MENGAPA AHLI PARLIMEN ASEAN CAMPUR TANGAN DALAM URUSAN MALAYSIA ?

Jawapannya terletak pada Malaysia sendiri. Malaysia yang memilih sistem demokrasi mengapa mengenepikannya ? Adakah kerajaan PM Muhyiddin Yaseen sebuah keraaan yang sah? Beliau mesti membuktikannya di parlimen. Tidak ada alasan untuk beliau bermain teka-teki dengan parlimen. Mana mungkin seorang PM yang naik secara tidak betul boleh berbuat sesuka hati dengan mengisytiharkan darurat ? Sedangkan ternyata beliau telah hilang majoritinya Ini maknanya ahli parlimen ASEAN peka dengan apa yang erlaku terhadap politik Malaysia. Mereka memberi mesej tidak mengiktiraf kerajaan PM Muhyiddin Yaseen. Bila keabsahan kerajaan itu meragukan mana mungkin pihak-pihak luar ada keyakinan untuk berurusan dengan kita.Lebih-lebih lagi para pelabor terutama ahli perniagaan. Pihak berkuasa yang memerintah Malaysia harus peka dengan keadaan ini sebuah ia diyakini sebagai kerajaan yang sah dan absah, Jangan berbuat pekak badak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *