LEBANON DI AMBANG KRISIS BESAR – PERTENTANGAN ANTARA SAUDI VS IRAN

Semenjak berdirinya negara ISRAEL pada tahuan 1948h, berlaku pertentangan seru antara Arab dengan pendatang zionist yang merampas tanah air mereka. Pada ketika itu Arab Saudi tidak pernah terlibat. Bahkan tidak pernah menghantar walau  seorang askar pun untuk berperang melawan Israel.  Mesir, Syria dan Jordan berperang melawan Israel tetapi Arab Saudi mendiamkan diri. Malahan Arab Saudi tetap mendiamkan diri hingga kini. Sedangkan ia mendakwa sebagai PEMIMPIN NEGARA NEGARA ISLAM dan KHADAM AL HARAMAIN.

Bagaimana pun Arab Saudi sejak dari penubuhan pada pada tahun 1925 telah  menjadi KING MAKER, pengacau keamanan dan kesetabilan Timur Tengah. Ia bertindak sebagai  pemain utama di  politik Timur Tengah.Mana mana negara dan pemimpin yang tidak selari dengan keinginannya akan dijatuhkan.Lihat apa yang terjadi ke atas Iraq dan Saddam Hussein.Sebelumnnya ia menypkong Saddam melawan Repulik Islam Iran.Apabila Saddam menjadi pemimpin yang dikhuatiri bakal menjadi pemimpin dunia Arab, Saudi mulai cemburu dan bertindak menjatuhkannya apabila bersekongkol dengan AS.

Sebagai King Maker ,Saudi terlibat  menjatuhkan Pres Morsi , Mesir yang diangkat rakyat secara demokrasi dan merestui Pres Al Sisi yang naik secara rampasan kuasa.Saudi bersama AS terlibat menjatuhkan pemerontahan Taliban di Afghanistan yang mahu menjadi negara yang bebas daripada kongkongan asing. Saudi bertalu talu  menyerang  Yemen untuk meletakkan proksinya MANSOER HADI yang ditolak rakyat.Sebelumnya Saudi juga menyokong serangan udara NATO kd atas Libya dan menyokong  tindakan golongan pemberontak menjatuhkan Pres Muammar Ghadafi yang tidak disenangi oleh AS.

Kini Saudi mengocak keamanan di Lebanon yang damai dan stabil untuk satu jangka masa yang panjang. Presidennya kristian maronite, PM sunnah wal jamaah dan speakernya golongan syiah. SAUDI sedia berkompromi dan kini  menjadi sekutu ZIONIST , Israel laknatullah. Baru baru mereka berkerjasama. Israel membenarkan pengkalannya dipergunakan untuk menyerang Yemen. Bagaimana ini boleh terjadi ke atas negara yang mendakwa sebagai pemimpin umat   Islam. Negara yang menjadi musuh umat Islam dan musuh kemanusiaan sejagat dijadikan sahabat.

Ini membuktikan Saudi menerima sikap ganas Israel  terhadap umat Palestin khususnya dan umat Islam amnya dalam rekayasa dan fitnah kubra  kempen melawan keganasan.Realitinya Israel dan AS ada pengganas sebebenar yang mengganggu gugat keamanan seluruh dunia.  Hari ini nyata Saudi menjadikan Israel rakan kongsi dan sahabat. Termasuk menggunakan  Tel Aviv sebagai pengkalan saban hari menggempur Yemen secara bertalu talu. Sanggup membiayai segala kos penyerangan asalkan Yemen hancur lebor .

Kini amat nyata paksi kegananasan yang sebenar ialah  Israel, Amerika Syarikat dan Saudi bersiap siaga untuk mengocak keamanan LEBANON pula. Sebuah negara berdaulat yang stabil dan aman walau pun ada 3 paksi kuasa. Pertama Sunnah kedua Syiah Hizbollah dan ketiga Kristian Maronite. Mereka boleh hidup aman damai sebagai negara berdaulat. Jadi mengapa Saudi hendak menggugat keamanannya. Saudi tidak akan senang hati jika sesebuah negara atau ketua negara Arab tidak akur dan tunduk dibawah arahannya.

Jadi layakkah Saudi menjadi pemimpin umat Islam hanya keranan Mekah dan Madinah berada dalam kekuasaanya. Kini dunia Islam ada pilihan yang lebih baik dengan kebangkitan Turki di bawah presiden Erdorgan, Iran di bawah presiden Rouhani dan Indonesia di bawah presiden Jokowi.Turki lebih bertanggung jawab dan mampu mengambil alih peranan Saudi sebagai pemimpin Dunia Islam. Jelas komitmen Turki ke atas dunia Islam semakin terserlah terutama dalam isu Rohingya.

Peranan Saudi  sebagai pemimpin dunia Islam dari segi simbolik ia tetapi dari segi realiti tidak ada maknanya sama sekali. Mengapa ? Ia bersekongkol dengan YAHUDI ZIONIST  menyerang negara umat Islam yang miskin Yemen. Ia bersekongkol dengan AS mengganggu gugat kesetabilan Timur Tengah. Saudi, Israel bersama AS merestui kewujudan sebuah negara baru KURDISTAN di dalam wilayah  Turki, Syria, Iraq dan Iran.Nampak perang di Timur Tengah akan berkecamuk antara paksi kejahatan AS, ISRAEL dan ISRAEL melawan IRAN dan proksi proksinya.

Malaysia yang sepatutnya berkecuali untuk selamat mengapa mahu terlibat menyokong Saudi. Ternyata SAUDI adalah punca ketidak stabilan Timur Tengah. Ia menjadi negara pengganggu gugat keamanannya sejak dari awal penubuhannya hingga kini.Langkah Malaysia mendirikan pusat Keamanan King Salman di Putera Jaya akan menjebak  kita dalam peperangan yang membunuh sesama umat Islam atas keterlibatan Saudi yang memusuhi sesama Islam. Yeken diganasi semahu mahunya menerusi serangan ganas ke atas tempat tempat awam. Negara tersebut bukan sahaja hancur tetapi lebor separah parahnya akibat serangan ganas tanpa henti.  Sangat tragis kerana memangsakan orang awam di setiap sudut  bumi Yemen.

Adakah Malaysia menyokong keganasan sesama umat Islam dan akur menyokong kebongkakan AS, kekejaman Israel dan sikap ganas dan kesewenangan Saudi yang tamak kuasa dengan  memperalatkan agama dengan sewenang wenang. Saudi  hanya memperalatkan kan simbol dan syiar  Islam yang dimilikinya.Sesungguhnya Mekah dan Madinah milik Allah sbh bukan milik mutlak keluarga Al Saudi. Amat memalukan kini sesama keluarga Al Saud sendiri pun mereka saling bertelingkah dan saling memangsakan satu sama lain kerana perebutan kuasa dan tamakkan dunia.

Sedarlah sejarah membuktikan Saudi ditubuhkan dengan restu Britain yang menjadi kuasa dunia pada ketika itu menerusi kelicikan politik LAWRENCE OF ARABIA. Semenjak itu hubungan Saudi – Britain disusuli pula dengan AS sangatlah akrab. Kini kian terbukti dengan kebersamaan ISRAEL dalam pakatan yang lebih mantap untuk menguasai Timur Tengah,

Kenyataan PM Israel yang terkenal dengan keganasan terhadap rakyat Palestin di Gaza amat memeranjatkan. Netanyahu  mengesahkan beliau tidak menjangka hubungan Saudi dengan Israel seerat kini dan merupakan perkembangan yang positif bagi negara Zionist tersebut. Ternyata dunia sudah sampai ke penghujung. Puak puak paksi kejahatan sedang bersatu secara nyata. Bilakah umat, negara dan para pemimpin negara negara Islam akan bersatu di bawah kalimah LAILAHA ILLALAH. Kini telah sampai masanya untuk mereka  berpegang kepada Al Quran dan Sunnah rasulnya yang sebenar. Bukan atas dasar lambang, dakwa dakwi  dan ikut ikutan semata mata ! Malaysia wajib ada pendirian dalam menegah punca keganasan rekayasa Amerika, Israel, Britain dan konco konconya untuk menundukkan dunia di bawah kebiadaban dan keganasan mereka.

SAKSIKANLAH VIDEO DI BAWAH INI :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *