang lohong dan masih kosong ialah hak Malaysia masih terkial-kial untuk me namakannya dengan nama yang menunjukkan nya hak kita. Kita begitu naif mengiktirafnya sebagai LAUT CHINA SELATAN. Berulang kali RRC menceroboh perairan kita dengan leluasa. Malaysia masih buat dak aje seperti tidak peka dengan hak kedaulatannya. Sedangkan Indonesia yang jauh ke Selatan berbanding Malaysia menamakan laut terdekat dengan kedaulatannya dengan nama LAUT NATUNA UTARA. Mengapa Malaysia mengambil SIKAP lonyai seperti memandang enteng dengan hak kedaulatan negara. Sedangkan laut tersebut hak kedaulatan Malaysia.Mengapa tidak menukar nama LAUT itu dengan nama yang menujukkan kedaulatan negara iaitu LAUT MALAYSIA atau nama sebenar LAUT Sunda kerana ia berada di atas pentas Sunda? Ia tak ada kena mengena hak China. Mesti dikaji mengapa kita begitu naif sehingga lemah longlai dalam menegakkan maruah kedaulatan bangsa dan Negara berhadapan dengan pencerobohan berulang kali China. Kelemahan itu terbayang dalam kenyataan Hishamudin yang nenganggap China sebagai BIG BROTHER!!!
Penceroboh China “Da Yang Hao” Tinggalkan Perairan Malaysia
Data daripada aplikasi pengesanan kapal menunjukkan bahawa kapal seberat 4,600 tan milik China itu itu kini dalam perjalanan menuju ke arah utara, lebih dari 200 batu nautika di bahagian barat Filipina.
By Admin On Oct 19, 2021
