BARAKAH SOLAT SUBUH MENYELAMATKAN ERDORGAN DARIPADA DIGULINGKAN !

ERDOGAN sejak daripada awal mempersiapkan agenda para remaja bersolat subuh di masjid. Masjid yang lengang sunyi tetiba memenuhi ruang sehingga seperti solat Jumaat.Itulah kehebatan Turkey setelah berubah daripada rejim totok SEKULARISME warisan MUSTAFA KAMAL ATATURK menjadi kerajaan yang mengutamakan syiar syiar Islam.

Kini ternyata hasil daripada dakwah sepatutnya telah berjaya  membangun jutaan remaja bersolat subuh sebelum bekerja pada setiap hari. Mereka dianjur tidur awal, tidak lagi  berpoya poya hingga  larut malam.

Dalam COUP DE TAT semalam para remaja dan rakyat mula  tersedar apa yang berlaku. Mereka dengan cepat menggenangi jalan raya. Mereka bertindak menghalang pergerakan tentera dan kereta kereta kebalnya.Langkah yang tepat telah menyelamatkan keadaan.

Cuba fikirkan jika rakyat dibuai budaya berpeleseran ala barat dan mabuk dengan arak sepanjang malam. Sudah tentu mereka akan bangun lewat. Apabila sedar negara telah pun dikuasai rampasan kuasa yang didalangi pihak asing. Itulah barakahnya solat subuh.

Bayangkan  jika umat Islam bangkit tahajud pada setiap malam. Ibadat menjadikan ubat Islam siap siaga pada setiap ketika. Tidakkah Islam itu menjadikan umat Islam melaksanakan hablun minallah wa hablun minannas. Pertolongan Allah telah menyelamatkan Turki dari kebinasan hasil pengkomplotan rampasan kuasa yang didalangi oleh pihak asng.

Mereka tidak senang dengan kebangkitan Turki sebagai kuasa ekonomi yang setanding dengan negara negara Barat.Dulu mereka menggelar Turki sebagai THE SICK MAN OF EUROPE, kini Turki telah berubah menjadi bukan sahaja negara sihat Eropa malahan negara yang perkasa dan kaya raya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *