FELDA PERLUKAH DI BURSA SAHAMKAN SEPERTI UDA ?

RESOLUSI    KONVENSYEN

        HALATUJU  FELDA TOLAK

  CADANGAN PENYENARAIAN  FGVH

Oleh Mohd Farhan Darwis

April 22, 2012

 

MAZLAN BERKATA :

 SUATU PERHIMPUNAN RAKSASA AKAN DIADAKAN SEKIRANYA KERAJAAN TETAP BERKERAS AKAN MENYENARAIKAN FGVH.

 SHAH ALAM, 22 April — Konvensyen Halatuju Felda hari ini dalam resolusinya sebulat suara menolak cadangan penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) oleh kerajaan yang dijangka bakal dilaksanakan awal Jun tahun ini.

  • Menurut pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman, pihaknya bersama gabungan NGO-NGO bersepakat untuk menolak penyenaraian. Tindakan itu akan menganiaya peneroka Felda.
  • “Resolusi Konvensyen Hala Tuju Felda hari ini bersepakat menolak rancangan penyenaraian FGVH. Malah, kami juga bersepakat mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) mengkaji semula masalah berbangkit berkenaan hutang yang dihadapi 170,000 peneroka,” tegasnya ketika membacakan resolusi tersebut di hadapan kira-kira 800 peserta di sini.
  • KONVENSYEN BERKENAAN JUGA BERSETUJU SUPAYA TANAH FELDA SELUAS 360 RIBU HEKTAR DIAGIH-AGIHKAN KEPADA GENERASI KEDUA, DAN KETIGA TANAH RANCANGAN TERSEBUT.

  • “Konvensyen juga bersetuju untuk mengagih-agihkan tanah peneroka kepada generasi kedua Felda supaya mereka juga akan beroleh manfaat daripada tanah tersebut.
  • “Felda perlu mewujudkan universiti sendiri. Dengan ini ia akan menjimatkan perbelanjaan Felda berbanding menghantar mereka ke institusi pengajian tinggi lain.

“Kami juga mendesak BN selesaikan masalah berbangkit peneroka sebelum PRU dijalankan. Jika tidak, resolusi memutuskan, pakej sama akan dikemukakan kepada PAKATAN RAKYAT,”  “Konvensyen hari ini akan menghasilkan satu resolusi yang akan diserahkan kepada Perdana Menteri supaya beliau mampu mempertimbangkan keputusan tersebut.

“Kami sudah melakukan segala usaha,  menghalang penyenaraian ini. Daripada media, hinggalah kepada konvensyen hari ini.

SEKIRANYA PM MASIH LAGI TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN, KAMI AKAN MENGGERAKKAN 1.6 JUTA PENEROKA DARI SELURUH NEGARA UNTUK MENGADAKAN PERHIMPUNAN RAKSASA SEBELUM PILIHAN RAYA BAGI MENGHALANG PENYENARAIAN,” TEGASNYA LAGI.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “FELDA PERLUKAH DI BURSA SAHAMKAN SEPERTI UDA ?

  1. Pendedahan surat Dr. M mengecewakan pebkangmang01/03/2012 6:30pmKUALA LUMPUR 1 Mac Tindakan kerajaan menyiarkan kepada umum tiga pucuk surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri rejim Tel Aviv, semalam pasti sangat mengecewakan pebkangmang.Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata surat yang jelas menunjukkan ketegasan Malaysia terhadap kekejaman rejim Zionis itu pastinya mematahkan fitnah yang direka-reka oleh pebkangmang terhadap kerajaan.”Kini puak Anwar terpaksa kena proses fitnah baru pula, katanya mengenai surat itu, yang jelas menunjukkan Malaysia menolak hubungan diplomatik dengan rejim Zionis itu malah tidak mengiktiraf rejim penjajah yang menzalimi rakyat Palestin. BERNAMA

    • Mengapa harus terkongkong dalam kerangka pemikiran Dr M yang mengongkong. Dia saja yang betul orang lain semua salahJelas daripada tindak tanduknya tidak sensitif dengan kehendak Islam dan ketuanan Melayu seperti menolak hukum syariah wp perlembagaan mengatakan dengan jelas Islam adalah agama bagi persekutuan. Sepatutnya mahkamah syariah berfungsi selaras dengan mahkamah sivil. Orang Islam bebas untuk meilih hendak dibicarakan di mahkamah syariah atau sebaliknya. Malaysia adalah negara kapitalis yang mengamalkan ekonomi bebas sebebasnya sehingga menghilangkan apa jua kepentingan Melayu yang terjamin dalam perlembagaan seperti tanah simpanan Melayu dan tanah felda. Masalahnya apa jua yang datang daripada pembangkang yang juga rakyat Malaysia yang cinta dan bertanggi]ung jawab kepada negaranya di tolak mentah dikatakan fitnah. Apa jua yang datang daripada pemerintah dikata sahih dan betul.Inilah bentuk pemikiran feudal yang pekat mengcengkam rakyat Malaysia walau pun telah merdeka. Ini bukan demokrasi.Ini adalah panutan dan ketaatan buta tuli. Sesuaikah lagi duduk di bawah tempuran dalam dunia yang telah terbuka. Jika selesa teruskan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *