INDONESIA NAMAKAN SEMULA LAUT CHINA SELATAN : MALAYSIA MASIHKAH ALPA !

Pada Julai 2017  lepas, Tribunal Timbang Tara yang berpangkalan di The Hague, Belanda menolak tuntutan China yang mendakwa mempunyai ‘hak sejarah’ ke atas gugusan pulau di Laut China Selatan.

Tribunal merumuskan tiada asas undang-undang bagi China untuk mendakwa hak sejarah di sembilan titik garisan di kawasan laut berkenaan. -BERNAMA

INDONESIA namakan semula Laut China Selatan bahagiannya dengan nama yang mencerminkan kedaulatannya. Indonesia namakannya sebagai Laut Natuna kerana dekat dengan pulau milik Indonesia PULAU NATUNA.

MALAYSIA masih mengekalkan Laut China Selatan bahagiannya dengan nama  yang mempamerkan kedaulatan China. China  yang semakin rakus dan agresif, mara menunjukkan kedaulatan dan keperkasaannya di laut tersebut.Sepatutnya Malaysia anbil langkah yang sederap bersama Indonesia. Apakah nama yang selayaknya dinamakan untuk menunjukkan hak kedaultan kita ke atasnya.Kita wajib menghidupkan nama lama yang menjadi sejarah iaitu Laut Malaya dan Laut Nusantara. Kita boleh juga  menamakannya  sebagai Laut Kelantan. Antara nama: tersebut Laut Malaya paling tepat.

Semoga kerajaan Malaysia peka dengan perkembangan terkini. Semoga kerajaan Malaysia sedar tentang asakan China yang semakin gencar ke atas laut kita. Apa ada pada nama ? …………….kerana namalah China mendakwa laut tersebut kepunyaannya ! Tanpa ketegasan Malaysia akan hilang kedaulatannya ke atas laut tersebut.  Sama seperti hilangnya Pulau Batu Putih China ke tangan Singapura. Sedarlah China sedang bermati matian menunjukkan pengasakan atau hagemoninya ke atas laut tersebut. Mengapa ? Kazanah kekayaan minyak , gas dan sumber hasil laut yang melempah di kepulauan sekitarnya.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *