KITA TIDAK SAMA : AKUI KELEBIHAN SESEORANG ATAS SESEORANG !

 

TAZKIRAH HARI INI DARI JONG KONG :

KITA TAK SAMA…

Semua org ada akal dlm ertikata akal sebagai suatu potensi diri, tapi tak semua org ada akal sebagai suatu yg hakiki (actual).

Dari akal sebagai potensi sehingga menjadi akal yg hakiki ia melalui suatu proses perkembangan yg digerakkan oleh Akal Sebenar iaitu Allah. Kefahaman terhadap sesuatu makna dari apa yg dilihat dan direnung adalah pemberian dariNya…sedangkan tidak semua org akan memperolehi kefahaman itu, dan taraf kefahaman itu pun tidak sama antara seorg dari yg lain. Tentulah kejernihan kefahaman akal seorg Nabi itu adalah yg paling tinggi, dan diikuti oleh para ulama rasikhin mengikut martabat masing2 di sisi Allah.

Yg tidak mencapai makam mereka itu tidak sepatutnya menafikannya kerana jika itu dinafikan maka tiadalah iman sedangkan perkara yg diimani itu adalah apa yg dikhabarkan kepadanya dari pengalaman orang lain yg menyaksikan sendiri dengan penyaksian batinnya dgn izin Allah.

Alangkah dangkalnya akal mereka yg menyamaratakan taraf akal semua manusia lalu tidak mengakui kelebihan org lain yg pd hakikatnya lebih tinggi dan mulia dari dirinya di sisi Allah, sedangkan kelebihan itu adalah kurniaan Allah semata2. Puncanya adalah hasad, ia adalah mainan iblis sebagaimana iblis enggan tunduk kpd Adam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *