PEMBANTAIAN UMAT ISLAM MYNMAR – OIC TAK BERKUTIK KE ?

Sungguh malang umat Islam di Asia Tenggara. Jumlahnya besar mencecah 300 juta. Mereka langsung tak berbuat apa apa. Tak ada reaksi pun untuk menolong saudara seIslamnya.

Dulu siang malang diganasi oleh pemerintahan junta tentera. Kini dizalimi dengan lebih ganas oleh pemerintah demoKrasi Mynmar. Apa dah jadi pada jiwa umat Islam yang mengucap LAILAHA ILLAH.

Ada 3 buah negara majoriti Muslim  anggota ASEAN yang umat Islam adalah majoritinya. Indonesia dengan 250 umat Islam, Malaysia 20 juta dan.Campur  Brunei 1 juta, Selatan Filipina, Selatan Thailand majoriti penduduk Islam adalah majoriti. Kenapakah jadi begini ? Misalnya bila umat Islam di TAKBAI diganasi dengan kematian yang tinggi pada tahun 2005/ 2006 Malaysia mengambil sikap yang sangat lunak terhadap Thailand.

Langsung tak memanggil duta Thailand untuk serahkan nota bantahan. Nota bantahan pun tidak dibuat atau tindalan keras menutup kedutaan Malaysia di Bangkok dan menghalau duta Thailad keluar Malaysia. Ini tanda kita memperotes secara keras atas penganiayaan umat Islam di seberang sempadan berhampiran dengan Rantau Panjang Kelantan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *