APA YANG BERLAKU DI DUNIA ISLAM MENJELANG 1 RAMADZAN 1438 H !

 

Ramadzan adalah  bulan yang paling mulia dalam kalender Islam. Sepatutnya disambut dengan hati yang penuh gembira. Malangnya di awal Ramadzan, bulan yang penuh barakah ini, berlaku perkara perkara yang menyedihkan  dunia Islam.Ya, inilah yang menimpa dunia Islam. Namun ia dianggap biasa. Namun itulah nasib yang menimpa negara negara umat Islam.

Pertama wujudnya pakatan negara negara umat Islam bersekongkol dengan AS atas nama war on terorrism, perang melawan keganasan.Pakatan itu dikenali dengan nama Pakatan Sunni/ Sunnah atau NATO ISLAM atau PAKATAN MELAWAN KEGANASAN. Apa yang berlaku selepas itu ?

Saudi bersetuju membeli USD 104 bilion perlengkapan senjata dari Amerika.

Berlaku serangan pengganas di Manchestar mengorbankan 22 jiwa

Susulannya sebaik sahaja Pakatan Sunni itu dimetrai, AS melancarkan serangan udara ke atas Mosul mengorbankan 200 jiwa orang awam.

Berlaku pergolakan serang menyerang antara puak puak yang bertelingkah di Libya pada awal Ramadzan mengorbankan 100 jiwa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *