KOMEN BERMAKNA ATAS KEMENANGAN ANIES BASWEDAN MENGALAHKAN AHOK

ANTARA ANIS DAN AHOK

1. Kalau Ahok kalah kerana dia rasuah, atau khidmatnya tidak bagus, dia memang layak kalah. Gabenor mesti seorang yg kuat dan amanah. Kekalahannya wajar disyukuri oleh warga Jakarta.

2. Tapi kalau dia kalah kerana dia non muslim, orang Islam memainkan sentimen agama secara melulu, agama ditunggang utk memburukkan Ahok, Jakarta menempah sebuah kegelapan pada masa hadapan.

3. Parah lagi, jika muslim yg menewaskan Ahok atas sentimen agama itu prestasi khidmatnya lebih buruk berbanding Ahok, bukan saja Anis dan teamnya akan tercalar, tapi imej Islam yg dijulang utk menjatuhkan Ahok juga akan tercalar.

4. Cabaran kini, Anis, seorang muslim mesti menjadi lebih baik drpd Ahok, seorang kafir. Jika Anis seorang penganiaya, Allah tidak akan menolongnya dlm urusan rakyat sekalipun dia muslim.

UST ZOLKHARNAIN ABIDIN
Mantan Adun Santan, Perlis
21 April 2017

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *