PERUTUSAN TAHUN BARU 2017 DARIPADA TUN M

4186975114_a494f2de93

1. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2017. Dalam BI mereka berkata HAPPY NEW YEAR.

2. Mungkin orang Melayu hanya ingin berada dalam keadaan selamat sahaja.Mungkin kita tidak mengharapkan tahun baru menjadi tahun yang seronok sahaja

3.Sesungguhnya kita tidak boleh tahu masa depan kita walau pun dalam masa satu tahun sahaja.Tetapi kita boleh teka tahun yang ke hadapan dengan mengambil kira tahun tahun yang lepas dan tahun ini 2016 yang baru kita lalui.Kita tahu beberapa keadaan yang kita alami, tahun yang kita tinggalkan tidak akan berubah. Keadaan akan diteruskan mungkin akan jadi lebih buruk.

4. Tetapi sedikit sebanyak kita boleh pengaruhi keadaan kita, jika kita berusaha untuk memperbaikinya.Ingatlah segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kita. Allah tidak akan memburukkan keadaan kita jika ada  usaha daripada kita untuk memperbaiki diri kita. Janganlah terlalu cepat untuk menyalahkan takdir apabila sesuatu yang buruk berlaku pada kita.Jika kita berusaha untuk memperbaiki  nasib kita  itu juga takdir.

5.Bukanlah niat saya untuk bersyarah di hari yang mulia ini.Hanya ingin mengingat diri saya dan mungkin  pembaca. Usaha diperlukan oleh diri saya/ kita akan terselamatlah tahun 2017, tahun baru ini insya Allah.

6. Sudah menjadi lumrah pada permulaan tahun kita membuat resolusi.berkenaan sesuaķtu yang baik yang kita akan amalkan pada tahun baru ini. Saya tidak akan beritahu sesiapa apa dianya resolusi. Insya Allah akan saya amalkan sepanjang 2017.

7.  Sekali lagi saya ucapkan kepada semua Selamat menyambut tahun baharu 2017.

8. Mudah mudahan Allah akan mencurah rahmat kepada kita  rakyat Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *