WEJANGAN HARI INI BUAT MENEPIS KEANGKUHAN MANUSIA !

ABUL HASSAN ALI AN NADWI ( 1913 – 2000)

Persis seperti yang disebut olehAbul Hassan Ali An Nadwi dalam bukunya ‘Manusia dan Kemaruk Kebendaan’ (terjemahan):

‘…Al-Quran menolak epistemologi yg menganggap intelek manusia sebagai mutlak dan berupaya menggarap semua aspek dan peringkat realiti. Konsep pengetahuan itu menegaskan bahawa ia berupaya memahami rahsia alam serta misteri bintang-bintang dan sistem planet, juga bumi dan lautan, kehidupan dan makhluk; serta bekebolehan pula menembusi rancangan dan rahsia tenaga- tenaga ghaib. Ia mahu menggali sendiri rahsia kehidupan dan membuka pintu misteri masa silam dan masa depan.

Pendokong aliran pemikiran ini amat berbangga mengenainya, walaupun jumlah pengetahuan mereka tidaklah lebih daripada sebiji pasir. Namun, tragedi kesombongan, sikap terlalu yakin dan pergantungan berlebih-lebihan kepada pengetahuan manusia, seiring dengan keingkaran dan penafian mutlak terhadap realiti ghaib adalah merupakan punca utama kepada keangkuhan dan bongkak diri, sempit fikiran dan sikap fanatik manusia.

Malah konsep pengetahuan ini jugalah yg bertanggungjawab ke atas kepercayaan kepada keunggulan benda, keabadian dan generatif kendirinya…’

(Sayed Abul Hasan Ali Nadwi, Manusia dan Kemaruk Kebendaan: Teks dan komentar Surah al-Kahfi (terjemahan), Unit Buku Harakah (2012), hlm 126-7)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *