ERDOGAN MENANG PILIHANRAYA TERBARU TURKI

 

Erdogan menang Pilihan Raya Presiden

ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden, yang berlangsung semalam, menewaskan pencabarnya apabila berjaya meraih 52.5 peratus daripada 99 peratus jumlah undi yang dikira.

“Keputusan tidak rasmi pilihan raya ini dengan jelas membuktikan bahawa saya, sekali lagi diberi kepercayaan oleh rakyat negara ini untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai presiden.

“Turki sudah memberi pengajaran kepada seluruh dunia mengenai amalan demokrasi,” katanya ketika berucap sempena kemenangannya di kediamannya di sini, sambil mengumumkan jumlah peratusan mengundi sebanyak 88 peratus.

“Rakyat Turki sudah memilih Erdogan sebagai presiden/presiden eksekutif pertama Turki di bawah sistem yang baharu.

“Mereka (rakyat Turki) berkata ‘teruskan’ kepada Presiden Erdogan,” kata Bozdag di Twitter. – Reuters/AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *