MENJENGUK KE TERATAK ZAABA : MENELUSURI 100 TAHUN KEMUNCULAN SANG REFORMIS BANGSA !

sejarah

ZAABA KEMUNCULANMU DITUNTUT ZAMAN BUAT MEMBANGUNKAN UMAT YANG TERLENA. UMAT YANG  MASIH DIBUAI MIMPI.MEREKA DALAM KEMAMAIAN,  YAKIN KONONNYA  MELAYU  MASIH BERKUASA DI TANAH AIR SENDIRI. . SEDANGKAN TANAH MELAYU SUDAH DIMILIKI ORANG  ASING DARIPADA SEGENAP JURUSAN DAN SEGI. ITULAH MAKNA PENJAJAHAN SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG. TANAH, HASIL BUMI, INSTITUSI, POLITIK , EKONOMI DAN SOSIAL TELAH DIKUASAI, DIMILIKI DAN DITENTUKAN OLEH ORANG DAN PIHAK ASING.

ZAABA MEMBAWA MESEJ  KEPADA BANGSANYA SEDARLAH BAHAWA KEDUDUKAN MEREKA SEDANG  DIBULI, DIPERMAINKAN DENGAN MEMPERGUNAKAN SENI POLITIK BERALAS DIPLOMASI   OLEH KUASA PENJAJAH DUNIA, YANG TERKUAT  DI MAYAPADA”GREAT BRITAIN”. BAYANGAN KESANNYA MASIH TERASA HINGGA KINI WALAU PUN SELEPAS  6 DEKAD MERDEKA.

SEGALA AKTA, UNDANG UNDANG DAN INSTITUSINYA MASIH DIGUNA PAKAI. DEMI MENEKAN HAK  DAN KUASA RAKYAT UNTUK  BERSUARA. USAHA MEMPERBETULKAN SEGALA YANG TEMPANG DAN SERBA MENEKAN. TANDA  KESADARAN DAN KEBERTANGGUNG JAWABAN RAKYAT DALAM SEBUAH NEGARA MERDEKA SENTIASA TERSEKAT.LAMBANG PENGONGKONGAN KUASA OLEH ELIT KEKUASAAN YANG BERTERUSAN WARISAN ZAMAN PENJAJAHAN.

SIFAT KETERGANTUNGAN   MELAYU KEPADA PIHAK TERTENTU TERUTAMA PIHAK BERKUASA SANGAT KETARA. HINGGA KINI. MEREKA SENTIASA MEMERLUKAN TONGKAT HIKMAT UNTUK REBUT PELUANG KEKAYAAN DENGAN RAKUS MENGGUNAKAN LALUAN ISTIMEWA. TANPA BOLEH BERDIKARI, PERCAYA PADA DIRI SENDIRI WALAU PUN TELAH DIBANTU, DISELAMATKAN BERULANG KALI. SESUDAH MENDAPAT PELUANG, MEREKA MASIH SUKA MENJUAL HAK. GAGAL MENJADI PENYUMBANG SEBENAR EKONOMI MAMPU DIRI, BUKTI SIFAT BANGSA MANDIRI YANG SEJATI.

Zaaba pertama kali muncul di pentas sejarah sebagai penulis berbisa buat bangsanya mulai tahun 1916. Kini  tahun 2016, kita mengingati 100 tahun kemunculan  ZAABA di pentas zaman. Sebelumnya belum   pernah ada penulis dan aktivis yang seberani beliau. Pencinta dan wira bangsa yang hemoi dan lantang ini. Istiqomah dan konsisten   mengkritik bangsanya selama 20 tahun. Dilakukan secara telus dan gamblang hingga ke tulang som som.  Bahawa banyak masalah orang Melayu berpunca daripada kelemahan sifat  bangsa Melayu itu  sendiri.

Ini berlaku akibat  pengabaian para pemimpinnya yang pentingkan diri dalam mempertahan  kedudukan. Bahawa mereka kelas iistimewa yang kebal dan pantang dikritik  atas pengabaian dan kemungkaran  yang dilakukan ke atas bangsanya. Sedangkan kedudukan dan pangkat yang dibangga banggakan sangat itu  adalah perhiasan dan ujian dalam kehidupan  dunia. Sesuatu  yang bersifat sementara. Hakikatnya   tak ke mana pun.Apa yang dituntut ialah jasa pengorbanan dan kepimpinan untuk memulihkan kedaifan bangsa.

Caranya menerusi suri teladan yang unggul, sifat amanah, membentangkan realiti dan keadaan sebenar kedudukan bangsa di era mutakhir  di pentas zaman  Paling penting kebijaksanaan dalam memimpin bangsa menuju kejayaan dunia dan akhirat. Langkah strategik menghadapi persaingan semasa berhadapan dengan kaum imigran.

Hakikatnya pada tilikan Zaaba  pada zamannya, umat Melayu dan pemimpinnya  amat sombong dan megah diri. Mereka  tidak sedar bahawa Melayu sedang dijajah. Mereka sedang diperintah oleh kuasa asing. Ceruk rantau Tanah  Melayu sedang dibanjiri oleh  kaum imigran. Ekonominya dikuasai orang asing. Orang Melayu terus lena dibuai mimpi kononnya Tanah Melayu hak Melayu dan  mereka masih berkuasa.

Kuasa sebenar di tangan penjajah Inggeris yang menjadi kuasa penentu dalam segala segi.Pada zamannya kekayaan bumi Melayu sedang dieksploit, dikeruk, dibeluam dan diperkosa dari segala segi. Pada zamannya  penjajah telah meramaikan bumi Tanah Melayu dengan  kaum imigran daripada segala bangsa. Mereka  yang diimportnya dari segala ceruk rantau dunia untuk memunggah  kekayaan bumi Malaya.

Kemuncaknya bilangan mereka melebihi orang Melayu seluruh Malaya. Malaya menjadi penyumbang terbesar ekonomi Great Britain di kalangan negera negara yang ditakluk penjajah British.Kita berbangga dengan keluaran getah dan bijih timah tetapi hasilnya dibawa keluar. Penjajah meninggalkan orang Melayu dalam kemiskinan di kawasan kawasan yang sengaja diabaikan.

Segelintir pemimpin Melayu yang dilayan istimewa oleh penjajah tertipu dengan menjadi perasmi dan perestu apa yang telah ditentukan penjajah demi kepentinganya. Mereka boleh terima kuasa penjajah kerana diberi keistimewaan. Dengan kata kata lain TANAH MELAYU telah pun dimiliki oleh pihak asing melalui persetujuan raja raja dan para pemuka Melayu yang berkuasa secara rela.Mereka terpesona kerana mendapat limpahan nikmat yang tidak  seberapa tetapi amat lumayan kerana tak pernah diimpikan daripada zaman sebelumnya.

Berikut ini rangkaian kata kata hikmat  Zaaba sepanjang 100 tahun silam. Kata kata penawar dan rawatan pahit untuk ditelan  buat bangsanya supaya tersedar  dan terjaga daripada lena yang panjang. Ubat pembuka mata supaya  peka terhadap terhadap apa yang sedang berlaku. Namun sampai kini Melayu masih banyak yang lupa dan mudah alpa. Tidak sedar hahawa mereka dalam bahaya untuk kekal bertahan di tanah airnya sendiri.

Nasib bangsanya sangat berisiko dan genting  jika para pemimipinnya terus kemabukan kuasa dan berbuat kesewengan dengan menjual kepentingan bangsa secara leluasa terutama tanah tanpa kawalan demi masa depan. Kajian menunjukkan kebanyakan tanah dan hartanah  di bandar dan luar bandar hilang daripada kepemilikan Melayu terutama di P.Pinang, Johor Baharu , Kuantan dan bandar bandar utama daripada kepemilikan Melayu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *