UMNO PERAK TERGUGAT ! 2 AHLI PARLIMEN ISYTIHAR BEBAS :

Lagi ahli Parlimen BN keluar parti – UMNO TINGGAL

 Ahli Parlimen Bagan Serai Noor Azmin Ghazali itu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu. – Gambar Facebook, 24 Jun, 2018Ahli Parlimen Bagan Serai keluar Umno, BN

June 27, 2018 Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal kecewa melihat tiada kestabilan dan kawalan dalam Umno, walaupun mereka bekerja keras merampas semula kerusi Parlimen Bukit Gantang daripada PAS.  VIDEO INSIDE

Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal akan memberi tumpuan sebagai ahli Parlimen bebas. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menjadi pemimpin terbaru yang keluar dari Umno dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, keputusan itu diambil setelah melihat tiada kestabilan dan kawalan dalam Umno, walaupun mereka bekerja keras merampas semula kerusi Parlimen Bukit Gantang daripada PAS pada pilihan raya 9 Mei lalu.

Katanya, beliau tidak bercadang menyertai mana-mana parti dalam PH.

“Kekecewaan ini buat saya melepaskan jawatan ketua Umno bahagian Bukit Gantang dan serahkan kepimpinan ketua Umno bahagian kepada timbalan saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *