Sejarah persuratkhabaran melayu

Dalam sejarah persuratkhabaran Melayu banyak penerbitan yang muncul terutama pada awal abad ke 20. Berbagai surat khabar dikeluarkan di Pulau Pinang, Singapura, Kuala Lumpur , Ipoh dan Kota Baharu.

Antara yang terkenal seperti Saudara dan Warta Negara di P. Pinang. Jawi Peranakan, Utusan Melayu dan Lembaga Melayu di Singapura. Warta Malaya dan Warta Semenanjung di KL. Di Ipoh yang terkenal  ialah Warta Kinta dan di Kota Baharu ada beberapa penerbitan aktif,  Pengasuh dan Pustaka Aman.

Ini bermakna perkembangan daya intelektual telah maju dalam masyarakat kita. Hasil daripada ledakan ilmu dan perubahan di barat. Masyarakat mula bangkit daripada lena yang panjang, mengejar perubahan.

Mereka   disedarkan menerusi tulisan-tulisan Abdullah Munshi yang berani mengkritik golongan bangsawan yang hidup dengan berbagai keistimewaan tetapi tidak ada sumbangan untuk rakyat.

ABDULLAH MUNSHI

Kesedaran  dicetuskan  selepasnya oleh Syed Sheikh Al Hadi yang membawa idea reformasi  dan gerakan Islah  menerusi Majalah Al Imam pada tahun 1906. Beliau menyeru ajaran Islam dikaji semula berdasarkan prinsip Al Quran dan Sunah rasul.Tidak dengan mengikut ajaran ulama secara membabi buta.

Selepasnya muncul Za’ aba dengan tulisan-tulisannya yang bernas dan berani. Beliau menganalisis masalah sosial masyarakat. Dengan berani mengkritik dasar0dasar  penjajah British, sikap raja-raja yang berlepas tangan dan hanya mementingkan taat setia rakyat jelata dan sifat- sifat buruk yang ada dalam kalangan masyarakat Melayu pada ketika itu.

Za’aba menyimpulkan masyarakat Melayu miskin segalanya termasuk sifat-sifat terpuji untuk maju berbanding dengan kaum -kaum lain di Tanah Melayu. Masyarakat Melayu amat kaya dengan sifat-sifat perosak seperti dengki khiantat, membazir, gemar berpoya, ambil mudah semua perkara dan langsung tidak mempunyai pandangan masa depan.

Kini adakah surat khabar membawa mesej yang sama. Suara berani dan bebas mengkrtiik berlandaskan kebenaran.  Subky Latiff mengatakan pada zaman tersebut  laporan surat khabar diletakkan di tempat yang mulia dan pengarangnya disanjung. Mereka adalah pahlawan umat pada ketika itu. Semisal Ishak Hj Muhamad, Abdul Rahim Kajai dan Datuk Onn Jaafar.

ABDUL RAHIM KAJAI

ISHAK HJ MUHAMAD

Mereka menamakannya SURAT KHABAR ! Hari ini nilainya telah turun menjadi KERTAS KHABAR – paper sahaja. Mengapa ? Apa yang kita baca bukannya BERITA YANG SAHIH  tetapi PROPAGANDA DEMI PROPAGANDA, FITNAH dan BERITA yang menjijikkan sehingga tidak ada contoh yang baik. Surat khabar menjadi agen pembohongan dan media yang busuk kerana para pengarangnya diprogramkan untuk jadi begitu.

Mengikut pengarang terkenal  Said Zahari beliau  sempat  merasai pertukaran keadaan terhadap nasib surat khabar Melayu yang paling top UTUSAN MELAYU sebelum dan sesudah MERDEKA.