PERCUBAAN RAMPASAN KUASA DI TURKI- SYABAS ! RAKYAT BANGUN MEMENUNI LAPANGAN UNTUK MENGGALANGNYA

Pagi ini Sabtu 16 Julai 2016,  waktu subuh ada percubaan daripada pihak tentera Turki untuk menggulingkan Presiden Turki yang sah RECEP THOIYYIB ERDOGAN. Perkara ini sering berlaku dalam politik Turki.Lebih lebih lagi apabila parti yang menang mirip atau cenderung Islam.Sebelumnya  sebelum naiknya Erdogan ke tapak kuasa yang mirip kepadar nilai nilai Islam telah digulingkan. Beliau bukan sahaja dinyahkan bahkan  dipenjara.

Tenyata ERDOGAN ahli siasah yang bijak, beliau menggesa rakyat turun ke jalan raya untuk menggalang tindakan di luar DEMOKRASI dan jelik itu?

Mengapakah ini berlaku ? Kita lihat episod episod yang  instan berlaku sebelum percubaan coup de tat ini.

Lapangan terbang Turki telah dibom oleh pengganas. Tuduhan dibuat ISIS/ DAESH  terlibat. Siapakah dibelakang ISIS sehingga begitu berkuasa memiliki senjata canggih dan perancangan rapi. Di belakangnya sudah pasti kuasa hebat yang menguasai dunia.Pengeboman itu dibuat untuk memusnahkan ekonomi pelancongan Turki yang sedang membumbung !

Mengapakah ini berlaku ?

Sebelumnya Turki termasuk dalam blok Amerika dan bertindak menembak jatuh pesawat tentera Rusia yang menceroboh masuk ke ruang angkasanya.

Selepasnya Turki memohon maaf atas tindakannya dan permohonan maafnya di terima Pres Rusia Vladimir Putin.Turki kembali berbaik baik dengan Rusia.

Tindakan ini sudah pasti dianggap sebagai permusuhan dengan ADI KUASA TUNGGAL DUNIA.

Maka selepasnya berlaku tindakan mengebom lapangan terbang Istanbol.Ini sebagai amaran awal bahawa perang akan tercetus jika Turki berani menyeberang ke blok yang tidak disenangi NATO dan …………..

Kini percubaan telah dibuat untuk menggulingkan Pres Erdogan untuk mengubah dasar kembali bernaung di bawah blok yang menentang musuh NEW WORLD ORDER.

Kedudukan Turki di muka Laut Hitam sangat strategik bagi geo politik Rusia dan paksi Imperialis/ Kapitalis/ Hegomoni  Barat.Turki adalah penghubung di antara Eropa dengan Timur Tengah, wilayah yang sentiasa bergolak.Perang sedang meledak di Syria.

Turki penting bagi NATO untuk mengepung dan menutup laluan angkatan laut Rusia keluar ke laut.

Turki penting bagi Rusia sebagai sahabat untuk menyekat kemaraan ADI KUASA DUNIA menyerang Rusia.

Kini Eropah Timur yang dulunya sekutu Rusia dalam Pakatan Warsaw telah menyebelahi NATO dan menjadi  anggota EU. Rusia sedang dikepung dan senjata senjata balistik terbesar ditalakan kepadanya untuk tujuan provokasi.

Pendirian Turki kini  di bawah pimpinan Erdogan sangat menimbulkan kemarahan BARAT dan NATO yang diperalatkan oleh ADI KUASA TUNGGAL DUNIA yang sengaja mewujudkan PERANG untuk memulihkan ekonominya yang merudum.

Syabas rakyat Turki kerana bangun menggalang rampasan kuasa. Coup de tat yang didalangi oleh kuasa kuasa luar. Mreka yang mahu menjadikan Turki kuasa yang tunduk kepada kepentingan luar seperti Mesir, Libya dan kebanyakan negara negara beraja di Timur Tengah.Ingat apa yang berlaku ke atas Pres Morshi yang digulingkan oleh tentera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *