NASIHAT SESAMA MANUSIA SEBELUM MENGADAP ILAHI !

Maksud Surah Al Kahfi surah ke 18 ayat 46:

Harta dan anak anak adalah perhiasan kehidupan di dunia tetapi amalan amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan

Nabi Muhammad saw dalam hadis yang masyhur menyatakan apabila mati anak Adam  terputus daripadanya segala amalan kecuali 3 perkara:

1. Sedekah jariah semasa hidup

2. Amal soleh yang beliau lakukan sepanjang kehidupan

3. Doa daripada anak anak yang soleh

Baru baru ada satu entri yang menarik.Entri itu  berkait dengan perkara di atas. Nasihat itu daripada orang paling berkuasa di atas muka bumi pada suatu ketika dahulu.Siapakah beliau ? ALEXANDER THE GREAT raja yang berkuasa di atas muka bumi pada suatu ketika dahulu. Pernah disebut riwayatnya dalam Al Quran dalam surah Al Kahfi.

Peringatan itu ditujukan kepada  orang yang paling kaya, nasihat kepada orang orang yang angkuh dan sedang berkuasa selepasnya, amaran   kepada para ulama yang memegang amanah rasul supaya berkata dengan lidah yang benar.Alexander The Great menyampaikan 3 wasiat penting  sebelum meninggal  dunia :

PERTAMA Mayatku ini hendaklah diusung oleh para tabib/ doktor sampai ke liang lahad. Apakah mesejnya ? Mesejnya ialah beritahu kepada manusia seantero dunia apabila ajal telah tiba, ikhtiar para doktor adalah sia sia. Ia tidak bergunaia lagi. Ia  tidak akan  memanjangkan usia.

KEDUA : Sepanjang laluan mayatku itu hamburkanlah segala  harta peninggalan ku ini. Mesejnya ialah harta benda tidak boleh di bawa mati dan ia  tetap akan kekal di bumi. Ia tidak berguna lagi untuk si mati yang sedang dibawa pergi, melainkan ditukar menjadi amalan.

Image result for alexander the great the great words

KETIGA – Biarkan tanganku terkulai untuk dilihat oleh umat manusia. Bahawa  aku pulang ke haribaan Tuhan dengan tangan kosong.Aku tidak lagi berdaya berbuat apa apa selepas ini di hadapan Tuhanku melainkan apa yang telah aku lakukan semasa hidup

Alexander 1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *