PERGOLAKAN DI LAUT CHINA SELATAN :DI MANAKAH PENDIRIAN KITA?

PERGOLAKAN DI LAUT CHINA SELATAN : APA PENDIRIAN MALAYSIA ?

Tun Dr Mahathir, PM ke 4 telah mengambil langkah terawal mengambil hak Malaysia di laut China Selatan.Ianya berlaku sejak pertengahan tahun 1980an. Beliau menempatkan tentera laut di pulau batu karang iaitu pulau Layang layang.Ada juga pulau yang dinamakan dengan nama kita seperti pulau DATUK PATINGGI ALI.Selepas beliau letak jawatan pada tahun 2003,Laut China Selatan bahagian kita tidak lagi menjadi pertimbangan negara.Kini China dengan dengan keserakannya bersikap agresif menambak pulau pulau batu karang.Sekali gus menempatkan armada tentera laut di South China Sea.Terkesan dengan tindakan agresif tersebut Filipina dan Vietnam mengambil pendirian tegas.Filipina namakan laut berdekatan dengan wilayahnya sebagai Laut Filipina Barat.Manakala Vietnam namakan laut berdekatan wilayahnya sebagai laut Vietnam Timur.

Indonesia yang jauh di selatan tiba-tiba mengocak keadaan dengan menukar nama laut berdekatan dengan wilayahnya menjadi LAUT NATUNA UTARA.Laut sekitar Natuna sejauh 200 kilometer ke utara pulau tersebut sebagai hak Indonesia.

Meninjau nama asal laut tersebut akan menyerlahkan nama asal laut tersebut.Laluan pelayaran antara Kelantan dengan Kemboja dikenal sebagai Laut Champa.Melihat peta lama laut sekitar Kelantan dan Sarawak dalam peta peta lama dikenali sebagai MALAYAN SEA.

Jadi apa pendirian kita berhadan dengan keagresipan China yang mendakwa laut ini sebagai wilayahnnya.Justru dimana pendirian kita,dimanakan hak Malaysia dan dimanakah keperibadian kita bila tidak ada ketegasan dalam isu ini berhadapan dengan gugatan China terhadap hak Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *