INFO PERKEMBANGAN SEMASA SIASAH – SIMPANG PERENANG HALUAN NEGARA

received_10206478172667629

Kata MB Johor Datuk Khalid Nordin semasa mesyuarat MKT UMNO :

Akuilah UMNO sedang bermasalah  dan parti dalam keadaan tidak baik. Kepimpinan DS Najib sedang dipersoalkan daripada segala segi dalam menangani pelbagai masalah besar negara !

Apa jawapan Nazri Aziz :

Deklarasi Rakyat dakwa dapat sokongan 1.3 juta rakyat untuk tolak Najib

Tidak ada masalah untuk kita dapatkan sokongan 3 juta rakyat Malaysia untuk menyokong kepimpinanan Datuk Sri Najib.

Soalnya sokong untuk apa ? Adakah sokong untuk  teruskan urus tadbir negara yang terburuk, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa.

Mesti jelas sokong dan tolak untuk apa ? Mengapa main politik buta tuli dan politik bendul seolah olah semua rakyat bodoh dan rela diperbodohkan.Cukup, cukuplah sudah dengan politik pembodohan dan melulu sebagai alat untuk terus berkuasa.

fb_img_1474252822356

Kata Haji Hadi Presiden PAS , AMANAH akan melutut kepada PAS.

Jawap Sallehuddin Ayob :

Kami tidak melutut kepada sesiapa melainkan Allah. Penubuhan AMANAH bukan untuk melutut kepada sesiapa. Sebab itu kami tubuh AMANAH.

AMANAH adalah parti Islam yang melihat ke hadapan.  PAS telah menjadi  parti Islam yang jumud dan taksub. Keterlaluan dalam memuja individu dan golongan yang mendakwa Islam itu hanya  hak kepunyaan mereka. PAS telah menjadi sebuah parti  eksklusif. Menganggap mereka sahaja ulama dan punyai autoriti  tertinggi dalam Islam. Orang lain mesti menurut titah perintah mereka secara melulu tanpa soal. Sama seperti UMNO..

Hakikatnya mereka telah ketinggalan zaman dan bersifat menghukum secara buta tuli. Keadaannya sama  tak ubah seperti UMNO. Terlalu fanatik kepada pemimpin tertentu sahaja.

AMANAH tertubuh untuk membawa mesej Islam yang lebih terbuka dan bertanggung jawab terhadap masa depan umat Islam. Islam terlihat membawa rahmatan lil alamin. Kebaikan  kepada semesta alam terutama untuk umat Islam di Malaysia dan di Nusantara.

Kata Husam Musa ADUN Salor :

Jangan kecam PAS, kita tawarkan pilihan yang terbaik untuk rakyat memilih. Best man win. Rakyat berhak memilih yang terbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *