KISAH ECRL BUKAN PELABORAN TAPI PINJAMAN BANK DARI CHINA !

 

ECRL bukan pelaburan, ia pinjaman bank dari China – Prof Jomo

ECRL bukan pelaburan, ia pinjaman bank dari China - Prof Jomo

Menurut Jomo (gambar), projek bernilai RM65 bilion itu dianugerahkan kepada syarikat China tanpa proses telus dan berdaya saing. – Facebook/Saya Sayang Tun Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Malaysia baharu bukan anti pelaburan dari China, sebaliknya hanya mempertikai dan mengkaji beberapa projek mega tertentu dari negara itu yang tidak berdaya maju untuk ekonomi negara.

Menurut ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Prof Jomo Kwame Sundaram, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak melibatkan pelaburan asing dari China tetapi merupakan pinjaman besar dari bank eksport-import China sebanyak 85 peratus dari kos projek dan berdasarkan kepada terma khas.

Menurutnya, projek bernilai sekitar RM65 bilion itu juga dianugerahkan kepada syarikat China tanpa proses telus dan berdaya saing, selain penawaran pengecualian cukai berkait projek tersebut.

“ECRL adalah projek yang tidak berdaya maju untuk ekonomi. Projek sebegini kebiasaannya melibatkan lebihan kos yang tidak dijangka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *