ADA PIHAK PANIK BILA MB AZMIN ALI BERJAYA MERUNGKAI KEROSOT KES TANAH IJOK PENINGGALAN UMNO-BN

 

 Pengerusi AMANAH Selangor, Ir Izham Hashim menyifatkan Umno-BN sebenarnya ‘panas’ dengan kerajaan negeri apabila berjaya menyelesaikan masalah peneroka di Mukim Ijok yang berlarutan selama 18 tahun. Menurutnya, BN sengaja mengheret isu peneroka di Ijok menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ketika langkah penyelesaian kerajaan negeri di bawah pentadbiran Datuk Seri Azmin Ali memberi faedah kepada […]

Umno panik masalah tanah Ijok selesai, kata pegawai Azmin –                FMT reporter

 Pengarah Komunikasi Strategik Yin Shao Loong berkata kes itu juga menunjukkan Khalid Ibrahim mengambil risiko semasa mentadbir Selangor.

azmin-ali-12

PETALING JAYA: Kerajaan Selangor berkata Umno “panik” apabila Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dapat menyelesaikan masalah tanah di Ijok yang diwarisi daripada pentadbiran lepas.

Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor Yin Shao Loong mendakwa tindakan tegas Azmin dapat menyelesaikan pertikaian 18 tahun antara peneroka tanah di Ijok dengan kerajaan negeri.

“Masalah berkenaan sebenarnya timbul pada masa pentadbiran Umno/BN, yang mana peneroka telah menunggu selama 18 tahun untuk memperoleh keadilan.

“Tindakan segera Azmin menyelesaikannya adalah merupakan prinsip keadilan sosial dan peduli kerajaan Selangor,” kata Yin dalam kenyataan hari ini.

Dilaporkan tanah di Ijok pada awalnya diberikan kepada sekumpulan peneroka pada 1998 oleh kerajaan BN ketika itu.

Peneroka kemudian bersetuju untuk membenarkan 2 syarikat untuk membangunkan tanah itu sebagai tukaran untuk pampasan dan perumahan.

Dilaporkan pada 2015, ECO World Development Group Bhd membeli 889.5ha tanah di barat laut koridor Lembah Klang pada harga RM1.18 bilion untuk membangunkan 3 projek hartanah, dengan nilai pembangunan kasar yang dianggarkan bernilai RM15 bilion.

“Masalah itu yang diwarisi Azmin telah dapat diselesaikan dengan menjual tanah berkenaan kepada pemaju berwibawa sebanyak RM1.18 bilion dan membolehkan peneroka memperoleh pampasan dan rumah kediaman,” kata Yin.

Beliau menambah dengan menyelesaikan pertikaian itu, Azmin terbukti membela peneroka apabila mengumumkan setiap seorang akan menerima pampasan RM180,000 dan rumah yang sekarang bernilai RM400,000.

Semalam, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mencabar Azmin menjawab persoalan sekitar penyelesaian tanah di Ijok.

Antara soalan yang diajukan ialah mengapa Azmin membatalkan kes sebelum ia didengari Mahkamah Persekutuan dan mengapa beliau membenarkan 2 syarikat itu untuk menjual tanah kepada pihak ketiga.

“Tindakan Abdul Rahman mempersoalkan langkah kerajaan negeri jelas menunjukkan pemimpin BN itu dangkal, tidak faham fakta dan tidak memahami latar kes mahkamah berhubung isu tanah di Ijok,” kata Yin.

Beliau berkata tindakan tegas Azmin itu juga membuktikan bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil risiko dalam isu itu.

“Meskipun tanah itu diberi kebenaran untuk dirampas dalam keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, namun kerajaan negeri perlu membayar pampasan sehingga ratusan juta ringgit kepada 2 syarikat dan bank yang memberi pinjaman kepada 2 syarikat itu.

“Ia menunjukkan tindakan bekas Khalid berisiko tinggi terhadap perbendaharaan negeri,” kata Yin.

Dalam satu kenyataan awal hari ini, Khalid mempertikaikan cara transaksi itu dijalankan oleh kerajaan negeri.

“Ini bukanlah amalan terbaik dan bukan ‘good business sense’ dalam mengendalikan asset-aset rakyat Selangor,” tambahnya.

Kedua-dua syarikat itu menyaman kerajaan Selangor apabila Khalid merampas tanah itu.

Bagaimanapun, keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memihak kepada kerajaan negeri.

Kes itu berada di Mahkamah Persekutuan apabila Azmin memfailkan satu perjanjian penyelesaian pada Mei 2016, menyatakan kerajaan negeri dan 2 syarikat itu sudah mencapai satu perjanjian untuk membatalkan kes itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *