BUKTI SINERGI ANWAR DENGAN MAHATHIR DEMI MENGANGKAT MARTABAT MALAYSIA !

5052c32b727c5898d5781f23f672e770

Pada penghujung  tahun 1970an  seorang sarjana Islam yang terkemuka Prof Ismail Al Faruqi telah menasihati Dr Mahathir untuk bergabung tenaga dengan Anwar Ibrahim. Pada ketika itu Anwar berada di dalam ABIM dan Mahathir adalah Perdana Menteri. Tujuannya demi untuk memadukan dua kutub kepimpinan itu dalam wadah perjuangan yang menguntungkan umat Islam di dunia. Harapan amat tinggi untuk melihat kebangkitan Islam di Malaysia. Dengan sinegi ini diharapkan dapat membina kepimpinan Islam yang kuat.

Pada tahun 1981 Anwar memasuki UMNO dan sedikit demi sedikit meningkat ke puncak kuasa. Beliau dilantik menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1990  dan menjadi TPM pada tahun 1993. Malangnnya pada tahun 1998 beliau dipecat oleh PM ketika itu Tun Mahathir. Ini mencetuskan REFORMASI yang berlantutan sampai kini.Bagaimana pun belum berjaya menjatuhkan UMNO -BN dalam  empat PRU.PRU ke 10 -1999,  ke 11 – 2004, ke 12 – 2008 dan ke 13 – 2013. Kini setelah 18 tahun berlalu kedua tokoh ini bertemu semula, berdamai dan ingin membuka lembaran baru demi masa depan Malaysia. inilah bukti persefahaman di antara keduannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *