LANGKAH STRATEGIK : MALAYSIA BINA PULAU DI BATUAN TENGAH !

 

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, turut kelihatan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Foto Mohd Fadli Hamzah

Malaysia akan bina pulau di Batuan Tengah – Tun M

Kawasan strategik itu sudah lama menjadi punca pertikaian antara Kuala Lumpur dan Singapura.

Sebelum ini, kedua-dua negara membawa perkara itu ke mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pada 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengisytiharkan dua kawasan berbatu yang dipanggil sebagai Batuan Tengah milik Malaysia manakala sebuah pulau berhampiran ‘Batu Putih’ dianggap wilayah Singapura.

Malaysia mencabar keputusan ICJ itu, tahun lalu namun Kementerian Luar Singapura, hari ini memaklumkan Kuala Lumpur tidak mahu meneruskan perbicaraan itu.

Bagaimanapun, pada masa sama Mahathir mengumumkan rancangan Malaysia untuk membangunkan sebuah pulau di Batuan Tengah yang berada di pintu masuk laluan strategik di timur Selat Singapura.

Selat sepanjang 100 kilometer itu adalah salah satu laluan laut paling sibuk di dunia kerana digunakan banyak kapal yang ingin ke pelabuhan Singapura.

“Kita mahu membesarkan Batuan Tengah sehingga menjadi sebuah pulau kecil untuk kita,” kata pemimpin berusia 92 tahun itu yang memulakan jawatannya yang kedua sebagai Perdana menteri, selepas menang pilihan raya dengan mengejut.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran mengenai rupa pulau yang dirancang itu atau berapa lama tempoh diperlukan untuk pembinaannya.

Mahathir menambah, Malaysia pernah membina satu struktur di atas Batuan tengah. Beberapa laporan berkata, Malaysia merasmikan sebuah pangkalan maritim di kawasan itu, tahun lalu. – AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *