LAPORAN SEMASA HUJUNG MINGGU

pc_bn_najib_pwtcPEMIMPIN LAMA PUNCA UMAT BERPECAH BELAH – PM DS NAJIB

“Malangnya, terdapat seorang pemimpin lama yang menyukarkan usaha ke arah perpaduan umat dilaksanakan.

“Sepanjang pentadbirannya, orang Melayu Islam di negara ini pecah kepada tiga parti atau kumpulan,”

“Inilah yang mengakibatkan orang Islam di negara ini begitu sukar untuk bersaudara.

“Beliau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya sedangkan beliau sendiri tidak terlepas daripada tuduhan seperti pernah dipanggil kepala perompak, tetapi semua orang tahu bahawa saya bukanlah orang yang pertama beliau aniayai,” katanya.

Perdana menteri berkata ramai yang pernah menjadi mangsa pemimpin itu dahulu, dipungut balik demi politik pada waktu-waktu tertentu.

“Saya dengan penuh rasa rendah diri menyeru kepada semua, sudah-sudahlah kita berkelahi. Marilah kita kembali bersaudara dan membentuk umat yang kuat dan berjaya,” katanya      

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

  • PEMIMPIN KINI KEJAR HARTA  
  • MELAYU TERPECAH DALAM 5 PARTI UMNO,BERSATU,PAS, AMANAH , PKR.
  • DAP DOMINAN MEWAKILI CHINA

Ku Li

Tengku banyak pengalaman politik dengan Dr Mahathir. Apa komen Tengku dengan tindakannya tubuh parti baru?

Saya kawan baik dia, cuma tidak sependapat dengan dia. Dia fikir orang Melayu tidak boleh terima pakatan Melayu dan bukan Melayu pada ketika ini. Orang Melayu mesti berjuang untuk orang Melayu dan perjuangan mesti mendahului kepentingan Melayu. Itulah nampak perjuangan  Tun Dr Mahathir.

Tun Dr Mahathir memikirkan sekarang ini Umno tidak boleh buat begitu. Segelintir manusia sahaja yang mendapat faedah daripada perjuangan Umno sekarang sebagaimana yang dibawa oleh kepimpinan yang ada. Dia rasa parti yang dia baharu tubuh ini memperjuangkan kepentingan Melayu lebih daripada parti yang ada.

Tun Mahathir bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa pandangan Tengku?

Dia akan lakukan apa sahaja, tetapi dia tidak minta maaf terhadap apa yang dilakukan beliau terhadap Anwar. Cuma dia pergi jumpa Anwar untuk zahirkan sokongan dia terhadap apa yang dilakukan oleh Anwar kerana tidak setuju dengan undang-undang baharu yang kerajaan buat (berkaitan) Akta Majlis Keselamatan Negara. Dia menentang dan dia bagi sokongan kepada Anwar, kerana nak tahan dari undang-undang itu dilaksanakan.

Mahathir dakwa Najib berperanan singkir Pak Lah

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dakwaan Najib sebelum ini yang mengatakan bahawa pemerintahannya adalah demokratik dan sebarang percubaan menyingkirkan beliau merupakan amalan menolak demokrasi dianggap sebagai satu kenyataan tidak berasas sama sekali.

“Satu dari amalan yang diterima demokrasi ialah penyingkiran pemimpin yang tidak berjaya atau melakukan sesuatu yang tidak baik atau salah terhadap negara.

“Di mana-mana sahaja dalam negara demokratik pemimpin disingkir sebelum pun tamat edahnya,” katanya menerusi kemas kini di blog chedet.cc hari ini.

Dalam pada itu, Mahathir yang juga merupakan bekas Perdana Menteri turut mendakwa bahawa sebelum ini, Najib juga berperanan dalam menyingkirkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum beliau tamat edah.

Beliau berkata, terdapat banyak bukti menunjukkan bahawa Najib sendiri sebagai Perdana Menteri telah menolak amalan demokrasi di negara ini.

“Yang pertama perpisahan kuasa antara pihak pembuat undang-undang (legislative) , eksekutif (pentadbir, polis dan tentera) dan penghakiman (judiciary) setelah menguasai jabatan Pendakwa Raya sudah tidak ada lagi.

“Najib telah menguasai ketiga-tiga badan ini dan ia adalah sesuatu yang bercanggah dengan amalam demokrasi,” katanya.

Selain daripada itu, Mahathir memaklumkan bahawa ahli Parlimen BN juga tidak bebas dan turut dipaksa melalui berbagai-bagai cara supaya menyokong dan meluluskan apa sahaja yang dikemukakan oleh beliau .

Tambah Mahathir, undi tak percaya juga tidak boleh dilaksanakan terhadap Najib berikutan atas sebab yang sama.

“Selagi Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia selama itulah Malaysia tidak demokratik.

“Lebih dari itu Malaysia akan diperintah oleh pemerintahan kuku besi yang tidak pegang kepada undang-undang,” katanya.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *