P.RAMLEE(1929-1973 )KECEWA:UMNO KHIANATI RESOLUSI KONGRES KEBUDAYAAN KEBANGSAAN !

POKOK KAYU BERKEMATU JENALU,  DILIPUTI BAHAYA PENDEK USIA

MELAYU  SEDANG MENUJU KE SITU,  LENYAP  BUDAYA HILANG BANGSA

<iframe width=”560″ height=”315″ src=”https://www.youtube.com/embed/Ttx3-ESgaPQ” frameborder=”0″ allow=”accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture” allowfullscreen></iframe>

Pada tahun 1971 ,P.Ramlee sebelum meninggal pernah menyarankan kepada UMNO yang menjadi  tunjang kerajaan supaya mengangkat darjat dan martabat lagu lagu irama Melayu.Beliau melihat gejala ledakan lagu lagu irama barat dan Hindustan telah mendominasi muzik tanah air. Malangnya saranan beliau yang kemudian digelar seniman agong gagal dilaksanakan.

“Lagu lagu Melayu lagu joget,orkes kombo,lagu lagu asli,gazal,dondang sayang tidak pernah dipertandingkan atau dipertunjukkan.Kalau lagu lagu ini tidak diberi galakan, lagi 10 hingga 20 tahun akan datang,lagu lagu ini akan dilupa terus  dan muzik barat akan masuk menguasai muzik kita.

Kalau kita tidak semaikan muzik tradisional dan asli ke dalam dada anak anak kita, anak anak muda kita nescaya di suatu hari nanti muzik lain akan mengambil tempat kerana di dalam dada mereka  dia itu kosong.Tidak ada apa apa.Sama juga macam kita mengajar anak pergi belajar agama, walau bagaimana pun dia pergi belajar tinggi dia jarang hendak tukar agama kerana agama yang telah diajar oleh bapannya tersimpan di dalam dadanya.Begitu juga muzik kerana muzik lain tidak boleh mempengaruhi jiwanya”.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *