Fetisisme Media: Kecelaruan perkataan “islamis” dalam kemenangan Presiden Morsi di Mesir

Oleh Ismail Hashim Yahaya

Penggunaan perkataan “Islamis” dalam laporan media Barat berhubung kemenangan Presiden baru Mesir Mohamed Morsi sebagai tokoh “Islamis” menimbulkan beberapa persoalan.

Seolah-olah perkataan “islamis” yang diperalatkan media arus perdana Barat memperlihatkan kemenangan ikhwan muslimin di Mesir ialah kemenangan untuk umat Islam sahaja ataupun ia merupakan kemenangan anggota Ikhwan dan bukannya keseluruhan rakyat Mesir yang terdiri dari golongan liberal, kiri, pekerja, kumpulan hak asasi, feminis, sekularis, Kristian Koptik dan berkaitan dengannya.

LA Times misalnya memulakan berita dengan “The historic election of Egypt’s first Islamist president collided immediately with the political reality that the ruling military council has amassed legislative and executive powers in a strategy to block the Muslim Brotherhood from controlling the Arab world’s most populous nation.

AFP memulakan pendulunya dengan “Egypt’s Mohamed Morsi on Sunday became the first Islamist to be elected president of the Arab world’s most populous nation and after a divisive election battle pledged to be a leader for all Egyptians”.

Manakala Wall Street melaporkan bahawa “Egyptian election officials declared the Muslim Brotherhood’s Mohammed Morsi the country’s first freely elected president on Sunday, propelling an Islamist to power and marking another milestone in the Arab world’s tumultuous democratic transition”.

Selain dua contoh di atas corak wacana yang ditulis kebanyakan media Barat lain seperti New York Times dan Washington Post mahukan CNN atau ABC memperlihatkan kemenangan ini adalah untuk umat Islam di Mesir sahaja dan disokong oleh umat Islam sejagat tetapi menafikan golongan yang disebutkan di atas. Jika disempitkan lagi kemenangan Morsi ialah untuk anggota Ikhwan di Mesir. Inilah tanggapan yang ingin diutarakan media Barat.

Namun dalam tulisan ini saya mendekatinya dari sudut fetisisme. Secara umum fetitisme difahami sebagai suatu keyakinan dan penggunaan fetis-fetis magik:objek tabiie seperti sejenis kayu atau anggota binatang atau buatan seperti tangkal yang diyakini memiliki kekuatan melindungi pemiliknya.

Ini didakwa disebabkan muatan makluk halus atau jin yang berada di dalamnya. Walaupun kekuatan itu dihasilkan oleh suatu objek yang tidak dapat dibuktikan subtansinya ia diyakini oleh segelintir mampu menghasilkan semacam kesedaran kepada diri seseorang yang menggunakannya sehingga menyakini wujudnya suatu kekuatan, pesona, ketakjuban, daya pikat atau tarik atau pesona sihir yang pada dasar bersifat palsu.

Malah dari sudut pandangan ideologi, fetisisme yang dapat dilihat sebagai bentuk kesedaran palsu.

Oleh itu dapatlah dikatakan fetisisme adalah bentuk ideologi  atau kepercayaan dan bukannya pengetahuan (sains) yang didukungi oleh pembuktian ilmiah-rasionalis.

Dari perspektif psikologi, fetisisme diertikan sebagai kecenderungan seksual. Fetisisme berkaitan dengan penggunaan objek-objek fetis seperti korset, pakaian dalam, rambut mengurai, mekap, wangian serta pakaian untuk melahirkan kepuasan seksual.

Ini ada juga kaitannya dengan akar perkataan fetis dari bahasa Sepanyol iaitu afeitar, istilah yang menunjuk kepada hiasan, ornamentasi dan kosmetik.

Oleh kerana kekuatan yang dihadirkan fetisisme itu bertentangan dengan ilmu pengetahuan, kesedaran yang dihadirkan adalah bersifat palsu dan sementara untuk menggelabui kita.

Fetisisme dapatlah dimegertikan sebagai cara penggunaan tanda (contohnya melalui simbol atau teks) yang dimanipulasikan untuk menghasilkan kesan tertentu.

Melalui tanda dan penanda ini, Ia seolah-olah ingin menunjukkan terdapatnya kekuatan atau pengaruh mahupun pesona tertentu yang dimiliki objek tersebut.

Fetisisme media berkaitan dengan penggunaan perkataan yang diberikan semacam kekuatan yang ditakuti atau mempengaruhi orang supaya menjauhi atau menanggapi dengan berhati-hati serta menandainya dengan nada negatif.

Sejak peristiwa 9/11, media Barat telah menggunakan perkataan Islam sebagai kekuatan jahat dan negatif yang dapat memusnahkan dunia dengan ancaman keganasan oleh pengganas ‘Islam’.

Hinggakan timbulkan perkataan “Islamophobia”, teramat takut kepada Islam yang seolah-olah kuasa kesaktian jahat yang terdapat kepada perkataan Islam itu dapat mengundang bencana dan kepanikan moral sejagat. Inilah kekuatan yang terdapat kepada media Barat sehingga mempengaruhi masyarakat antarabangsa untuk mempercayai atau disihirkan oleh perkataan yang diutarakan dalam media.

Fetisisme Media Barat melalui Islam dan cabang atau derivatifnya telah mencetuskan ketakutan dan kebimbangan sejagat.

Begitu dengan perkataan “islamis” yang digunakan ke atas Presiden Mesir, Mohamed Morsi dan organisasi Ikhwan Muslimun sebagai kemenangan bagi umat Islam dan dasarnya adalah untuk melindungi anggota Ikhwan sahaja.

Ia seolah-olah mencetuskan binari perkataan islamis dan pihak dan non islamis pula. Bagaimana pula dengan puak bukan Islamis yang sama berjuang di medan Tahrir itu? Oleh itu fetisisme dengan meminjam istilah tokoh semiotiks Umberto Eco ialah penggunaan tanda sebagai bentuk penipuan. Tanda dapat digunakan untuk mengungkapkan kebenaran tetapi dapat digunakan untuk penipuan.

Perkataan Islam dengan maksud negatif telah diuar-uarkan dan digunakan berulang kali menjadikan sebagai suatu fetitisme yang menakutkkan manusia pulak, Suatu kesaktian perkataan yang begitu mengeri dan menggerunkan.

Begitu jugak perkataan “Brotherhood” yang dikaitkan dengan perkataan fundamentalis yang maksud asalnya iaitu sebuah konsep menjelaskan keyakinan kelompok agama tertentu yang mempertahankan nilai-nilai asas atau fundamental kepercayaan yang dianuti mereka.

Malah kekadang perkataan ikhwan muslimin atau muslim brotherhood telah ditanggalkan menjadi “Brotherhood” seolah-olah ia menjadi seperti pertubuhan konspirasi Islam saja.

Apabila dikaitkan dengan keganasan, fetisisme media telah menghasilkan suatu sistem fitnah yang hanya dikaitkan dengan umat Islam yang dahagakan darah melancarkan perjuangan jihad terhadap bukan islam melalui serangan keganasan seperti mengebom dan seumpamanya.

Sekali  lagi perkataan fundamentalisme telah diberikan “Kekuatan” apabila dikaitan dengan Islam dan keganasan.

Ends.

Penulis adalah timbalan dekan Fakulti Komunikasi dan Media, Universiti Selangor (UNISEL), kampus Shah Alam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “Fetisisme Media: Kecelaruan perkataan “islamis” dalam kemenangan Presiden Morsi di Mesir

  1. Islam membawa kesejahteraan untuk semua. Mesejnya datang daripada Allah.Dipersembahkan oleh insan soleh sebaik-baik teladan, Muhammad saw.
    Itu kefahaman umat Islam. Sama sekali tidak diterima oleh dunia Barat. Soalnya dunia Islam tidak punya kekuatan mendominasi berita.Sekurang-kurang untuk rujukan penentu bagi umat Islam. Kenapakah Islam sering dimangsakan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>