BERITA RINGKAS DI SANA SINI

MASA DEPAN POLITIK PAKATAN HARAPAN DI P.PINANG

Kata pengulas politik tanah air,  Mohd Sayuti Omar P.Pinang hindarkan PRN secara tergesa gesa. Kerajaan negeri sangat kukuh. PH yang ditunjangi DAP, memerintah dengan majoriti melebihi  2/3 ( 30 kerusi ). DAP menang 100 %. Tanding 19 kerusi menang 19 kerusi.Apa kemenangan yang nak dikejar  lagi ? Kemenangan gemilang berturut  dari 2008 – PRU  2013 di kawasan majoriti China, PKR menang 1O  kerusi dan PAS kini AMANAH 1 kerusi di kawasan majoriti Melayu.

PKR jangan ikut rentak dan emosi DAP secara melulu dalam  isu LGE  yang dituduh rasuah.Dalam situasi kini, sangatlah mudah  UMNO   mengekploitasi isu perkauman, politik kebencian yang ditiup dengan kencang. Itulah modal utama politik perkauman dan kebencian yang UMNO sering mainkan. PKR boleh terjebak dan sukar  menangkis isu ini. Bahan yang diputar belit oleh media rasmi dan propaganda BN.

10 kerusi DUN yang PKR kuasai  pun besar kemungkinan akan  hilang kepada UMNO  terutama di kawasan Melayu. Ada banyak isu yang berpihak kepada mereka yang menimbulkan kemarahan Melayu terhadap  DAP. Terutama isu kampung kampung Melayu yang tak dipedulikan langsung oleh PKR. Calon bukan Melayu PKR di kawasan bukan Melayu boleh dikekalkan. Kemenangan calon PKR mewakili Melayu goyang, tercabar. Penilaiannya ialah prestasi dan rekod PKR sepanjang 8 tahun di P.Pinang amat buruk. PKR mengikut persepsi rakyat menjadi passenger DAP. Jawatan TKM 1 tidak membuktikan kekuatan untuk membela kepentingan Melayu yang hampir tenggelam dalam agenda pembangunan yang begitu marak di P.Pinang. Semua kampung kampung Melayu terancam.

Mereka hendak pergi ke mana ? KN membiarkan mereka menyelesaikan masalah mereka secara persendirian berhadapan  dengan pemaju. Peranan TKM 1 sangat tidak ketara untuk berfungsi dengan baik. TKM 1 Rashid Hasnon akan jadi sasaran jika PRN dijalankan. PKR akan terperangkap dalam permainan kuasa untuk menyelamatkan seorang LGE.DAP akan menang besar. Apa akan jadi kepada PKR ?  Politik kebencian dan kemarahan akan disasarkan dan diledakkan kepada PKR yang dianggap sebagai kuda tunggangan DAP.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *