GREAT BRITAIN DAULATKAN BAHASA MELAYU !!! – ENTAH KE MANA SLOGAN BAHASA JIWA BANGSA

1904045_735095526508965_1014566207_nOLYMPUS DIGITAL CAMERARAF Patch Royal Air Force 100 Squadron Crest Canberra PIbahasa copySumbangan dalam pendidikan Sebelum menjawat jawatan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein telah  banyak memberikan sumbangan antaranya dalam bidang pendidikan.  Pada tahun 1955, kerajaan perikatan telah membentuk sebuah Jawatankuasa Pelajaran yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak selaku Menteri Pelajaran ketika itu.

Tindakan awal Tun Razak apabila memegang jawatan tersebut adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Beliau mendapati sekolah-sekolah Melayu serta sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak memberi sebarang keuntungan kepada pembentukan masyarakat yang bersatu padu sebaliknya mewujudkan perbezaan ras dalam masyarakat pelbagai kaum.

Hasil usaha Tun Razak, telah membawa kepada terhasilnya Penyata Razak pada tahun 1956, yang berjaya menyatupadukan sistem pelajaran untuk membina sebuah bangsa  yang bersatu padu dengan harapan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa pengantar utama.

Penyata Razak telah mengemukakan dua elemen penting dalam dasar pendidikan, iaitu sistem persekolahan yang sama untuk semua dan penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Beliau menganggap bahawa dasar tersebut mampu menyuburkan semangat perpaduan negara. Penyata Razak kemudiannya dijadikan Ordinan Pelajaran 1957.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *