ZAABA PEMIKIR BESAR ALAM MELAYU- INTELEKTUAL PERTAMA MEMBICARAKAN PUNCA KEMISKINAN MELAYU DAN KEMUNDURAN EKONOMINYA !

sejarah

Generasi kini mungkin telah melupai Zaaba. Beliau anak kelahiran Negeri Sembilan. Anak kampung masuk darjah satu ketika berusia 12 tahun pada tahun 1907. Selepas itu menempuh pendidikan sekolah menengah Inggeris secara bertahap sehingga ke darjah pendidikan yang tertinggi pada ketika itu. Beliau menjadi guru di English College Johor Baharu, kemudian di Sekolah elit untuk anak aristokrat Melayu, jadi penterjemah, penulis buku dan penulis yang sangat prolifik pada zaman mudanya.

Soalnya daripada manakah Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih terkenal ZAABA mendapat idea idea  pembaharuan.yang segar untuk membangunkan pemikiran ke arah kebangkitan  bangsanya  Bermula pada tawal tahun 1920an hingga ke tahun tahun 1930an.Selama 20 tahun Zaaba menulis berbagai karya untuk mendobrak pemikiran fuedal Melayu yang lapok dan umat Melayu yang terperuk.Zaaba yang berlatar belakangkan persekolahan Melayu, pendidikan agama – bahasa Arab dan sekolah Inggeris  hingga ke peringkat  Senior Cambridge pada tahun 1915.

Tiba tiba muncul menjadi intelektual yang kritikal dan  sensitif terhadap nasib bangsanya.Ia terkeluar daripada jalur aristokrat dan elit Melayu yang selalu memuja muja penjajah Inggeris atas nikmat pendidikan yang diperoleh. Dengan pendidikan tinggi Zaaba semakin tajam pemikirannya  terhadap kesan penjajahan terhadap peribumi. Berbanding dengan intelegensia didikan barat yang terlalu terpesona dengan tamadun baru lalu melupai kedaifan bangsa sendiri.Zaaba bukan daripada jenis kacang lupakan kulit.

Beliau sangat insaf bahawa Melayu sedang melarat di tanah airnya sendiri. Bermula apabila  penjajah Inggeris memperkenalkan ekonomi free interprise dan kapitalisme.Zaaba menggambarkan negeri negeri Melayu telah diambil alih oleh orang orahg asing di bandar bandar utama.Melayu pada tahun tahun 1930an terperosok di sudut sudut bahagian yang jauh daripada kemajuan.

Sekali lagi daripada manakah Zaaba menerima seruan pembaharuan yang mencelikkan akal budi dan menimbulkan idea pembaharuan untuk melihat apa yang terjadi ke atas bangsanya. Mereka yang sedang lena. Pribumi yang sedang dibuai mimpi. Langsung  tidak sedar bahawa mereka sedang dijajah dan terjajah dengan beratnya. Tanah air mereka sedang dieksploit, hasil buminya sedang dikeruk dengan rakusnya.

Sedang mereka terbiar dalam lembah kemiskinan. Pada ketika itu Melayu daif dalam segala segi terutama pendidikan. Pandangan agamanya juga cetek dengan memandang ke akhirat semata mata. Seolah olah dunia ini milik orang kafir semata mata. Zaaba tertarik idea PAN ISLAMISM yang dicetuskan oleh para REFORMIS/ GOLONGAN TAJDID / ISLAH/ PEMBAHARUAN daripada Timur Tengah.

Diasaskan oleh Sayyid Jamaluddin Al Afghani, Syeikh Muhammad Abduh dan Rashid Redza. Pemikiran mereka yang segar di bawa ke Alam Melayu di bawa ke Tanah Melayu oleh Syed Sheikh Al Hadi dan Sheikh Tahir Jalaluddin. Zaaba dengan pengetahuan bahasa Arab telah berguru kepada mereka. Ia mencerap idea idea pembaharuan tersebut daripada bacaan yang luas dalam bahasa Arab dan Inggeris.

afghani_abduh_redha

formatfactoryreformis-melayu-1024x723

zaba-1

fb_img_1473957356591

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *