NEGARA YG PUDAR JATIDIRINYA ADALAH NEGARA YG TIDAK BERJIWA !


DILEMA MELAYU SIRI 582

MANA IDENTITI BANGSA MALAYSIA?

Setelah 80 tahun merdeka identii Bangsa Malaysia masih di alam mimpi. Walau pun dalam perlembagaan Islam menjadi agama rasmi, institusi Raja Melayu dipertahankan dan Bahasa Melayu kononnya menjadi bahasa perpaduan dan bahasa rasmi namun suatu identiti Bangsa Malaysia masih belum wujud lagi.
Pada 28 Oktober 1928 rakyat Indonesia dari lebih 300 suku kaum dari Sabang sampai Marauke sudah membuat sumpah keramat SATU BANGSA, BANGSA INDONESIA, SATU NEGARA, NEGARA INDONESIA DAN SATU BAHASA BAHASA INDONESIA. Inilah akartunjang identiti Bangsa Indonesia yang bineka tunggal eka. Inilah resipe identiti yang menghidupkan patriotisme bangsa Indonesia sampai sekarang dan masa depan.
Di Malaysia negaraku yang tercinta ini tidak punya semangat patriotisme yang perkasa seperti bangsa Indonesia. Dasar Pelajaran Razak (1956) yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem persekolahan juga tempang sejarahnya. Dasar ini menggalakkan perpecahan di kalangan rakyat berbilang kaum. Sekolah Cina dan Tamil digalakkan sejajar dengan sekolah kebangsaan. Di Singapura, 85% penduduk Cina tidak punya sekolah Cina dan Universiti Nanyang pun hilang sejarahnya. Singapura membina identiti tersendiri sesuai dengan iklim politik dan budaya di republik itu.
Indonesia juga tidak ada sekolah Cina. Karikulum persekolahan dirancang untuk memperkukuhkan identiti bangsa, menanam semangat patriotisme sebagai identiti bangsa Indonesia.
Suatu bangsa yang tidak ada identii patriotisme sebagai jatidiri bangsa itu akan menjadi lemah, miskin ilmu, hilang daya saing, tidak punya destini perjuangan bangsa dan akan hancur akhirnya. Kalau ia masih hidup bangsa ini akan menjadi pengemis di bumi mereka sendiri akhirnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *