PAS DAN REALITI BILA BERGABUNG BILA BERSENDIRIAN !

 

BOLEHKAH PAS PERINTAH MALAYSIA BERSENDIRI TANPA BN ATAU PH?

Realiti politik Malaysia.

Ini adalah sejarah kemenangan kerusi parlimen PAS.

PRU 2013 (dengan PR) – 21 kerusi
PRU 2008 (dengan PR) – 23 kerusi
PRU 2004 (dgn PKR sahaja) – 7 kerusi
PRU 1999 (dengan BA) – 27 kerusi
PRU 1995 (dengan APU) – 7 kerusi
PRU 1990 (dengan APU) – 7 kerusi
PRU 1986 (sendiri) – 1 kerusi
PRU 1982 (sendiri) – 5 kerusi
PRU 1978 (sendiri) – 3 kerusi

Kesemua kerusi yang dimenangi PAS adalah dari semenanjung. Paling banyak kerusi dalam sejarah adalah 27 sahaja.

Untuk perintah Malaysia tanpa gabungan mana-mana, PAS perlu menang paling kurang 112 kerusi, yang mana kalau ikut sejarah, memang tiada peluang langsung.

Untuk bakal pengundi PAS yang mungkin tidak berapa follow perkembangan politik, Sabah dan Sarawak PAS hampir tiada kekuatan langsung. Selalu hilang wang deposit.

Sedangkan untuk memerintah Malaysia, realitinya kerusi di Sabah dan Sarawak diperlukan.

Ok, PAS dah memang cakap dia nak jadi kingmaker. Maksudnya, lepas PRU, dia akan offer kerusi yang dia menang tu nanti untuk mana-mana gabungan yang perlukan PAS untuk memerintah, bagi cukupkan majoriti. (ni statement Tuan Ibrahim, Timbalan Presiden)

Tapi TGHH, Presiden PAS dah cakap awal-awal, takkan bergabung dengan yang ada DAP dan Amanah.

Maksudnya apa? PAS jadi kingmaker untuk bergabung dengan BN.

Undi PAS = Undi BN. Simple.

Kalau yang rasa nak undi PAS sebab nak PAS memerintah Malaysia bersendirian, maaf kata, anda tak berpijak pada realiti semasa di Malaysia…

Kalau dia sertai gabungan BN, jangan mimpi manifesto PAS tu akan dilaksanakan, sebab dalam BN, siapa Presiden UMNO adalah calon Perdana Menteri.

Jangan harap la UMNO/BN nak bagi Presiden PAS jadi PM. Paling tidak pun jadi menteri. Timbalan Perdana Menteri pun tak mungkin.

Jadi, kalau yang rasa terbeban dengan KOS SARA HIDUP, yang rasa nak ada perubahan di Malaysia ni, PH adalah satu-satunya pilihan yang ada.

Memang depa tak perfect. Tapi depa lah alternatif yang ada.

Kalau BN kalah, BN boleh reform parti, dan pemimpin lain yang lagi bagus akan naik untuk check and balance negara kita Malaysia.

Lagi 5 tahun kalau PH buat hal, aku pun join kempen tukar kepada gabungan alternatif lain, sebab aku bukan taassub parti.

Aku cuma nak hidup selesa, tak kaya takpa, tapi tak perlu cari second / third job, boleh savings, boleh tengok anak membesar.

Yang mana benci sangat kat Tun M tu, bagi peluang dia betulkan haluan kapal sat. Umur dia pun dah berapa.

Lepas ni insya Allah PH janji, jawatan PM or MB hanya boleh dipegang maksimum 2 penggal (10 tahun)

Manusia ni kalau pegang kuasa lama-lama boleh bertukar jadi jahat.

Absolute power corrupts absolutely.

*Aku takmau ulas pasal duit UMNO bagi PAS ka apa, sebab tu derma (kata Dr. Zuhdi), tu untuk ulasan lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *